• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
Hazique Zairill
November 11, 2026

Motul mengetengahkan teknologi pelincir berinspirasikan perlumbaan menerusi tiga zon interaktif, sesi bertemu pelumba MotoGP dan pengenalan GP Travel Kits di Litar Antarabangsa Sepang.

Motul MotoGP

Motul, jenama global yang terkenal dalam penghasilan pelincir berprestasi tinggi, telah mempamerkan teknologi permotoran dan rangkaian produknya sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 30 Oktober hingga 1 November lalu.

Dengan kehadiran lebih 196,000 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan, Motul mengambil peluang tersebut untuk mengetengahkan bagaimana pengalaman dan teknologi yang dibangunkan dalam dunia MotoGP diterapkan ke dalam produk untuk kegunaan penunggang motosikal harian.

Menampilkan gerbang berbentuk huruf V yang melambangkan kemenangan, reruai Motul memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali pendekatan jenama itu terhadap prestasi motosikal menerusi tiga tema utama, iaitu Thrill, Freedom dan Flow.

Sebagai rakan kerjasama jangka panjang MotoGP, Motul menggunakan kejuaraan tersebut sebagai platform untuk membangunkan serta menguji teknologi pelincirnya dalam keadaan perlumbaan yang mencabar. Pengalaman yang diperoleh daripada litar kemudiannya diterapkan ke dalam rangkaian produk untuk pelbagai kegunaan, daripada pelincir berprestasi tinggi untuk perlumbaan hinggalah minyak enjin skuter bagi kegunaan harian.

Tiga Zon Utama Menampilkan Rangkaian Produk Motul

Ruang pameran Motul dibahagikan kepada tiga zon yang mewakili pengalaman tunggangan berbeza, dengan setiap zon menampilkan produk khusus daripada jenama tersebut.

Zon Journey of Thrill memberi tumpuan kepada prestasi di litar perlumbaan menerusi Motul 300V 0W-30. Menggunakan teknologi ESTER Core®, pelincir berprestasi tinggi ini dibangunkan untuk memberikan kuasa kuda yang konsisten dalam keadaan tunggangan yang mencabar.

Sementara itu, zon Journey of Freedom mengetengahkan Motul 7100 yang direka untuk memberikan perlindungan enjin dan prestasi sepanjang perjalanan jarak jauh.

Bagi zon Journey of Flow pula, Motul memperkenalkan Scooter Power LE MB yang dibangunkan untuk kegunaan skuter dalam keadaan trafik bandar, khususnya ketika berhadapan situasi berhenti dan bergerak secara berulang.

Selain itu, Motul turut memperkenalkan GP Travel Kits kepada penunggang motosikal di Malaysia sepanjang hujung minggu perlumbaan. Ditawarkan dalam edisi Chain dan Helmet, kit kompak ini direka untuk memudahkan penjagaan motosikal ketika berada di luar kawasan.

Mengulas penyertaan Motul di Grand Prix Malaysia 2026, Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia, berkata penglibatan syarikat itu dalam MotoGP mencerminkan komitmen jangka panjangnya untuk terus membangunkan teknologi pelincir.

“Melihat begitu ramai penunggang motosikal Malaysia di Sepang, daripada peminat tegar hinggalah penunggang yang menggunakan motosikal untuk perjalanan harian, mengingatkan kami tentang tujuan sebenar inovasi ini dibangunkan. Komuniti penunggang motosikal Malaysia merupakan antara yang paling bersemangat, dan kami akan terus menyokong mereka menerusi produk serta pengalaman yang membawa prestasi litar perlumbaan ke setiap perjalanan,” katanya.

Pelumba MotoGP Bertemu Peminat di Ruang Pameran Motul

Selain pameran produk, Motul turut menganjurkan beberapa aktiviti bagi mendekatkan peminat dengan dunia MotoGP. Pada 31 Oktober, seramai 80 peminat berpeluang bertemu pelumba Prima Pramac Racing, Jack Miller dan Augusto Fernández, untuk sesi bergambar serta mendapatkan autograf.

Pada keesokan harinya, Ravi Shankar bersama Yvonne Ng, Pengurus Pemasaran Kanan Motul Malaysia, menyampaikan hadiah bagi Minggu Keenam dan Ketujuh kempen 11 Weeks, 11 Bikes.

Dua peserta bertuah masing-masing membawa pulang sebuah Honda CB250R dan Peugeot Django Classic. Kempen tersebut berlangsung sehingga 8 November 2026, dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-25RR ditawarkan sebagai hadiah utama.

Motul MotoGP

Peugeot Speedfight 4+ GP Edition Turut Diperkenalkan

Ruang pameran Motul turut dijadikan lokasi pelancaran Peugeot Speedfight 4+ 150cc GP Edition, sebuah skuter dengan reka bentuk berinspirasikan MotoGP yang ditawarkan secara terhad kepada hanya 50 unit di Malaysia.

Pelancaran tersebut turut mengetengahkan kerjasama Motul dengan Peugeot Motocycles sebagai rakan pelincir rasmi jenama itu di Malaysia.

Menerusi penyertaan di Grand Prix Malaysia 2026, Motul terus memperlihatkan bagaimana teknologi yang dibangunkan menerusi sukan permotoran dapat dimanfaatkan untuk penjagaan motosikal harian, sekali gus memenuhi keperluan penunggang dalam pelbagai situasi tunggangan.

Related Items2026baruberitamalaysiamotogpmotulpeugeot motocyclesepang international circuitskuterUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 11, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitamalaysiamotogpmotulpeugeot motocyclesepang international circuitskuterUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza