Bau hangit pada motor bukan benda yang normal. Ketahui beberapa punca yang boleh sebabkan motor mengeluarkan bau hangit dan kenapa anda tak patut abaikannya.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Pernah tak korang terhidu bau hangit selepas ride motor? Walaupun motor masih boleh bergerak macam biasa, bau tersebut tak patut diabaian. Dalam sesetengah keadaan, ia mungkin berpunca daripada komponen yang terlalu panas. Tapi da juga situasi di mana bau hangit menjadi petanda awal kepada kerosakan yang lebih serius.
Makin awal puncanya dikenal pasti, makin mudah dan murah kos untuk repair. Kalau dibiarkan saja, masalah kecil boleh tukar menjadi kerosakan yang boleh menjejaskan prestasi dan keselamatan motosikal. Berikut ialah beberapa punca yang selalu menyebabkan motor keluarkan bau hangit.
1. Minyak Enjin Dah Lama Tidak Ditukar
Minyak enjin berfungsi untuk melincirkan komponen dalaman enjin dan bantu mengawal suhu motosikal ketika beroperasi. Apabila minyak enjin dah terlalu lama digunakan, keupayaannya untuk melindungi komponen enjin akan berkurangan.
Geseran yang tinggi menyebabkan suhu enjin meningkat dan dalam sesetengah keadaan boleh menghasilkan bau hangit. Kalau korang juga rasa macam enjin lebih kasar atau motor kurang responsif, mungkin dah tiba masa untuk memeriksa keadaan minyak enjin.
2. Minyak atau Cecair Menitis Ke Bahagian Enjin Yang Panas
Kadang-kadang bau hangit bukan datang daripada enjin itu sendiri, tapi daripada minyak atau cecair yang tertumpah ke atas komponen yang panas.
Contohnya, minyak enjin yang bocor atau tertumpah semasa diisi boleh terkena blok enjin atau ekzos yang panas dan mengeluarkan bau hangit apabila motosikal digunakan. Kalau korang ada hidu bau ini, cuba periksa kalau ada kesan minyak pada bahagian enjin atau tempat korang parking motor.

3. Sistem Brek Terlalu Panas
Sistem brek yang bekerja terlalu kuat juga boleh hasilkan bau hangit. Situasi ini selalu terjadi ketika turun bukit sambil menekan brek secara berterusan atau bila brake pad dah terlalu haus.
Dalam keadaan tertentu, brake caliper yang tersekat juga boleh menyebabkan brake pad sentiasa bergesel dengan brake disc sehingga menghasilkan haba yang berlebihan. Kalau bau hangit datang dengan rasa brek yang kurang normal, lebih baik hentikan motor di tempat yang selamat dan periksa keadaannya.
4. Clutch Sudah Haus
Untuk motosikal yang menggunakan clutch manual, clutch yang dah haus atau selalu digunakan secara berlebihan boleh hasilkan bau hangit.
Ini biasanya terjadi bila clutch banyak “digantung” ketika bergerak perlahan, mendaki bukit atau semasa ride dalam kesesakan lalu lintas. Selain bau hangit, korang mungkin akan rasa motor kehilangan kuasa atau enjin meraung tapi kelajuan tak meningkat seperti biasa.
5. Wayar atau Sistem Elektrik Bermasalah
Bau hangit juga boleh berpunca daripada sistem elektrik. Wayar yang rosak, penebat yang cair disebabkan haba atau litar pintas boleh hasilkan bau seperti plastik terbakar. Keadaan ini tak boleh diabaikan sebab ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem elektrik atau lebih teruk, risiko kebakaran.
Kalau korang terhidu bau seperti wayar terbakar atau nampak asap keluar dari bahagian tertentu, hentikan motor dengan segera dan jangan terus ride sehingga dah periksa puncanya.

6. Sampah atau Plastik Tersangkut Pada Ekzos
Kadang-kadang puncanya tak seteruk yang disangka. Beg plastik, daun kering atau bahan lain mungkin melekat dekat ekzos ketika motosikal bergerak. Bila ekzos jadi panas, bahan tersebut akan mula terbakar dan menghasilkan bau hangit yang kuat.
Walaupun masalah ni biasanya senang untuk diselesaikan, pastikan ekzos dah sejuk sepenuhnya sebelum cuba menanggalkan objek yang melekat.
Bila Perlu Bawa Motor Ke Bengkel?
Kalau bau hangit hanya berlaku sekali dan berpunca daripada plastik yang melekat pada ekzos, masalah mungkin tak begitu serius, tapi kalau bau hangit terus berulang, sekali dengan asap, kebocoran minyak, lampu amaran menyala, bunyi yang luar biasa atau perubahan pada prestasi motosikal, jangan biarkan saja.
Pemeriksaan awal oleh mekanik boleh membantu kenal pasti punca sebenar sebelum kerosakan menjadi lebih besar dan memerlukan kos repair yang tinggi.
Kesimpulan
Bau hangit pada motor bukan benda yang patut diabaikan. Ia boleh berpunca daripada minyak enjin yang dah lama, kebocoran minyak, sistem brek yang terlalu panas, clutch yang haus, masalah elektrik atau objek yang melekat pada ekzos.
Kalau motosikal anda mula keluarkan bau hangit dan anda tak pasti puncanya, iMotorbike Express Service sedia membantu. Pasukan mekanik kami akan melakukan pemeriksaan menyeluruh motor anda dan memastikan ia kembali berada dalam keadaan yang selamat serta bersedia untuk ditunggang. Layari website iMotorbike Express Service dan buat appointment pada hari ini.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS