• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8

Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8
Amzar Hazeeq
November 26, 2026

Dari model karburetor legenda hingga ke versi Fuel Injection (FI) yang lebih moden, Yamaha LC135 terus berevolusi tanpa menghilangkan identitinya sebagai antara motosikal kapcai paling popular di Malaysia.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Evolusi Yamaha LC135 merangkumi tiga era utama. LC135 V1 (2006–2010) memperkenalkan enjin 135cc penyejukan cecair yang ringan dan digemari pengumpul. Generasi V2 hingga V7 (2011–2021) menampilkan rekaan moden serta naik taraf kosmetik dengan enjin karburetor yang sama. Bermula 2022, LC135 V8 hadir dengan sistem fuel injection (FI), lampu LED, meter digital, brek cakera belakang, dan lebih jimat minyak

Perbandingan Evolusi Yamaha LC135

SpecificationLC135 V1LC135 V2-V7LC135 V8
Enjin134cc liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-Valve, single-cylinder134cc liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-Valve, single-cylinder135cc liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-Valve, single-cylinder
Sistem Bahan ApiKarburetorKarburetorFuel Injection (FI)
Kuasa Maksimum11.3 hp12 hp12.4 hp
Tork Maksimum11.65 Nm12 hp12.2 Nm
Transmisi4-Speed4-Speed (5-Speed manual clutch untuk ES V2 dan V3)4-Speed
Suspension DepanTelescopicTelescopicTelescopic
Suspension BelakangMonoshockMonoshockMonoshock
Brek DepanHydraulic Single DiscHydraulic Single DiscHydraulic Single Disc
Brek BelakangDrumDrum (Disc untuk ES V2 dan V3)Hydraulic Single Disc
Ketinggian Seat775 mm775 mm775 mm
Berat105 kg105 kg109 kg
Kapasiti Tangki Minyak4 liter4 liter4.6 liter

Evolusi Yamaha LC135

Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, Yamaha LC135 menjadi antara motosikal kapcai paling ikonik di Malaysia. Gabungan enjin bertenaga, casis ringan serta kos maintenance rendah menjadikan model ini pilihan ramai, sama ada untuk kegunaan harian atau untuk modifikasi motosikal.

Apa yang menarik, Yamaha tak mengubah keseluruhan konsep LC135 setiap kali model baharu diperkenalkan. Sebaliknya, setiap generasi dibangunkan dengan penambahbaikan secara berperingkat untuk memastikan karakter asalnya terus dikekalkan.

LC135 V1 adalah model yang memulakan legasi ini. Kemudian hadir LC135 V2-V7 dengan rekaan yang lebih moden tapi masih mengekalkan asas mekanikal yang sama. Akhir sekali, LC135 V8 membawa perubahan paling besar menerusi penggunaan sistem fuel injection (FI), teknologi yang lebih moden serta peningkatan dari segi keselamatan. Jadi, sejauh mana perbezaan antara LC135 V1, V2-V7 dan V8? Jom kita tengok.

Evolusi Yamaha LC135

Enjin dan Prestasi: Masih Mengekalkan DNA LC135

Walaupun dah hampir dua dekad berada di pasaran, identiti utama Yamaha LC135 masih kekal sama iaitu menggunakan enjin satu silinder dengan penyejukan cecair yang terkenal dengan prestasi responsif dan tahan lasak.

LC135 V1 menggunakan enjin 134cc SOHC 4-stroke bersama sistem karburetor yang menghasilkan sekitar 11.3 hp dan 11.65 Nm tork. Kuasa yang dihasilkan cukup untuk ride harian serta mempunyai pecutan yang pantas bagi sebuah motosikal kapcai.

Bagi LC135 V2-V7, Yamaha masih mengekalkan konfigurasi enjin dan sistem karburetor yang sama. Ini bermakna prestasi keseluruhannya tak berubah sangat, tapi ramai owner V1 boleh terus sesuaikan diri bila ride LC135 V2-V7.

Perubahan terbesar datang pada LC135 V8 bila Yamaha memperkenalkan sistem Fuel Injection (FI). Selain menghasilkan sedikit peningkatan kuasa dan tork, sistem ini memberikan throttle response yang lebih lancar, dan penggunaan bahan api lebih menjimatkan.

Kesimpulannya, V1 dan V2 masih menawarkan karakter enjin karburetor yang digemari ramai, manakala V8 memberikan riding experience yang lebih moden dan lebih halus.

Rekaan dan Teknologi: Evolusi Paling Ketara

Walaupun prestasi enjin tak banyak berubah, perkara paling jelas membezakan ketiga-tiga generasi ini ialah dari segi rekaan dan teknologi.

LC135 V1 hadir dengan reka bentuk yang boleh dianggap klasik pada zaman sekarang. Lampu halogen, meter analog serta design yang ringkas menjadikannya mudah dikenali sehingga hari ini.

LC135 V2-V7 pula menerima design yang lebih tajam dan moden bersama grafik baharu. Walaupun tak banyak perubahan mekanikal, penampilannya lebih segar dan sporty berbanding model terdahulu.

Bagi LC135 V8, Yamaha melakukan perubahan yang jauh lebih menyeluruh. Kini dilengkapi lampu LED, meter LCD digital, brek disc belakang, tangki minyak lebih besar serta sistem fuel injection elektronik. Semua penambahbaikan ini menjadikan V8 lebih moden dan praktikal untuk kegunaan harian.

Evolusi Yamaha LC135

Ergonomik dan Keselesaan: Masih Mesra Penunggang

Salah satu sebab utama Yamaha LC135 kekal popular ialah riding position yang selesa. Ketiga-tiga model menawarkan riding position yang tegak, tempat duduk yang tak terlalu tinggi serta badan motosikal yang ramping. Ini memudahkan rider untuk mencelah dalam kesesakan lalu lintas dan memberikan keyakinan kepada rider baharu.

Namun, LC135 V8 terasa lebih premium hasil daripada kemasan yang lebih baik, panel badan yang lebih kemas serta sistem brek disc belakang yang memberikan keyakinan tambahan ketika membrek. Secara keseluruhannya, sesiapa yang pernah ride V1 atau V2 tak akan ambil masa lama untuk membiasakan diri dengan V8.

Evolusi Yamaha LC135

Apa Yang Dikekalkan?

Walaupun melalui beberapa evolusi, Yamaha tetap mengekalkan beberapa perkara yang menjadi identiti LC135. Antaranya ialah:

  • Enjin satu silinder dengan penyejukan cecair
  • Transmisi 4 kelajuan
  • Casis ringan dan mudah dikendalikan
  • Kos maintenance yang rendah
  • Penjimatan bahan api yang baik
  • Handling yang mesra beginner
  • Lambakan spare part dan aksesori aftermarket
  • Resale value yang masih tinggi

Inilah antara faktor utama yang menjadikan LC135 masih relevan walaupun sudah berada di pasaran hampir 20 tahun.

Generasi Mana Yang Patut Korang Pilih?

LC135 V1 paling sesuai untuk peminat motosikal klasik serta mereka yang suka melakukan modifikasi. Ia merupakan model yang memulakan legasi LC135 dan masih mempunyai sentimental value yang tinggi.

LC135 V2-V7 pula menawarkan keseimbangan terbaik dari segi harga dan penampilan. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan riding experience LC135 V1 tetapi dengan rekaan yang lebih moden sikit.

Kalau mahukan teknologi terkini, LC135 V8 merupakan pilihan paling lengkap. Sistem Fuel Injection, lampu LED, brek disc belakang dan meter digital menjadikannya lebih praktikal, lebih jimat minyak serta lebih sesuai digunakan sebagai motosikal harian.

Evolusi Yamaha LC135

Kesimpulan

Selama hampir dua dekad, Yamaha LC135 terus membuktikan mengapa ia kekal sebagai antara motosikal kapcai paling digemari di Malaysia. Walaupun setiap generasi membawa pembaharuan tersendiri, identiti asal LC135 sebagai motosikal yang ringan, bertenaga dan menyeronokkan untuk ditunggang masih kekal hingga hari ini.

Kalau korang nak model yang klasik dan senang modify, LC135 V1 masih ada tarikannya yang tersendiri. LC135 V2-V7 pula menawarkan nilai yang sangat baik di pasaran motosikal terpakai dengan penampilan yang lebih moden.

Namun, untuk mereka yang inginkan pakej paling lengkap dari segi teknologi, keselamatan dan kecekapan bahan api, LC135 V8 merupakan evolusi terbaik Yamaha LC135 setakat ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLc135LCV8LokalmalaysiaPerbandinganUtamayamahaYamaha LC135
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 26, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLc135LCV8LokalmalaysiaPerbandinganUtamayamahaYamaha LC135

More in Berita

Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia

Amzar HazeeqNovember 26, 2026
Read More

Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)

Amzar HazeeqNovember 25, 2026
Read More

Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Evolusi Yamaha LC135: Perbandingan V1 vs V2-V7 vs V8
    BeritaNovember 26, 2026
  • Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia
    BeritaNovember 26, 2026
  • Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)
    BeritaNovember 25, 2026
  • Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?
    BeritaNovember 24, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Bersedia Hadapi Cabaran Terakhir Musim 2026 di GP Valencia