• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
Amzar Hazeeq
November 5, 2026

Daripada naked bike berkuasa hingga skuter dan kapcai untuk kegunaan harian, berikut merupakan lima motosikal pilihan kami untuk bulan November 2026.

Top 5 Motor November 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Setiap bulan, korang boleh cari pelbagai motor menarik di pasaran terpakai, sama ada korang tengah cari motosikal pertama, nak upgrade atau sekadar nak cari tawaran yang berbaloi. Bulan November ini menyaksikan pilihan yang cukup pelbagai, daripada motor berprestasi tinggi hingga ke model yang sesuai digunakan setiap hari.

Kalau korang tengah cari motor yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda, berikut merupakan Top 5 Motor November 2026 pilihan kami.

Top 5 Motor November 2026

1. Honda CB650F

Untuk mereka yang nak beralih ke motosikal empat silinder, Honda CB650F merupakan pilihan yang susah untuk diketepikan. Dikuasakan enjin 649cc inline-four, motosikal ini menawarkan power delivery yang sangat lancar dengan bunyi enjin yang cukup mengujakan bila RPM naik.

Selain prestasi yang mantap, CB650F turut terkenal dengan riding position yang lebih selesa berbanding kebanyakan sportbike. Ia sesuai untuk kegunaan ulang-alik harian, ride jauh atau ride hujung minggu bersama rakan-rakan. Kalau anda nak sebuah naked bike yang serba boleh dan bunyi yang sedap didengar, CB650F sememangnya antara pilihan terbaik.

Top 5 Motor November 2026

2. Honda RS-X

Sejak diperkenalkan, Honda RS-X terus menjadi antara kapcai yang paling diminati di Malaysia. Enjin 149cc DOHC single-cylinder yang digunakan menawarkan prestasi yang responsif, dengan penggunaan minyak yang menjimatkan untuk kegunaan harian.

Design yang moden dan sporty menjadikan RS-X sesuai untuk golongan muda atau mereka yang mahukan motosikal praktikal. Sama ada untuk ke tempat kerja, kampus atau untuk bersiar-siar pada hujung minggu, RS-X menawarkan keseimbangan yang baik antara prestasi, keselesaan dan kos pemilikan.

Top 5 Motor November 2026

3. Yamaha NVX

Kalau korang lebih mengutamakan keselesaan, Yamaha NVX merupakan antara skuter yang paling berbaloi untuk dimiliki. Dikuasakan enjin 155cc single-cylinder VVA, NVX menawarkan pecutan yang lancar, riding position yang selesa serta ruang simpanan bawah seat yang cukup praktikal.

Skuter ini sangat sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya ketika menghadapi kesesakan trafik. Transmisi automatik CVT menjadikan ride lebih santai, manakala design yang sporty memastikan ia masih kelihatan menarik walaupun dibina sebagai sebuah skuter harian.

Top 5 Motor November 2026

4. BMW G 310 R

Kalau korang nak motor daripada jenama premium tanpa perlu berbelanja terlalu besar, BMW G 310 R mungkin jawapan yang tepat. Naked bike ini menggunakan enjin 313cc single-cylinder yang menawarkan prestasi yang cukup untuk kegunaan bandar dan highway.

Saiznya yang kompak serta berat sekitar 159 kg menjadikannya mesra rider yang baru nak memasuki dunia motosikal berkuasa lebih tinggi. Dalam masa yang sama, build quality, design moden dan lencana BMW memberikan nilai yang sukar ditandingi dalam kelasnya.

Top 5 Motor November 2026

5. KTM 250 Duke

KTM 250 Duke terkenal sebagai sebuah naked bike yang seronok untuk ditunggang. Dilengkapi enjin 249cc single-cylinder, motor ini menawarkan karakter enjin yang responsif serta handling yang lincah, menjadikannya cukup menyeronokkan untuk melalui jalan berselekoh atau jalan bandar.

Selain rupa yang agresif, 250 Duke turut dilengkapi pelbagai ciri moden yang meningkatkan pengalaman menunggangnya. Untuk rider yang nak motosikal ringan, mudah dikendalikan dan mempunyai prestasi yang cukup seronok, 250 Duke sememangnya patut menjadi pilihan utama.

Kesimpulan

Pilihan motor kali ini merangkumi pelbagai kategori motosikal bagi memenuhi keperluan rider yang berbeza. Sama ada korang mencari sebuah kapcai yang menjimatkan, skuter yang selesa, naked bike yang menyeronokkan atau motosikal premium, mesti ada model yang sesuai dengan citarasa korang.

Kalau korang berminat untuk memiliki salah satu daripada motosikal ini, layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom berdekatan anda unutk melihat stok terkini serta pelbagai pilihan motosikal terpakai berkualiti yang tersedia.

Related Items2026baruberitaBMWGaya HidupHondaIndustriKedai MotorktmLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 5, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaBMWGaya HidupHondaIndustriKedai MotorktmLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)

Amzar HazeeqNovember 25, 2026
Read More

Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 24, 2026
Read More

Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900

Hazique ZairillNovember 24, 2026
Read More

Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Farid Rangkul Kejuaraan Keseluruhan CP125 2026

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Azroy Juara CP150 2026, Helmi Tawan Penutup Musim

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Kenapa Skuter Terus Jadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqNovember 23, 2026
Read More

Motor Day Sale Terakhir iMotorbike 2026 Tawar Diskaun Sehingga RM5,000

Hazique ZairillNovember 23, 2026
Read More

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Cuci Motor Penting (Bukan Sekadar Nak Nampak Cantik)
    BeritaNovember 25, 2026
  • Kenapa KTM Duke Popular Dekat Malaysia?
    BeritaNovember 24, 2026
  • Hakim Danish Jadikan GP Portugal Pengalaman Berharga Menjelang Penutup Musim
    BeritaNovember 24, 2026
  • Suzuki SV-7GX Dilancarkan di Malaysia, Harga Pengenalan RM37,900
    BeritaNovember 24, 2026
  • Nuzzul Ady Tutup Musim Cub Prix 2026 Dengan Kemenangan Bergaya di Johor
    BeritaNovember 23, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?