• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
Hazique Zairill
October 29, 2026

Melalui Arena CelcomDigi dan MotoMini Malaysia, dua pelumba muda berpotensi akan dikenal pasti dan dibimbing menerusi latihan profesional, pengalaman pertandingan serta bimbingan daripada Hakim Danish dan Qabil Irfan.

CelcomDigi

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), menerusi program Arena CelcomDigi, menjalin kerjasama dengan ZK Racing Team bagi menyokong MotoMini Malaysia, sebuah inisiatif pembangunan bakat akar umbi yang memberi tumpuan kepada pembentukan generasi baharu pelumba motosikal Malaysia.

Kerjasama ini bertujuan menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi sukan permotoran, selain menekankan kepentingan pembangunan atlet secara berterusan melalui latihan profesional dan pendedahan kepada pertandingan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen CelcomDigi dalam melahirkan juara masa hadapan dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk mengembangkan potensi dan merealisasikan cita-cita mereka dalam sukan permotoran.

Selaras dengan aspirasi Arena CelcomDigi untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui gaya hidup aktif dan sukan, kerjasama ini turut memperkukuh sokongan syarikat terhadap bakat sukan permotoran tempatan seperti pelumba muda Hakim Danish dan Qabil Irfan.

Kedua-dua pelumba tersebut telah mencipta nama di pentas antarabangsa hasil dedikasi, pembangunan yang tersusun serta peluang yang bersesuaian.

Dua Pelumba Muda Bakal Dikenal Pasti dan Dibimbing

Menerusi kerjasama ini, dua pelumba muda berpotensi akan dikenal pasti dan dibimbing dalam perkembangan kerjaya mereka.

Mereka turut berpeluang menimba ilmu secara langsung daripada Hakim Danish dan Qabil Irfan melalui sesi perkongsian serta bimbingan, termasuk pengalaman bersaing di peringkat tertinggi perlumbaan motosikal antarabangsa.

Menurut Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, “Kami percaya sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan rakyat Malaysia di samping membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengejar impian mereka.” 

“Melalui kerjasama bersama ZK Racing Team dan MotoMini Malaysia, serta sokongan berterusan kami kepada pelumba seperC Hakim Danish dan Qabil Irfan, kami berharap dapat menginspirasi lebih ramai anak muda untuk meneroka minat mereka dalam sukan permotoran dan membina keyakinan dengan potensi diri masing-masing.”

Usaha ini bertujuan melahirkan pelumba masa depan dengan membuka akses kepada pendedahan dan pengalaman bernilai tinggi, sekaligus membolehkan mereka bersaing secara kompetitif di peringkat global.

Pengarah ZK Racing Team, Zulfahmi Khairuddin berkata, “MotoMini Malaysia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelumba muda untuk belajar, bersaing dan berkembang sejak usia awal. Bersama dengan CelcomDigi, kami berharap inisiatif ini dapat menarik lebih ramai anak muda menyertai sukan permotoran serta memberi mereka pendedahan dan bimbingan yang diperlukan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perlumbaan.” 

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan barisan bakat yang lebih kukuh dan mampu bersaing dengan pelumba terbaik di peringkat antarabangsa,” Kata Zulfahmi. 

MotoMini Malaysia Buka Laluan kepada Pelumba Muda

MotoMini Malaysia merupakan platform penting bagi pelumba muda yang bercita-cita membina kerjaya dalam perlumbaan motosikal.

Terbuka kepada peserta seawal usia enam tahun, program ini menyediakan laluan pembangunan yang tersusun, bermula daripada perlumbaan peringkat akar umbi sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

Peserta turut berpeluang melangkah ke pentas antarabangsa seperti FIM MiniGP World Final di Valencia, Sepanyol, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman pertandingan di peringkat global.

Related Items2026baruberitahakim danishimotorbikeIndustrimalaysiamoto3Utamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 29, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitahakim danishimotorbikeIndustrimalaysiamoto3Utamazk racing

More in Berita

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan