• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
Amzar Hazeeq
October 28, 2026

Motor hilang memang pengalaman yang mencemaskan. Ketahui apa yang perlu anda buat bila motor anda kena curi.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motor hilang memang satu situasi yang tak diingini oleh mana-mana owner motor. Sama ada motosikal dicuri di kawasan parking, di hadapan rumah atau ketika ditinggalkan seketika, rasa panik pasti akan timbul apabila menyedari motosikal anda tiada.

Dalam keadaan seperti ini, ramai yang tak pasti apa yang perlu dilakukan. Ada yang terus cuba cari motor, ada juga yang tak tahu sama ada perlu hubungi pihak polis atau syarikat insurans terlebih dahulu.

Kalau motosikal anda hilang, jangan panik. Mengambil langkah yang betul mungkin boleh membantu memudahkan proses siasatan dan mempercepatkan proses tuntutan insurans jika polisi anda melindungi kehilangan akibat kecurian.

1. Pastikan Motor Betul-Betul Hilang

Sebelum buat report polis, cuba bertenang dan pastikan motor anda betul-betul hilang. Kadang-kadang motor mungkin dialihkan oleh ahli keluarga, kawan atau staff premis tanpa pengetahuan anda. Kalau motor diparking di shopping mall, office atau kawasan awam, cuba cari di setiap tingkat parking atau tanya pihak management sama ada motor anda dialih.

Cuba untuk ingat balik tempat terakhir anda letak motor. Walaupun ia macam remeh, langkah ini dapat mengelakkan report dibuat sedangkan motor sebenarnya masih berada di kawasan tersebut. Kalau motor anda masih tak dapat dijumpai, boleh teruskan dengan langkah seterusnya.

2. Buat Report Polis Segera

Report polis merupakan langkah paling penting kalau motor anda memang betul telah dicuri. Semasa membuat report, cuba berikan maklumat yang lengkap seperti nombor plate, model motor, warna, nombor casis kalau anda ingat, lokasi kejadian, anggaran waktu kehilangan dan sebarang maklumat lain yang boleh membantu siasatan.

Kalau kawasan tersebut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), maklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. Rakaman CCTV mungkin dapat membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mempercepatkan siasatan. Lebih cepat laporan dibuat, lebih cepat pihak berkuasa boleh memulakan siasatan.

3. Hubungi Syarikat Insurans

Selepas membuat laporan polis, jangan tunggu terlalu lama untuk hubungi syarikat insurans atau ejen anda. Mereka akan menerangkan prosedur tuntutan serta dokumen yang diperlukan. Sesetengah syarikat insurans juga mempunyai tempoh tertentu untuk pemegang polisi memaklumkan sesuatu kejadian, jadi tindakan yang cepat dapat membantu mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses claim.

Kalau anda tak pasti jenis perlindungan yang dimiliki, inilah masanya untuk menyemak sama ada polisi anda merangkumi kehilangan akibat kecurian.

Langkah Yang Perlu Dibuat Bila Motor Hialng

4. Sediakan Semua Dokumen Yang Diperlukan

Sebaik sahaja proses claim dimulakan, pastikan semua dokumen disediakan dengan lengkap. Selain report polis, syarikat insurans mungkin meminta salinan kad pengenalan, geran atau maklumat pendaftaran motosikal, salinan polisi insurans dan dokumen lain yang berkaitan. Menyimpan semua dokumen di satu tempat akan memudahkan proses semakan dan mengurangkan risiko kelewatan.

5. Pantau Perkembangan Kes

Selepas semua laporan dan dokumen dihantar, anda perlu beri sedikit masa kepada pihak polis dan syarikat insurans untuk menjalankan siasatan serta semakan. Kalau terdapat permintaan untuk maklumat tambahan, berikan kerjasama sepenuhnya supaya proses dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

Elakkan daripada membuat sebarang perubahan pada maklumat yang telah diberikan dan simpan salinan semua dokumen untuk rujukan pada masa hadapan.

Adakah Semua Insurans Melindungi Kecurian?

Ini merupakan salah satu perkara yang sesetengah owner motor salah faham Ramai anggap semua polisi insurans akan membayar pampasan kalau motosikal dicuri. Hakikatnya, perlindungan bergantung kepada jenis polisi yang anda miliki.

Secara amnya, perlindungan terhadap kehilangan akibat kecurian lebih banyak ditawarkan melalui insurans komprehensif (First Party Insurance). Jika anda hanya mempunyai insurans pihak ketiga (Third Party Insurance), kehilangan motosikal akibat kecurian selalunya tak termasuk dalam perlindungan. Oleh sebab itu, memahami polisi insurans sebelum berlaku sesuatu kejadian adalah sangat penting.

Bagaimana Mengurangkan Risiko Kecurian?

Walaupun tiada cara yang dapat menjamin motosikal tak akan dicuri, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh bantu mengurangkan risikonya.

Sentiasa parking motor di kawasan yang terang, sibuk dan mempunyai sistem keselamatan. Kalau boleh, gunakan disc lock, rantai keselamatan atau alarm bagi menyukarkan cubaan mencuri. Selain itu, elakkan daripada meninggalkan kunci pada motor walaupun hanya sekejap sahaja. Kalau motor anda mempunyai sistem pengesan GPS, pastikan ia sentiasa aktif supaya lokasi motor senang dikesan sekiranya berlaku kehilangan.

Langkah Yang Perlu Dibuat Bila Motor Hialng

Apa Yang Perlu Dielakkan Selepas Motor Hilang?

Ramai owner motor bertindak secara melulu bila sedar motosikal mereka hilang. Walaupun perasaan panik itu normal, terdapat beberapa perkara yang seeloknya dielakkan. Jangan buat tuduhan terhadap mana-mana individu tanpa bukti yang kukuh.

Elakkan daripada menyebarkan maklumat yang belum disahkan di media sosial kerana ia boleh mengganggu siasatan. Fokus kepada tindakan yang betul seperti membuat report polis, menghubungi syarikat insurans dan menyimpan semua dokumen yang berkaitan.

Kesimpulan

Motor hilang boleh jadi pengalaman yang mencemaskan, tapi mengetahui langkah yang perlu diambil dapat membantu anda menguruskan situasi dengan lebih tenang. Membuat report polis dengan segera, memaklumkan kepada syarikat insurans dan menyediakan dokumen yang lengkap adalah antara langkah yang perlu dibuat.

Selain itu, pastikan anda sentiasa mengetahui jenis perlindungan yang dimiliki. Kalau polisi insurans motosikal anda hampir tamat tempoh atau anda ingin mendapatkan perlindungan yang lebih sesuai, iMotorbike Insurance Renewal boleh membantu anda memperbaharui insurans dengan cepat dan mudah supaya anda terus dilindungi apabila berdepan situasi yang tak dijangka. Layari website iMotorbike dan renew insurans motosikal anda dengan kami.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 28, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama

More in Berita

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?