Lepas lebih sedekad, Yamaha FJR1300A terus memukau dengan enjin inline-four yang lancar, keselesaan jarak jauh dan handling yang sangat berkemampuan.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Touring jarak jauh bukan sekadar seat dan pannier yang besar. Sebuah sport tourer sejati mestilah mampu untuk takluki ratusan kilometer dengan keselesaan yang cukup, namun masih memberikan adrenalin yang tinggi sebaik sahaja jalan mula berliku. Tak banyak motosikal yang mempunyai keseimbangan itu, tapi Yamaha FJR1300A merupakan salah satu yang dapat mengimbanginya.
Diperkenalkan pada tahun 2001, FJR1300 mendapat reputasi kerana menggabungkan keselesaan motosikal touring dengan prestasi sportbike, menjadikannya kegemaran dalam kalangan rider yang kerap ride ribuan kilometer. FJR1300A muncul setahun selepas itu dengan Anti-lock braking system yang didatangkan secara standard.
Model 2013 merupakan salah satu update terbesar model tersebut. Yamaha memperkenalkan design yang direka bentuk semula, aerodinamik yang dipertingkatkan, windshield boleh laras secara automatik, traction control, cruise control dan D-Mode Yamaha, memberikan motosikal ini riding experience yang lebih halus dan premium.
Tak seperti motosikal touring besar yang mengutamakan keselesaan berbanding prestasi, FJR1300A bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara kedua-duanya. Ia menjanjikan ride highway yang mudah, kuasa yang mencukupi untuk memotong dan ketangkasan yang cukup untuk menghiburkan rider sebaik sahaja jalan raya mula berliku.
Saya berpeluang meluangkan sedikit masa dengan Yamaha FJR1300A 2013, meredah pelbagai kesesakan lalu lintas bandar, highway dan jalan berliku untuk melihat sama ada motosikal sport-tourer ini masih mengekalkan reputasinya selepas lebih sedekad diperkenalkan. Jelas mengapa FJR1300 terus dianggap sebagai salah satu motosikal touring paling ikonik Yamaha.

Enjin & Transmisi
FJR1300A menggunakan enjin 1,298cc, liquid-cooled, DOHC inline-four, menghasilkan sekitar 145 hp pada 8,500 rpm dan125 Nm tork pada 6,000 rpm. Di atas kertas, nombornya sangat mengagumkan, tetapi apa yang benar-benar menonjol bukanlah horsepower puncaknya. Ia adalah cara enjin menyampaikan kuasanya.
Tak seperti motosikal supersport yang memerlukan RPM tinggi sebelum ia menjadi bertenaga, FJR1300A terasa bersemangat sebaik sahaja anda memulas throttle. Jumlah low-end torque yang tersedia bermakna motosikal ini memecut dengan mudah, menjadikan proses memotong hampir mudah dan membolehkan anda memecut pada kelajuan highway tanpa sentiasa memaksa gearbox. Walaupun dengan membawa barang atau penumpang, enjin tak pernah terasa diapksa.
Enjin ini digandingkan dengan transmisi 5-speed, hydraulic wet multi-plate clutch dan shaft final drive. Walaupun lima gear mungkin kedengaran agak luar biasa untuk motor touring moden, torque delivery motor ini menghilangkan keperluan untuk gear tambahan. Gear ratio sangat perfect, untuk memastikan ride terasa santai dan fleksibel. Sementara itu, shaft drive merupakan kelebihan besar bagi peminat motor touring. Tiada keperluan untuk meminyakkan rantai, sementara memberikan kuasa yang sangat lancar.

Reka Bentuk & Ciri-ciri
Sekali pandang, tujuan motosikal ini dibina sangat jelas. Ia besar, lebar dan sangat tegap. Dengan fairing hadapan yang besar, side pannier dan rack belakang yang sedia untuk meletakkan top box, FJR1300A mempunyai semua visual motosikal yang direka untuk meluangkan lebih banyak masa merentasi negeri berbanding duduk dalam kesesakan lalu lintas bandar.
Gayanya mungkin sedikit outdated mengikut standard masa kini. Sport-tour zaman sekarang telah menggunakan reka bentuk badan yang lebih tajam dan garisan yang lebih agresif, tetapi pada masa dahulu, reka bentuk motosikal ini dianggap anggun dan premium. Sehingga ke hari ini, saya masih rasa ia cantik.
Model yang saya uji telah dicat balik dengan warna hijau gelap. Seolah-olah warna british Racing Green yang memberikan motosikal ini penampilan yang lebih sederhana. Ia tak menarik perhatian anda serta-merta, tetapi semakin lama anda melihatnya, warnnya sangat melengkapi watak touring FJR. Secara peribadi, saya fikir ia sangat sesuai dengan motosikal ini.
Untuk motosikal yang berusia lebih sedekad, FJR1300A dilengkapi dengan ciri-ciri yang mengagumkan. Adjustable rider seat, membolehkan ketinggian seat dinaikkan atau diturunkan hampir satu inci agar lebih sesuai dengan rider yang berbeza. Handlebar juga boleh dilaraskan, menjadikannya lebih mudah untuk melaraskan riding position untuk keselesaan yang lebih baik ketika ride yang lebih jauh.
Satu lagi ciri yang saya rasa amat berguna ialah windshield yang boleh dilaraskan secara elektronik, membolehkan anda untuk menaikkan atau menurunkan windshield secara automatik semasa dalam perjalanan dan bukannya perlu melaraskannya secara manual.
Satu ciri yang saya amat gemari ialah meter instrumennya. Berbanding paparan digital penuh seperti kebanyakan motosikal masa kini, Yamaha menggabungkan meter analog dengan paparan LCD untuk FJR 2013, memberikan gabungan antara klasik dan moden. Ada sesuatu yang memuaskan tentang melihat jarum speedometer dan takometer bergerak merentasi meter setiap kali anda menghidupkan motosikal. Pada masa yang sama, skrin LCD menyediakan semua riding information yang penting dalam susun atur yang jelas dan mudah dibaca.

Pengalaman Menunggang
Sejujurnya, FJR ialah motosikal yang besar. Dengan berat sekitar 291 kg, anda pasti dapat merasai berat motor ini sebaik sahaja anda mengangkatnya dari sidestand. Ia sememangnya membuatkan kaki saya terasa letih, dan jika anda tak biasa mengendalikan motosikal touring yang besar, ia mungkin terasa sedikit menakutkan pada mulanya.
Sebaik saja saya mula bergerak, menunggang motosikal ini hampir terasa seperti menunggang jet ski. Ia perbandingan yang pelik, tetapi gabungan saiz, berat dan cara ia meluncur di atas jalan memberi saya tanggapan itu. Tetapi apabila bergerak lebih pantas, motor ini seolah-olah mengurangkan beratnya, menjadi lebih ringan dan lebih mudah diurus.
Sebaik sahaja berada di jalan yang lengang, di sinilah FJR benar-benar mendominasi. Cruising pada kelajuan highway terasa mudah, dan motosikal kekal stabil walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi. Hampir tiada goyang atau ketidakstabilan, memberikan saya keyakinan yang tinggi untuk menikmati tunggangan.
Windshield yang boleh dilaraskan secara elektronik juga berguna semasa saya menunggang. Setiap kali saya rasa seperti terlalu banyak angin mengenai helmet atau dada saya, saya hanya perlu menekan butang untuk menaikkan cermin depan, menjadikan ride di atas highway terasa lebih selesa.
Walaupun saiznya besar, apa yang paling mengejutkan saya ialah betapa cekapnya motor ini mengendalikan selekoh. Saya akui, pada mulanya saya agak paranoid bahawa pannier sisi yang besar mungkin akan terkena jalan ketika corner. Nasib baik, itu tak berlaku.
Malah, motosikal ini terasa jauh lebih tangkas daripada yang saya jangkakan. Sebaik sahaja saya mempercayai casisnya dan membelok ke selekoh, ia akan membelok dengan penuh keyakinan. Ia mungkin sebuah sport-tourer bersaiz besar, tetapi ia pasti tahu bagaimana untuk membuatkan anda tersenyum apabila jalan mula berliku-liku.

Handling & Brek
Mengendalikan motosikal sebesar ini mungkin kedengaran menakutkan di atas kertas, tetapi FJR berjaya menyembunyikan beratnya sebaik sahaja anda bergerak. Di bahagian hadapan, ia dilengkapi dengan fork teleskopik 48mm fully adjustable, manakala bahagian belakang menggunakan single shock absorber dengan adjustable spring preload dan rebound damping. Setup suspensi motor ini lebih ke arah keselesaan, tetapi ia masih menawarkan sokongan yang mencukupi untuk memastikan motosikal sentiasa kekal stabil.
Suspensinya menyerap ketidaksempurnaan jalan raya dengan sangat baik. Sama ada connector di atas highway atau permukaan jalan yang tak rata di sekitar bandar, motorsikal ini sentiasa terasa terkawal. Pada masa yang sama, masih terdapat maklum balas yang mencukupi daripada casis untuk memberi keyakinan ketika melalui selekoh.
Dari segi brek, bahagian hadapan dilengkapi dengan disc hidraulik berkembar 320 mm yang dipasangkan dengan four-piston calipers, manakala bahagian belakang menggunakan cakera hidraulik 282 mm dengan two-piston caliper. Kedua-duanya disokong oleh ABS, dan linked braking system membantu mengagihkan daya brek antara roda hadapan dan belakang untuk decelration yang lebih lancar dan stabil.
Dengan beratnya, saya tak pernah terasa sukar untuk memperlahankan motosikal ini. Brek memberikan kuasa henti yang mencukupi sambil kekal progresif. Digabungkan dengan casis yang stabil dan suspensi yang seimbang, FJR memberikan riding experience yang meyakinkan dan menggalakkan anda menempuh jarak jauh dengan yakin, sama ada anda ride di atas highway atau melalui jalan yang berliku-liku.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Yamaha FJR1300A 2013 membuktikan bahawa motosikal sport-touring yang hebat tak perlu menjadi model terbaru di pasaran untuk kekal relevan. Ia berjaya menggabungkan prestasi yang mantap, keselesaan jarak jauh dan praktikaliti yang mengagumkan dalam satu pakej, menjadikannya motosikal yang sangat sesuai untuk merentasi sempadan negeri dan melalui selekoh.
Bagi rider yang ingin menceburi dunia sport-touring, FJR1300A kekal sebagai pilihan yang menarik, terutamanya di pasaran terpakai. Ia menawarkan tahap kehalusan dan peralatan yang masih sukar ditandingi oleh kebanyakan motosikal baharu, sambil memberikan riding experience yang menarik setiap kali jalan mula berliku.
Selepas meluangkan masa dengan FJR1300A, saya harus katakan, saya benar-benar kagum. Sebelum menunggangnya, saya sangka ia akan terasa seperti motosikal touring yang besar dan berat. Sebaliknya, saya merasakan ini sebuah motosikal yang terasa lincah, sangat selesa dan jauh lebih menyeronokkan daripada yang saya jangkakan. Ia mungkin berusia lebih sedekad, tetapi FJR1300A adalah bukti bahawa kejuruteraan yang baik tak pernah ketinggalan zaman.
Jika anda sedang mencari motosikal sport-tourer yang berkemampuan untuk ride harian, ride hujung minggu atau touring jarak jauh dengan selesa tanpa mengorbankan prestasi, Yamaha FJR1300A 2013 sememangnya pilihan yang patut dipertimbangkan. Dan jika anda sedang mencari sebuah model terpakai, layari website iMotorbike atau datang ke showroom kami untuk melihat motosikal ini dari dekat, dan mungkin bawa balik motosikal ini bersama anda.
Spesifikasi Yamaha FJR1300A 2013
Enjin & Prestasi
- Enjin: 1,298cc liquid-cooled, DOHC, 16 valves, inline-four engine
- Kuasa Maksimum: 145 hp pada 8,500 rpm
- Tork Maksimum: 125 Nm tork pada 6,000 rpm
- Transmisi: 5-Kelajuan
- Klac: Wet multiplate hydraulic clutch
Casis & Suspensi
- Frame: Aluminum twin-spar frame
- Suspensi Depan: Fork teleskopik 48mm, adjustable
- Suspensi Belakang: Link-type single rear shock dengan adjustable preload
- Brek Depan: Dual 320mm discs, 4-piston calipers dengan ABS
- Brek Belakang: 282 mm hydraulic disc, two-piston caliper dengan ABS
- Tayar: 120/70Z17 (depan), 180/55Z17 (belakang)
Dimensi & Elektronik
- Berat Basah: 291 kg
- Ketinggian Tempat Duduk: Adjustable 805 mm hingga 825.5 mm
- Kapasiti Tangki Minyak: 25 Liter
- Elektronik: Meter analog dan digital, windshiled boleh laras, Anti-lock braking system (ABS)




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS