• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor
Amzar Hazeeq
November 23, 2026

Juara keseluruhan kategori WIRA itu mengakhiri musim dengan kemenangan di Pusingan 8, sekali gus melengkapkan kempen cemerlang bersama PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING.

Nuzzul Ady Cub Prix 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Nuzzul Ady Muhammad Sudin menamatkan musim 2026 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix dengan penuh bergaya apabila muncul juara dalam perlumbaan kategori WIRA pada Pusingan 8 di Bandar Medini Iskandar, Johor.

Walaupun gelaran Juara Keseluruhan telah pun disahkan lebih awal pada Pusingan 6, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING itu tetap mempamerkan aksi cemerlang untuk menutup tirai musim dengan satu lagi kemenangan yang meyakinkan.

Nuzzul Ady Cub Prix 2026

Ady Kuasai Perlumbaan Sejak Awal

Ady memulakan perlumbaan dari petak utama selepas mencatat masa terpantas 46.871 saat dalam sesi kelayakan. Sebaik perlumbaan bermula, beliau terus menguasai kedudukan pendahulu tanpa memberi peluang kepada pencabar lain untuk memintas.

Md Al-Syafiq M Al Amirul Zaki daripada IGOL BROTHERS 7 TECH RACING berada di kedudukan kedua, manakala Sheikh Mohd Isyraf dari ESTREMO PITSBIKE YAMAHA FVZR TEAM, Md Fairil Hazmi Farid Sezli dan Md Akid Mohd Shah Khearul Nisiam melengkapkan kelompok lima pelumba teratas.

Nuzzul Ady Cub Prix 2026

Rentak Konsisten Bawa Kemenangan

Pada pusingan ketiga, Ady terus mengukuhkan kedudukan apabila mencatat masa terpantas peribadinya, iaitu 46.718 saat. Sementara itu, persaingan bagi merebut tempat podium semakin sengit apabila Fairil berjaya memintas Isyraf pada pusingan kelima.

Fairil kemudian mencatat masa terpantas perlumbaan, 46.668 saat, pada pusingan ketujuh dalam usaha mengejar kelompok hadapan. Namun begitu, Ady kekal tenang dan berjaya mengekalkan kelebihan yang selesa.

Memasuki pusingan ke-11, Ady berada 1.654 saat di hadapan Al-Syafiq sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan 9 minit 28.129 saat untuk meraih kemenangan.

Al-Syafiq menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 9 minit 29.356 saat, diikuti Fairil di tempat ketiga menerusi catatan 9 minit 29.627 saat. Isyraf dan Akid pula melengkapkan lima pelumba terbaik perlumbaan.

Nuzzul Ady Cub Prix 2026

Ady Dedikasi Kemenangan Buat Pasukan dan Keluarga

Selepas perlumbaan, Ady merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING yang sentiasa memberi kepercayaan kepadanya sepanjang musim.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pasukan kerana mempercayai bakat saya dan memberikan peluang keemasan untuk terus berlumba pada musim ini. Penghargaan khas juga buat Bos Siva yang tidak pernah jemu meniupkan kata-kata semangat, bukan sahaja untuk perlumbaan hari ini, malah sepanjang perjalanan karier saya sebelum ini.”

Beliau turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada ahli keluarganya yang sentiasa hadir memberikan sokongan di setiap perlumbaan.

“Kemenangan ini juga saya dedikasikan buat keluarga tercinta, terutamanya mak dan ayah yang sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk hadir memberikan sokongan moral dari tepi litar. Kehadiran mereka, serta sokongan padu daripada rakan-rakan semua, benar-benar menjadi pembakar semangat buat saya.”

Mengulas mengenai perlumbaan, Ady berkata strategi utamanya adalah untuk kekal tenang dan konsisten sepanjang perlumbaan.

“Mengenai perlumbaan tadi, fokus utama saya adalah untuk kekal tenang dan konsisten di kelompok hadapan. Saya cuba memerah kudrat dan memecut sebaik mungkin di setiap selekoh demi menjarakkan jurang dengan pelumba lain. Tekanannya memang terasa, namun Alhamdulillah, segala perancangan dan strategi yang diatur akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis.”

Nuzzul Ady Cub Prix 2026

Juara Keseluruhan Dengan Kelebihan Besar

Kemenangan di Johor melengkapkan musim yang luar biasa buat Nuzzul Ady. Beliau menamatkan kempen 2026 sebagai Juara Keseluruhan kategori WIRA dengan kutipan 175 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya, Md Al-Syafiq M Al Amirul Zaki yang mengumpul 93 mata.

Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Md Akid Mohd Shah Khearul Nisiam dengan 88 mata, diikuti Md Fairil Hazmi Farid Sezli (81 mata) dan Md Darwish Amsyar M Ridzwan (80 mata).

Dengan prestasi konsisten sepanjang musim serta kemenangan bergaya pada pusingan penutup, Nuzzul Ady membuktikan dirinya sebagai pelumba paling dominan dalam kategori WIRA musim 2026.

Keputusan Perlumbaan (Top 5)

  1. Nuzzul Ady Muhammad Sudin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING) – 9’28.129s
  2. Md Al-Syafiq M Al Amirul Zaki (IGOL BROTHERS 7 TECH RACING) – 9’29.356s
  3. Md Fairil Hazmi Farid Sezli (IGOL BROTHERS 7 TECH RACING) – 9’29.627s
  4. Sheikh Mohd Isyraf (ESTREMO PITSBIKE YAMAHA FVZR TEAM) – 9’34.839s
  5. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam (HONDA RS MEGATECH RACING TEAM) – 9’40.903s

Kedudukan Keseluruhan Pelumba (Top 5)

  1. Nuzzul Ady Muhammad Sudin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING) – 175 mata
  2. Md Al-Syafiq M Al Amirul Zaki (IGOL BROTHERS 7 TECH RACING) – 93 mata
  3. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam (HONDA RS MEGATECH RACING TEAM) – 88 mata
  4. Md Fairil Hazmi Farid Sezli (IGOL BROTHERS 7 TECH RACING) – 81 mata
  5. Md Darwish Amsyar M Ridzwan (ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM) – 80 mata
Related Items2026baruberitaCub PrixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan mtoorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 23, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaCub PrixGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan mtoorUtama

More in Berita

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor
    BeritaNovember 23, 2026
  • Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026
    BeritaNovember 23, 2026
  • Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim
    BeritaNovember 23, 2026
  • Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaNovember 23, 2026
  • Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000
    BeritaNovember 23, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026