• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
Amzar Hazeeq
November 24, 2026

Pelumba negara, Hakim Danish, menamatkan perlumbaan Moto3 GP Portugal di kedudukan ke-16 selepas berdepan cabaran litar bercampur basah dan kering di Portimao.

Hakim Danish GP Portugal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, menganggap aksi di Grand Prix (GP) Portugal sebagai satu pengalaman penting dalam proses pembelajarannya selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 (P16) di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao.

Pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu terlepas peluang untuk menambah mata kejuaraan selepas berdepan perlumbaan yang cukup mencabar dengan keadaan permukaan litar yang berubah-ubah antara basah dan kering.

Keadaan Litar Sukarkan Rentak Perlumbaan

Hakim Danish memulakan perlumbaan dari petak ke-12, namun keadaan litar yang tidak menentu menyukarkan beliau untuk mendapatkan rentak terbaik sejak awal saingan.

Keyakinannya sedikit terjejas ketika mengharungi beberapa pusingan pertama, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan beberapa kedudukan dalam kelompok pelumba.

Perlumbaan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung selama 19 pusingan turut dipendekkan kepada 12 pusingan selepas ia diisytiharkan sebagai perlumbaan basah (wet race).

Hakim Danish GP Portugal

Bangkit Pada Pusingan Akhir

Dalam perlumbaan tersebut, Hakim Danish berada di kedudukan ke-18 ketika memasuki pusingan ke-10. Walaupun berdepan cabaran besar, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya memperbaiki prestasinya pada penghujung perlumbaan untuk menamatkan saingan di tempat ke-16.

Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 32.163 saat di belakang pemenang, Maximo Quiles daripada pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team.

Hakim Danish Anggap Ia Sebagai Pengajaran

Mengulas prestasinya, Hakim Danish mengakui keputusan tersebut bukanlah yang diharapkan. Namun begitu, beliau melihat perlumbaan di Portimao sebagai peluang untuk menimba pengalaman dalam menghadapi situasi perlumbaan yang mencabar.

“Saya menamatkan perlumbaan hari ini di kedudukan ke-16 (P16) dan sejujurnya saya kurang berpuas hati dengan keputusan ini.

Keadaan litar agak mencabar kerana sebahagiannya basah dan sebahagian lagi kering. Saya agak bergelut pada awal perlumbaan untuk mara ke hadapan dan kurang keyakinan, sehingga kehilangan beberapa kedudukan.

Apa pun, saya jadikan cabaran hari ini sebagai pengajaran untuk terus memperbaiki tunggangan dan kemahiran dalam situasi mencabar seperti ini, terutama ketika berdepan keadaan litar dengan tahap cengkaman rendah. Saya akan mengambil pengalaman ini sebagai pembelajaran dan kini menantikan pusingan terakhir di Valencia.”

Hakim Danish GP Portugal

Pasukan Fokus Penambahbaikan Menjelang Valencia

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, turut mengakui perlumbaan di Portugal bukanlah keputusan yang disasarkan pasukan. Namun beliau percaya pengalaman yang diperoleh akan membantu perkembangan Hakim Danish sebagai pelumba musim pertama Moto3.

“Perlumbaan hari ini memang sukar dengan keadaan litar yang bercampur basah dan kering, selain jarak perlumbaan dipendekkan kepada 12 pusingan. Keadaan sebegini menuntut ketelitian tinggi, terutama pada pusingan-pusingan awal.

Ini satu lagi proses pembelajaran penting buatnya sebagai pelumba tahun pertama. Secara keseluruhan, ia bukan keputusan yang kami sasarkan pada hujung minggu ini. Kini kami perlu segera melangkah ke hadapan dan memberi fokus penuh kepada pusingan terakhir di Valencia minggu depan dengan harapan dapat menutup musim 2026 dengan keputusan yang lebih baik.”

Valencia Jadi Sasaran Penutup Musim

Selepas mengharungi perlumbaan yang mencabar di Portimao, tumpuan kini beralih ke Grand Prix Valencia, yang juga merupakan pusingan terakhir Kejuaraan Dunia Moto3 musim 2026.

Hakim Danish bersama pasukan AEON Credit MT Helmets MSi akan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti sepanjang hujung minggu di Portugal dengan harapan dapat menamatkan musim sulung mereka di pentas dunia dengan keputusan yang lebih memberangsangkan.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai Motorsukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 24, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai Motorsukan motorUtamazk racing

More in Berita

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900
    BeritaNovember 24, 2026
  • Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor
    BeritaNovember 23, 2026
  • Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026
    BeritaNovember 23, 2026
  • Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim
    BeritaNovember 23, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900