Ketahui apa itu Sum Insured, macam mana ia ditentukan dan kenapa ia penting ketika nak renew insurans motor.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Bila dah tiba masa untuk renew insurans motor, ramai owner hanya tengok jumlah premium yang perlu dibayar. Ada yang terus pilih polisi dengan harga paling murah tanpa benar-benar memahami maklumat di dalam polisi tersebut.
Salah satu istilah yang owner motor kadang-kadang keliru ialah Sum Insured. Ia merupakan salah satu perkara paling penting dalam polisi insurans. Walaupun ia nampak seperti nombor biasa di dalam polisi, nilai ni sebenarnya memainkan peranan penting kalau berlaku kehilangan atau kerosakan pada motosikal anda.
Memahami maksud Sum Insured dapat bantu anda memilih perlindungan yang lebih sesuai dan mengelakkan situasi di mana motor anda tak dilindungi mengikut nilainya yang sebenar.
Apa Itu Sum Insured?
Sum Insured ialah nilai maksimum yang dipersetujui di bawah polisi insurans untuk melindungi motosikal anda. Secara mudahnya, ia mewakili nilai motor yang diinsuranskan mengikut terma dan syarat polisi.
Nilai ini biasanya digunakan sebagai rujukan sekiranya berlaku kejadian seperti kehilangan akibat kecurian atau total loss, bergantung pada jenis perlindungan yang anda miliki. Oleh sebab itu, memilih nilai Sum Insured yang sesuai adalah sangat penting ketika membeli atau memperbaharui polisi insurans.
Bagaimana Sum Insured Ditentukan?
Biasanya syarikat insurans akan ambil kira beberapa faktor seperti model motosikal, tahun dibuat, usia motosikal, keadaan semasa serta esitmated market value ketika polisi diperbaharui.
Untuk motor yang makin berusia, market value biasanya akan menurun. Oleh itu, Sum Insured juga mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Kalau anda tak pasti sama ada nilai yang dicadangkan adalah sesuai, anda boleh dapatkan penjelasan daripada insurance provider sebelum membuat keputusan.

Kenapa Sum Insured Sangat Penting?
Ramai owner motor anggap semua polisi insurans memberikan perlindungan yang sama. Tapi sebenarnya, nilai Sum Insured boleh memberi kesan kepada perlindungan yang anda terima.
Kalau berlaku kehilangan akibat kecurian atau total loss yang dilindungi oleh polisi, nilai Sum Insured akan menjadi salah satu faktor penting dalam proses claim, tertakluk kepada terma dan syarat polisi. Memilih nilai yang sesuai membantu memastikan perlindungan motosikal anda selari dengan nilai semasanya.
Boleh Ke Pilih Sum Insured Yang Lebih Tinggi?
Ada owner motor yang anggap memilih Sum Insured yang lebih tinggi akan sentiasa memberi kelebihan. Sebenarnya, nilai Sum Insured biasanya perlu selari dengan nilai pasaran motosikal. Menetapkan nilai yang terlalu tinggi tak semestinya memberikan manfaat tambahan dan mungkin menyebabkan premium insurans menjadi lebih tinggi.
Sebaliknya, memilih nilai yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan perlindungan tak mencukupi sekiranya berlaku kejadian yang dilindungi oleh polisi. Oleh itu, pilih nilai yang munasabah berdasarkan cadangan insurans provider dan market value motor anda.
Bila Anda Perlu Semak Semula Sum Insured?
Seeloknya, semak nilai Sum Insured setiap kali anda nak renew polisi insurans. Ini kerana market value motor boleh berubah mengikut usia, keadaan motosikal dan faktor pasaran. Dengan menyemak semula nilai tersebut setiap tahun, anda dapat pastikan perlindungan yang dipilih masih relevan.
Kalau motor anda mempunyai aksesori tambahan atau pengubahsuaian tertentu, anda juga boleh bertanya kepada insurance provider sama ada ia memerlukan perlindungan tambahan.

Jangan Hanya Fokus Pada Harga Premium
Semasa renew insurans, ramai owner motor hanya membandingkan harga premium. Walaupun harga merupakan faktor penting, anda juga perlu fahami jenis perlindungan yang ditawarkan, manfaat tambahan serta nilai Sum Insured yang dinyatakan dalam polisi.
Dengan memahami semua perkara ini, anda bukan sahaja memperoleh premium yang sesuai, tapi juga memastikan motor anda dilindungi mengikut keperluan sebenar.
Kesimpulan
Sum Insured merupakan nilai penting dalam polisi insurans motor yang menentukan tahap perlindungan bagi motosikal anda mengikut terma dan syarat polisi. Memahami maksudnya membantu anda buat keputusan yang lebih baik ketika memilih atau memperbaharui insurans.
Kalau anda nak renew insurans motor dan masih keliru tentang nilai Sum Insured atau jenis perlindungan yang sesuai, iMotorbike Insurance sedia membantu. Pasukan kami boleh membantu anda memahami pilihan yang tersedia supaya anda memperoleh perlindungan yang sesuai dengan motosikal dan keperluan anda. Layari website iMotorbike Insurance dan renew insurans motor anda dengan kami.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS