• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
Amzar Hazeeq
September 18, 2026

Adakah teknologi ini benar-benar memberi manfaat untuk ride harian, atau sekadar satu ciri tambahan yang menyeronokkan?

quickshifter motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Sebelum ni, quickshifter hanya boleh dijumpai pada motosikal perlumbaan atau superbike premium berkapasiti besar. Ia dicipta untuk bantu pelumba menukar gear dengan lebih pantas tanpa kehilangan momentum ketika sedang pecut di litar.

Hari ini, teknologi ini bukan sahaja ditawarkan pada motosikal 1,000cc, tapi dah mula menjadi ciri standard pada motosikal-motosikal yang lebih kecil. Antara model-model yang guna quickshifter seperti Honda CBR250RR, Kawasaki Ninja ZX-4RR, Yamaha MT-09, dan banyak lagi model lain.

Disebabkan semakin banyak motosikal moden menawarkan quickshifter, ramai potential buyers mempunyai persoalan yang sama, adakah ciri ini betul-betul berguna untuk kegunaan harian. Adakah ia sekadar satu gimik marketing, atau sebenarnya mampu menjadikan riding experience lebih selesa dan menyeronokkan?

Kalau anda sedang mempertimbangkan motosikal yang dilengkapi quickshifter, berikut ialah beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Apa Itu Quickshifter?

Secara ringkasnya, quickshifter ialah satu sistem elektronik yang membolehkan rider untuk menukar gear tanpa perlu menarik clutch ketika motosikal sedang bergerak.

Apabila gear lever ditekan atau disongket ke atas, sensor pada quickshifter akan mengesan pergerakan tersebut lalu memutuskan kuasa enjin untuk beberapa milisaat. Tempoh yang singkat ini cukup untuk membolehkan gear bertukar dengan lancar sebelum kuasa enjin disambungkan semula.

Hasilnya, pertukaran gear menjadi jauh lebih pantas berbanding kaedah konvensional yang memerlukan rider untuk menarik clutch setiap kali ingin menukar gear.

Quickshifter Up vs Quickshifter Up & Down

Tak semua quickshifter berfungsi dengan cara yang sama. Terdapat dua jenis quickshifter yang selalu diguankan pada motosikal di dalma pasaran sekarang; quickshifter up dan quickshiter up & down.

Sesetengah motosikal hanya menawarkan up quickshifter, sistem yang hanya membolehkan rider untuk upshift tanpa menggunakan clutch, tetapi perlu menggunakan clutch ketika ingin downshift.

Untuk quickshifter up dan down pula, ia membolehkan rider untuk upshift serta downshift gear tanpa perlu menairk clutch ketika motosikal sedang bergerak.

Sistem up & down quickshifter biasanya terdapat pada motosikal lebih premium, dan memberikan riding experience yang lebih lancar, terutama ketika memasuki corner atau ketika ride yang lebih agresif.

quickshifter motosikal

Kelebihan Quickshifter Untuk Kegunaan Harian

1. Kurang Penat Ketika Menunggang

Walaupun quickshifter selalu dikaitkan dengan prestasi, salah satu kelebihan utamanya sebenarnya ialah keselesaan ketika menunggang.

Kalau anda menunggang setiap hari ke tempat kerja dan perlu lalu jalan bandar atau highway, anda mungkin perlu menukar gear berpuluh-puluh kali sepanjang perjalanan.

Dengan quickshifter, anda tak perlu tarik clutch setiap kali ingin tukar gear,  mengurangkan pergerakan tangan kiri dan membuatkan perjalanan terasa lebih santai, terutamanya bagi mereka yang sering ride untuk tempoh yang lama.

2. Pertukaran Gear Lebih Pantas dan Lancar

Salah satu sebab teknologi ini dibangunkan adalah untuk memendekkan masa keitka menukar gear.

Apabila digunakan dengan betul, quickshifter mampu menghasilkan pertukaran gear yang lebih pantas dan konsisten berbanding menggunakan clutch secara manual.

Selain itu, motosikal juga dapat mengekalkan momentumnya ketika memecut kerana kuasa enjin hanya diputuskan untuk tempoh yang sangat singkat.

3. Menjadikan Ride Lebih Menyeronokkan

Inilah sebab utama mengapa ramai rider jatuh hati dengan quickshifter.

Apabila jalan mula lengang dan anda mula memecut, setiap pertukaran gear terasa lebih pantas dan lebih sporty. Tak perlu lagi menarik klac setiap kali nak tukar gear, hanya gerakkan gear lever dan motosikal akan melakukan selebihnya.

Pada motosikal yang mempunyai enjin berprestasi tinggi seperti inline-four, pengalaman ini menjadi lebih menyeronokkan kerana bunyi enjin tak terputus ketika pertukaran gear dilakukan.

4. Membantu Mengekalkan Fokus Ketika Menunggang

Apabila satu pergerakan dapat dikurangkan, rider boleh memberi perhatian yang lebih kepada jalan raya.

Walaupun perbezaannya mungkin kecil, quickshifter membolehkan rider lebih fokus kepada kawalan throttle, brek dan keadaan trafik berbanding perlu memikirkan koordinasi antara clutch dan gear setiap kali memecut.

Bagi mereka yang sering ride di lebuh raya atau jalan berbukit, kelebihan ini lebih mudah dirasai.

Adakah Quickshifter Sesuai Digunakan Dalam Trafik Sesak?

Jawapannya, ya dan tidak.

Dalam keadaan trafik yang bergerak perlahan, anda masih perlu gunakan clutch ketika motosikal berhenti atau ingin mula bergerak dari gear satu.

Namun apabila trafik mula bergerak laju sikit dan anda mula menaikkan gear, quickshifter akan mula memainkan peranannya.

Jadi, walaupun ia tak digunakan sepanjang masa dalam kesesakan lalu lintas, ia masih mampu mengurangkan sedikit keletihan apabila trafik bergerak dengan laju, terutama bagi mereka yang ride pada setiap hari.

Adakah Quickshifter Ada Kekurangan?

Walaupun mempunyai banyak kelebihan, quickshifter bukanlah sistem yang sempurna.

Kebanyakan quickshifter direka untuk digunakan ketika motosikal sedang memecut. Jika digunakan pada RPM yang terlalu rendah atau ketika throttle ditutup sepenuhnya, pertukaran gear mungkin terasa sedikit kasar bergantung kepada setup motosikal tersebut.

Selain itu, sesetengah rider juga memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri kerana mereka sudah terbiasa menggunakan clutch setiap kali menukar gear.

Jadi, Adakah Quickshifter Berbaloi?

Jika anda hanya menggunakan motosikal untuk perjalanan yang sangat pendek di kawasan bandar, quickshifter mungkin bukan satu ciri yang wajib ada pada motosikal anda.

Namun, jika anda sering gunakan highway, menikmati ride hujung minggu atau sekadar mahukan riding experience yang lebih moden dan menyeronokkan, quickshifter sememangnya satu ciri yang sangat berbaloi.

Ramai rider yang pernah menggunakan quickshifter mengakui bahawa selepas membiasakan diri dengannya, agak sukar untuk kembali kepada motosikal tanpa sistem tersebut kerana pertukaran gear terasa jauh lebih mudah dan menyeronokkan.

Kesimpulan

Quickshifter bukan sekadar teknologi yang dicipta untuk pelumba profesional. Hari ini, ia telah menjadi satu ciri yang mampu meningkatkan riding experience bagi kegunaan harian juga.

Walaupun ia bukan satu keperluan mutlak, quickshifter menawarkan pertukaran gear yang lebih pantas, mengurangkan keletihan ketika menunggang serta menjadikan setiap perjalanan terasa lebih lancar dan menyeronokkan.

Jika anda sedang mencari motosikal baharu, ciri ini sememangnya wajar dipertimbangkan, terutamanya jika anda selalu ride jarak jauh. Ia mungkin tak mengubah cara anda menunggang sepenuhnya, tetapi selepas mencubanya sendiri, anda mungkin akan faham mengapa semakin ramai rider memilih motosikal yang dilengkapi dengan quickshifter.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliquickshifterSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 18, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliquickshifterSEOUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Review Yamaha FJR1300A 2013: Sport-Tourer yang Masih Menawarkan Segalanya 
Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale