• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
Amzar Hazeeq
November 19, 2026

Hakim Danish mahu meneruskan prestasi cemerlang di Portimao selepas meraih keputusan memberangsangkan di GP Qatar, dengan fokus mengutip lebih banyak mata menjelang penamat musim 2026.

Hakim Danish GP Portugal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hakim Danish bersedia meneruskan cabarannya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 apabila turun beraksi pada pusingan ke-21 Grand Prix (GP) Portugal yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, dari 20 hingga 22 November ini.

Pelumba berusia 19 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu hadir ke Portimao dengan keyakinan tinggi selepas memanfaatkan tempoh rehat selama seminggu di Eropah untuk meneruskan latihan dan membuat persiapan menghadapi dua pusingan terakhir musim 2026.

Semangat Hakim Danish turut diperkukuhkan dengan prestasi positif di GP Qatar minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di Litar Antarabangsa Lusail. Keputusan itu membolehkannya mengutip sembilan mata penting, sekali gus mengumpul 125 mata keseluruhan untuk berada di tangga kelapan carta Kejuaraan Dunia Moto3.

Portimao Bukan Litar Asing Buat Hakim Danish

Litar Antarabangsa Algarve bukanlah venue yang asing buat pelumba kelahiran Terengganu itu. Malah, Portimao mempunyai nilai sentimental dalam kariernya apabila di situlah beliau meraih mata pertamanya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas menamatkan GP Portugal musim lalu di kedudukan ke-12.

Selain pengalaman dalam Moto3, Hakim Danish juga pernah beraksi di Portimao dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan FIM JuniorGP. Pengalaman tersebut dijangka memberi kelebihan dari segi memahami karakter litar yang terkenal dengan perubahan elevasi dan selekoh teknikal.

Bekalan pengalaman itu diharap dapat membantu beliau menyesuaikan diri dengan lebih pantas, sekali gus meningkatkan daya saing sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Fokus Kekalkan Konsistensi Menjelang Penamat Musim

Dengan hanya berbaki dua pusingan sebelum tirai Kejuaraan Dunia Moto3 2026 melabuhkan tirainya di Valencia, setiap mata kini amat penting dalam perebutan kedudukan keseluruhan.

Pasukan berharap momentum positif yang dibawa dari Qatar dapat diteruskan di Portimao, selain memastikan segala penambahbaikan yang dilakukan sepanjang minggu diterjemahkan kepada prestasi lebih konsisten ketika sesi latihan bebas, kelayakan dan perlumbaan.

Permulaan yang baik sejak sesi Latihan Bebas 1 (FP1) juga menjadi antara fokus utama bagi memastikan Hakim Danish mampu berada dalam kelompok hadapan sepanjang hujung minggu.

Hakim Danish Yakin Mampu Beri Saingan

Hakim Danish mengakui pengalaman berlumba di Portimao sebelum ini memberikan keyakinan tambahan untuk menghadapi perlumbaan kali ini.

“Pada hujung minggu ini, kami akan beraksi di Portimao. Saya mempunyai pengalaman beraksi di litar ini pada musim lalu apabila diberi peluang menggantikan Ryusei Yamanaka yang mengalami kecederaan. Pengalaman tersebut pastinya memberikan kelebihan kepada saya untuk mengenal pasti beberapa aspek yang boleh diperbaiki dan dimanfaatkan bagi perlumbaan kali ini.

Saya sangat teruja untuk kembali beraksi di Portimao, terutama apabila kita kini menghampiri dua pusingan terakhir musim ini. Saya mahu memberikan aksi terbaik dengan mengekalkan pendekatan sama seperti perlumbaan sebelum ini.

Fokus saya adalah untuk mendapatkan permulaan terbaik sejak sesi Latihan Bebas 1 (FP1) dan terus memberikan saingan kompetitif dalam setiap sesi.”

Zulfahmi Mahu Hakim Teruskan Momentum

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya pengalaman Hakim Danish di Portimao mampu memberikan kelebihan, namun menegaskan bahawa cabaran dalam Kejuaraan Dunia Moto3 tetap memerlukan tahap konsistensi yang tinggi.

“Hakim Danish mempunyai pengalaman beraksi di sini sebelum ini, termasuk ketika meraih podium dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 dan juga perlumbaan Moto3 tahun lalu.

Pengalaman itu pastinya memberikan kelebihan dari segi pemahaman terhadap karakter litar, namun cabaran dalam Moto3 sudah tentu berbeza dan dia perlu terus menyesuaikan diri dengan jentera serta tahap persaingan sengit di Kejuaraan Dunia Moto3.

Saya harap Hakim Danish dapat mengekalkan momentum positif selepas keputusan di Qatar dan memberikan aksi terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan ini. Apa yang penting, dia perlu kekal fokus, konsisten dan memanfaatkan setiap sesi untuk mendapatkan keputusan yang baik.”

Peluang Tambah Mata Sebelum Valencia

GP Portugal menjadi peluang penting buat Hakim Danish untuk menambah kutipan mata sebelum pusingan penutup musim di Valencia minggu hadapan.

Sekiranya berjaya mengekalkan prestasi seperti yang dipamerkan di Qatar, pelumba muda negara itu berpeluang memperbaiki kedudukannya dalam carta Kejuaraan Dunia Moto3, sekali gus menamatkan musim sulungnya di pentas dunia dengan keputusan yang lebih membanggakan.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 19, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing

More in Berita

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888
    BeritaNovember 17, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888