• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
Amzar Hazeeq
October 26, 2026

Bergaji sekitar RM4,000 sebulan? Ini lima motosikal yang menawarkan prestasi, gaya dan nilai terbaik dengan komitmen bulanan yang masih berpatutan.

Motor Untuk Gaji RM4,000

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Memiliki motor idaman tak semestinya memerlukan gaji yang terlalu tinggi. Dengan gaji sekitar RM4,000 sebulan, korang dah ada banyak banyak pilihan motor yang boleh dibeli, sama ada anda nak sportbike, cruiser moden atau motosikal bergaya klasik.

Tapi memilih motosikal bukan sekadar melihat rupa atau prestasi semata-mata. Ansuran bulanan, kos maintenance dan kegunaan harian juga perlu diambil kira supaya komitmen kewangan kekal stabil. Berikut merupakan lima motosikal yang boleh dipertimbangkan jika anda bergaji sekitar RM4,000 sebulan.

Motor Untuk Gaji RM4,000

1. 2024 Honda CBR250RR – RM19,950 (Bulanan Serendah RM370)

Honda CBR250RR merupakan antara motosikal 250cc paling berprestasi dalam kelasnya. Dikuasakan enjin 249cc parallel-twin DOHC yang menghasilkan sekitar 42 hp dan 25 Nm tork, motosikal ini menawarkan pecutan yang pantas, responsif dan cukup menyeronokkan sama ada di jalan bandar atau di atas highway. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden yang menjadikan pengalaman menunggang lebih premium.

CBR250RR sesuai untuk rider yang mahukan sebuah motor yang boleh digunakan setiap hari tanpa perlu mengorbankan elemen keseronokan. Dengan ansuran serendah RM370 sebulan, ia masih berada dalam range yang munasabah bagi mereka yang bergaji sekitar RM4,000, sambil memberikan pengalaman menunggang yang setanding motosikal premium.

Motor Untuk Gaji RM4,000

2. 2024 Royal Enfield Classic 350 – RM17,450 (Bulanan Serendah RM338)

Royal Enfield Classic 350 memang terkenal dengan design retronya. Dikuasakan enjin 349cc single-cylinder yang menghasilkan 20.2 hp dan 27 Nm tork, motosikal ini menawarkan power delivery yang lancar dan santai, menjadikannya sangat sesuai untuk ride harian atau ride konvoi hujung minggu.

Selain tampil dengan gaya klasik yang cukup elegan, riding position yang selesa menjadikannya mudah dikendalikan walaupun pada perjalanan yang lebih jauh. Dengan ansuran serendah RM338 sebulan, Classic 350 merupakan pilihan yang menarik bagi mereka yang inginkan motosikal berkarakter tanpa perlu mengeluarkan komitmen bulanan yang terlalu tinggi.

Motor Untuk Gaji RM4,000

3. 2025 QJ Motor SRV 600 V – RM22,750 (Bulanan Serendah RM409)

Kalau korang cari sesuatu yang berbeza daripada motosikal biasa, QJ Motor SRV 600 V pasti mampu menarik perhatian. Dilengkapi enjin 561cc V4 yang menghasilkan sekitar 68 hp dan 54 Nm tork, ia menawarkan bunyi enjin yang unik serta prestasi yang lebih bertenaga berbanding kebanyakan cruiser dalam range harga yang sama.

Design yang berotot memberikan penampilan yang cukup garang di atas jalan raya, manakala riding position pula kekal santai untuk kegunaan harian. Walaupun ansurannya serendah RM409, lebih sedikit daripada RM400 sebulan, ia masih merupakan pilihan yang berbaloi untuk mereka yang bergaji RM4,000 dan inginkan sebuah cruiser dengan identiti tersendiri.

Motor Untuk Gaji RM4,000

4. 2025 CFMOTO 450CL-C – RM17,250 (Bulanan Serendah RM338)

CFMOTO 450CL-C menggabungkan gaya cruiser moden dengan teknologi yang semakin dikenali dalam kalangan riderMalaysia. Dikuasakan enjin 449cc parallel-twin, motosikal ini memberikan kuasa yang lancar, mudah dikawal dan cukup menyeronokkan untuk ride harian atau ride santai pada hujung minggu.

Dengan riding position yang relaks serta design yang premium, 450CL-C sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal yang selesa tapi masih mempunyai prestasi yang meyakinkan. Ansuran serendah RM338 sebulan juga menjadikannya antara pilihan paling bernilai dalam senarai ini.

Motor Untuk Gaji RM4,000

5. 2024 Triumph Speed 400 – RM15,950 (Bulanan Serendah RM313)

Triumph Speed 400 membuktikan bahawa memiliki motor daripada brand premium kini lebih mampu milik. Ia dikuasakan enjin 398cc DOHC single-cylinder yang menghasilkan sekitar 40 hp dan 37.5 Nm tork, menawarkan prestasi yang seimbang dengan handling yang ringan dan mudah dikendalikan oleh pelbagai jenis rider.

Selain design moden bercampur elemen klasik yang menarik perhatian, Speed 400 juga terkenal dengan keselesaan dan build qualitynya. Dengan ansuran serendah RM313 sebulan, ia merupakan antara pilihan paling berbaloi untuk mereka bergaji RM4,000 yang nak motosikal premium tanpa perlu menanggung komitmen bulanan yang terlalu tinggi.

Kesimpulan

Bergaji sekitar RM4,000 sebulan memberikan lebih banyak pilihan untuk memiliki motosikal yang bukan sahaja menarik dari segi design, tapi juga menyeronokkan untuk ditunggang setiap hari. Sama ada anda minat sportbike, cruiser atau motosikal bergaya klasik, terdapat pelbagai model yang boleh dimiliki dengan ansuran bulanan yang masih berpatutan.

Kalau korang tengah cari motor terpakai berkualiti dengan pilihan pembiayaan yang menarik, layari website iMotorbike atau datang showroom iMotorbike yang terdekat untuk melihat sendiri pelbagai model yang tersedia.

Related Items2026baruberitacfmotoGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliQJ Motorroyal enfieldtriumphUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 26, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitacfmotoGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliQJ Motorroyal enfieldtriumphUtama

More in Berita

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027
    BeritaOctober 27, 2026
  • MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian