• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Pengalaman Pertama & Ulasan

TRIUMPH STREET TRIPLE RS: Raja Keseronokan!

TRIUMPH STREET TRIPLE RS: Raja Keseronokan!
Brendan Jeremiah
November 13, 2018

Pengalaman semasa membuat ujian untuk Street Triple 675R masih segar dalam minda saya. Ia mempunyai keistimewaan sebuah motosikal yang unik: Sporty, selesa, pintas, ganas dan mempunyai pengendalian yang hebat. Triumph telah berjaya untuk mereka sebuah motosikal yang mampu dinikmati oleh ramai penunggang.

Oleh sebab ciri-ciri tersebut motosikal ini digelar sebagai yang terbaik. Bolehkah motosikal Triumph seterusnya bersaing dengan Street Triple 675R? Ya, kami tahu bahawa pengubahsuaian pada sesaran merupakan kesimpulan yang terdahulu, tetapi motosikal tersebut mempunyai pengendalian yang tepat sekali.

Dengan ketibaan Street Triple RS, kadar degupan jantung saya pun memasuki gear ke-enam. Motosikal ini mempunyai Brembo Monoblocs yang mencengkam cakera Brembo dengan penyerap hentak Ohlins. Ya Tuhan yang maha mulia, tolonglah beri sayang peluang untuk menunggang motosikal ini!

Nasib saya, Triump Motorcycles Malaysia telah pun mendengari doa saya dan memberikan saya peluang untuk mengguna Street Triple RS mereka.

Pertama sekali, model RS baru-baru ini mempunyai gaya bio-mechanical dengan rangka yang kelihatan seperti tulang besi terutamanya struktur subframe. Terdapat beberapa ciri-cri yang terperinci seperti “gills” yang didapati pada sekeliling motosikal ini. Lampu depan mempunyai gaya “foxeye” yang telah diubaisuai untuk memberi keseimbangaan dari segi gaya keseluruhan motosikal.

Pada bahagian bawah Street Triple RS ini terdapat, Brembo Monobloc calipers yang mencengkam cakera dan penyerap hentak Ohlins yang boleh dilaras serta sebuah swingarm yang baru.

Motosikal ini mempunyai kedudukan yang tinggi yang meletakkan bebanan yang lebih pada tangki minyak serta roda hadapan. Namun demikian, ia mempunyai kedudukan yang amat selesa serta tidak meletakkan tekanan pada pergelangan tangan anda.

Apabila motosikal ini dihidupkan, skrin LCD mempunyai paparan yang tajam. Pada bahagian kiri handlebar, terdapat butang untuk mode enjin serta 4-axis “joystick” yang dipasang pada bahagian bawah suis lampu isyarat bagi membolehkan toggling melalui menu. Terdapat juga butang HOME pada kanan handlebar yang memberi akses kepada menu.

AUTO CONTRAST boleh ditetapkan untuk skrin LCD tersebut yang mampu menukar kepada latar belakang putih apabila menunggang bawah pancaran matahari dan latar belakang gelap semasa menunggang dalam keadaan cahaya rendah.

Street Triple RS ini mempunyai sebanyak 5 mod. SPORT, ROAD, RAIN, TRACK dan RIDER. Bagi setiap empat mod yang pertama terdapat perbezaan dari segi kuasa dan kawalan traksi. TRACK memberi lebih cengkaman dan RIDER memberi peluang kepada penunggang untuk mengubahsuai kesemua parameter mengikut kesesuaian mereka.

Bermula dengan mod ROAD, enjin motosikal memecut dengan cepat tetapi ia lebih tenang apabila terbiar sehingga ke 5000 rpm dan ke bawah. Dalam SPORT pula, enjin motosikal mampu memecut sehingga hujung akhir rev range. Dengan TRACK……rambut awak mampu berapi.

Motosikal Triumph ini agak ringan dan pintas. Walaupun kebanyakan motosikal memerlukan penunggang untuk mempunyai kesedaran sewaktu pengedalian, tetapi Triple RS ini hanya memerlukan penunggang untuk

Enjin Triple RS ini mampu menjana kuasa dan torque tanpa sebarang tekanan yang menghimpit prestasi. Oleh sebab itu, saya tidak sedar betapa lajunya saya menunggang motosikal ini.

Kesesakan trafik telah pun bermula apabila saya menunggang balik ke pejabat saya di Kia Peng. Ia merupakan satu perkara yang saya benci semasa menunggang ke pejabat, malah, dengan Street Triple RS, saya mampu memotong antara kenderaan lain tanpa sebarang kesukaran. Ia seperti seorang penghantar pizza yang telah diberi tip sebanyak RM50 jika pizza boleh disampaikan bawah 30 minit. Tambahan pula, dengan brek yang hebat, motosikal ini merupakan satu motosikal superpowered hooligan! Ia telah menukar kekecewaan kesesakan trafik kepada suatu keseronokan.

Senyuman pada muka saya seperti seorang yang telah memenangi jackpot. Apa masalahnya jika cuaca panas? Pffttt. Traffik pun gila, Saya hanya mampu menunggang motosikal ini!

Tiba-tiba, Isteri saya menghubungi, “Ibu nak pergi pasar untuk beli susu bayi. Awak nak tumpang apa-apa tak?” Saya terus menjawab tanpa sebarang keraguan, “Tak payah, cuaca panas dan suruh ibu untuk relax, saya akan beli susu bayi.” “Tetapi trafik yang maha pelahan tu dan dah lah nak hujan!” dia membalas. “No problem, lah. Ok, saya on the way!”

Dengan itu, saya dalam perjalanan untuk membeli susu bagi anak saya. Tengoklah, saya merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab.

Saya berjaya untuk menghantar susu tersebut ke rumah dan meneruskan perjalanan saya ke pejabat untuk menyambung kerja. Namun, di pejabat pula, saya tidak boleh mengalih perhatian saya daripada Street Triple RS tersebut.

Kami telah merancang untuk mengambil gambar motosikal ini pada keesokan hari dan memilih satu destinasi yang mempunyai selok-belok yang banyak seperti menunggang melalui perut seekor ular. Dengan itu, kami memilih Genting Highlands!

Saya terus memakai racesuit saya dan mengambil laluan Ulu Yam bagi menguji keupayaan Street Triple RS ini dengan jalan yang sempit serta selekoh yang mencabar.

Dari belokan yang pertama, apabila mendaki bukit, motosikal RS memasuki belokan tanpa sebarang raguan. Suspensi depan and belakang tidak terlalu tegang. Sebaliknya, kamu yakin dengan keupayaan kedua-dua tayar semasa membuat belokan.

Selekoh yang seterusnya terdiri daripada kombinasi kanan-kiri-kanan-kiri. Pada awalnya, saya teragak-agak dengan kemampuan motosikal ini, tetapi dengan setiap selekoh, RS ini memberi saya lebih banyak keyakinan dan galakkan.

Jika terdapat sebuah konsol interactive “onboard riding coach”, ia tentu akan berkata, hang, prestasi tadi memang hebat tetapi anda mampu buat lebih lagi”. Jadi saya melalui setiap selekoh dengan lebih pantas, melunjur dengan lebih dalam.

Walaupun saya memasuki selekoh secara perlahan, RS ini berjaya untuk mengambil selekoh tajam tersebut tanpa sebarang masalah. Dengan motosikal lain yang walaupun mempunyai cengkaman yang banyak, anda perlukan indikasi untuk mengetahui sama ada tayar motosikal masih mencengkam jalan. Saya pernah menunggang beberapa motosikal, tetapi dengan RS, ia seperti menunggang sebuah motosikal yang lebih kecil dan ringan. Kesempurnaan antara Casis dan suspensi RS ini yang membezakan motosikal ini dengan yang lain.

Motosikal ini tidak mempeduli sebarang selekoh di Ulu Yam. Tambahan pula, motosikal ini suka untuk mempamerkan keupayaannya untuk melunjur.

Saya terus melalui bandar Ulu Yam Bharu dan menuju ke Batang Kali – laluan ke Genting Highlands. Jalan ini pada mulanya amat senang tetapi terdapat beberapa selekoh tajam selepas jambatan di situ.

Namun, terdapat juga satu selekoh kiri yang sehingga kini sering mengecewakan saya. Ia bermula dengan satu radius yang beransur-ansur sepanjang jalan sebelum melalui selekoh kiri secara tiba-tiba. Ia memerlukan pemandu untuk mengikuti bahagian awal selekoh tersebut dan melunjur motosikal untuk melengkapi selekoh. Saya pernah menunggang motosikal lain yang enggan untuk melunjur lebih dalam tetapi masalah sebegini tidak terdapat pada Street Triple RS.

Saya hampir menghabisi seluruh perjalanan apabila tiba-tiba cuaca kelihatan mendung. Saya memasukkan RS tersebut ke dalam satu double-apex secepat mungkin dan saya masih tidak memerlahankan penunggangan saya seolah-olah RS ini masih berkata. “Jangan risau, teruskan sahaja”.

Sampai sahaja ke belakang sebuah Porsche Cayenne, kereta tersebut meyembur air kepada visor topi keledar saya dan baru saya sedar bahawa jalan raya pun sudah basah!.

Hujan pun lebat apabila saya melalui stesen Genting Skyway.

Saya menukar mod RS kepada RAIN. Saya terkejut dengan prestasi yang saya dapati. Biasanya, untuk motosikal lain, terdapat suatu kelengahan apabila throttle semakin melanjak tetapi perkara tersebut tidak didapati pada Street Triple RS. Penghantaran kuasa lebih lancar dan cepat seperti mod yang lain.

Saya pun bergegas ke stesen Gohtong Petron untuk mengisi minyak serta untuk melindungi diri daripada hujan yang semakin lebat. Tetapi saya tidak boleh mengalih perhatian saya daripada Street Triple RS itu. Hujan tidak terhenti-henti sehingga pukul 6.00 petang dan langit pun semakin gelap. Saya berfikir, hujan ke tak hujan saya akan meneruskan perjalanan saya. Hujan yang semakin lebat mula merendam pakaian kulit saya dalam beberapa minit sahaja.

Terdapat juga lopak-lopak di atas jalan raya. Ini pasti membimbangkan penunggang dengan pakaian SuperCorsas! Ia amat sukar dipercayai bagi motosikal sebegini dengan semi-slicks untuk menerajui melalui lopak-lopak tanpa sebarang kesukaran.

Selepas melalui Karak Highway, saya boleh merasai kawalan traksi daripada RS ini. Sekali lagi, saya membayangkan jurulatih RS turut bersama saya dan berkata: Percayalah saya. Tiba-tiba saya berasa seperti saya menunggang melalui tirai awan hujan.

Tetapi keadaan jalan raya masih lembap. Namun, saya masih menekan RS ini untuk menguji keupayaannya dan diberkati dengan keupayaan motosikal ini untuk mengambil selekoh pada 130 – 140 km/h dengan lancar.

Pada keesokan hari saya juga menuju ke Genting dan tidak mengambil kira tentang topi keledar, pakaian kulit, sarung tangan dan but yang basah. Namun demikian, apabila menunggang ke Genting melalui jalan raya Karak, semua selekoh tidak mendaftar dalam minda saya oleh kerana RS ini yang mendaki tanpa usaha.

Sebaik sahaja saya memasuki kiri yang pertama yang menuju ke tanjakan yang pertama. Saya berkata kepada diri saya, Game On!

Terdapat beberapa lengkungan S sebelum Gohtong. Saya malas untuk melunjur pada setiap selekoh justeru saya menduduki dalam posisi yang lurus. RS ini tidak terpeduli dengan kedudukan saya dan tidak menunjuk sebarang ketidakstabilan.

Tiba pun di stesen Petron.

Semasa menurun dari Genting melalui Karak, kemudian menukar kepada mod TRACK oleh kerana jalan raya kering dan motosikal ini pun memecut. Dalam keganasannya, motosikal ini berubah dari laju ke maha laju, dengan Intellishift speedshifter Triumph yang menyambung dengan gear secara lancar.

Apa yang saya paling suka tentang motosikal ini ialah throttle yang boleh dijana. Pernahkah anda bayang menunggang sebuah cyborg? Tungganglah Street Triple RS.

Kekurangan yang terdapat pada motosikal ini? Ada sedikit getaran pada hendal pada 8000 rpm ke atas tetapi kelajuan motosikal berada pada 180 km/h dalam mod SPORT. Jadi anda tidak perlu risau. Kedua, dan yang paling sedih sekali ialah, memulangi Street Triple RS ini.

Kesimpulannya, anda akan mempunyai banyak keseronokan dengan Street Triple RS. Walaupun ia mempunyai 121 bhp dan beratnya tanpa isi adalah 166 kg. RS ini juga tidak akan menakutkan anda jika anda tidak sempurna dengan pengambilan selekoh, ia tidak akan memukul anda untuk kesilapan, sebaliknya RS ini akan menggalakkan anda.

Dengan itu, Triump Street Triple RS adalah raja keseronokan.

Jangan lupa untuk mengikuti Triumph Motorcycles Malaysia’s Facebook page untuk maklumat terkini. Anda boleh menempa test ride bagi Triumph Street Triple RS yang baru.

SPESIFIKASI TEKNIKAL
ENJIN
Enjin Sejukan cecair, 4 lejang, DOHC, 12 injap, tiga silinder inline
Nisbah mampatan 12.65 : 1
Gerek x Lejang 77.9 mm X 53.4 mm
Sesaran 765 cc
Sistem bahan api Teknologi suntikan bahan api elektronik dengan SAI dan kawalan throttle elektronik
Kuasa maksimum 121.2 bhp (90.5 kW) @ 11700 RPM
Tork maksimum 77 Nm @ 10800 RPM
TRANSMISI  
Klac Oil-lubricated (wet) clutch, slip-assist
Gearbox Jaringan malar, 6 kelajuan
CASIS
Suspensi depan Showa 41mm USD Big Piston Fork (BPF), dilaras untuk pramuat, pengurangan mampatan dan pengurangan lambungan
Pergerakan tayar depan 115 mm
Suspensi depan Ohlins STX40 boleh dilaras dengan takungan RSU
Pergerakan tayar belakang 131 mm
Brek depan  Cakera 310 mm Brembo,kaliper radial (kaliper dibaut sejajar dengan cakram) Brembo M50
Brek belakang Cakera tunggal 220 mm, omboh tunggal Brembo
ABS Boleh ditogol on/off
Tayar depan 120/70-ZR17
Tayar belakang 180/55-R17
RANGKA & DIMENSI
Rangka Aluminium beam twin-spar. 2-piece high pressure die-cast rear frame
Swingarm Dua sisi, aluminium aloi
Trail 100 mm
Rake 23.9 darjah
Jarak roda 1410 mm
Ketinggian tempat duduk 825 mm
Berat Bersih 166 kg
Kapasiti tangki bahan api 17.4 liter

 

 

 

 

 

 

Related Itemsmalaysiastreet triple 765 rsstreet triple rstriumphtriumph street triple RSUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Pengalaman Pertama & Ulasan
November 13, 2018
Brendan Jeremiah

Related Itemsmalaysiastreet triple 765 rsstreet triple rstriumphtriumph street triple RSUtama

More in Pengalaman Pertama & Ulasan

Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25: Mana Lagi Best Untuk Korang?

Hazique ZairillJun 12, 2025
Read More

Jom Kongsi Kisah “My Dad’s Motorcycle Legacy” Bersama iMotorbike!

Hazique ZairillJun 5, 2025
Read More

Yamaha R15: Sporty, Power, Tapi Mesra Bajet!

Hazique ZairillMac 11, 2025
Read More

QUICKSPIN: husqvarna 701 Supermoto – sesuatu ganjil ataupun sesuatu hebat?

Brendan JeremiahJanuari 25, 2019
Read More

REVIEW: KTM 1290 SUPER ADVENTURE S dan KTM 1290 SUPER DUKE R

Brendan JeremiahNovember 16, 2018
Read More

KTM Malaysia melancarkan KTM 1290 Super Adventure S dan Super Duke R yang baru

Brendan JeremiahNovember 15, 2018
Read More
We want to buy your bike Join us on Telegram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Motor 250cc Terbaik di malaysia
    5 Motosikal 250cc Murah di Malaysia 
    BeritaMei 27, 2025
  • 5 Motosikal Low Maintenance di Malaysia – Jimat Poket, Senang Jaga!
    BeritaJun 5, 2025
  • Helmet Motor Terbaik Malaysia
    6 Helmet Fullface Paling Trend 2025 di Malaysia
    BeritaJun 13, 2025
  • 6 Motor Touring Terbaik Malaysia 2025
    BeritaMei 23, 2025
  • 6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia
    BeritaJun 11, 2025
  • QJMotor SRK 250 RD Bakal Gegar Pasaran Malaysia?
    BeritaJun 5, 2025
  • Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25 – Sportbike 250cc Mana Lagi Padu?
    BeritaMei 26, 2025
  • 6 Tayar Motor Terbaik di Malaysia Untuk Prestasi & Keselamatan Maksimum
    BeritaJun 20, 2025
  • Polis Guna Dron Kesan Penunggang Degil di Lebuhraya Persekutuan
    BeritaJun 17, 2025
  • Yamaha Y15ZR VS Honda RS150R: Siapa Raja Kapcai Sebenar?
    BeritaJun 17, 2025
  • Deliver in Action: 5 Motor Terbaik untuk Rider Penghantar!
    BeritaJun 16, 2025
  • Helmet Motor Terbaik Malaysia
    6 Helmet Fullface Paling Trend 2025 di Malaysia
    BeritaJun 13, 2025
  • Modenas Kawasaki Z250 vs Yamaha MT-25: Mana Lagi Best Untuk Korang?
    BeritaJun 12, 2025
  • 6 Laluan Wajib Untuk Riders di Malaysia
    BeritaJun 11, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Kategori

  • Berita
    • Locals
    • MotoGP
  • cafe racer malaysia murah
  • Gaya Hidup
    • Event
    • Konsep & Kustom
    • Pengembaraan
    • Petua & Cerita
    • Sukan Motor
  • Kedai Motor
  • Lokal
  • MotoGP
  • Panduan Pembeli
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Review

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

KTM Malaysia melancarkan KTM 1290 Super Adventure S dan Super Duke R yang baru
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat