• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Review Kawasaki Ninja ZX-4RR: Lebih Daripada Sekadar Supersport yang Lebih Kecil 

Review Kawasaki Ninja ZX-4RR: Lebih Daripada Sekadar Supersport yang Lebih Kecil 
Amzar Hazeeq
September 10, 2026

Dalam dunia di mana enjin yang lebih besar mendominasi, ZX-4RR membuktikan bahawa keseronokan menunggang tak selalu bergantung kepada displacement sahaja. 

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Keluarga Kawasaki Ninja ZX sentiasa menjadi salah satu nama paling dikenali dalam dunia motosikal supersport. Daripada ZX-10R yang legenda, ZX-6R kegemaran ramai, hinggalah ZX-25R yang menjadi kegemaran kebanyakan rider Malaysia, Kawasaki telah membina reputasi kerana mencipta mesin yang menggabungkan prestasi inspirasi perlumbaan dengan kebolehgunaan harian.

Legasi itu diteruskan dengan Kawasaki Ninja ZX-4RR, sebuah motosikal yang mempunyai kedudukan unik dalam pasaran sportbike masa kini. Diperkenalkan secara rasmi di Malaysia bersama ZX-4R SE oleh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), ZX-4RR terletak betul-betul di antara ZX-25R dan ZX-6R, menawarkan rider pilihan yang mempunyai keseimbangan antara aksesibiliti dan prestasi.

Tak seperti kebanyakan motosikal dalam segmen 400cc yang bergantung pada enjin parallel-twin, ZX-4RR membawa kembali sesuatu yang semakin jarang dijumpai dalam motosikal moden, iaitu enjin supersport inline-four yang padat. Walaupun ia bukan motosikal paling berkuasa dalam kategorinya, Kawasaki fokus untuk memberikan pengalaman yang melangkaui sekadar nombor, mengutamakan keterujaan RPM tinggi, handling yang tajam dan keseronokan menunggang yang tulen.

Saya berpeluang meluangkan sedikit masa dengan Kawasaki Ninja ZX-4RR, menunggangnya dalam trafik KL, daily ride, dan di atas highway. Selepas meluangkan masa dengan motosikal ini, jelas bahawa ZX-4RR bukan sekadar sportbike berkapasiti kecil. Ia adalah motosikal yang dibina untuk rider yang menghargai keseronokan mengejar redline dan mengalami sendiri karakter enjin yang semakin jarang ditemui.

Enjin dan Transmisi 

ZX-4RR menggunakan enjin 399cc liuqid-cooled inline-four DOHC yang menghasilkan sekitar 75 hp pada 14,500 rpm, tetapi dengan sistem ram-air, ia boleh mencecah sehingga 79 hp. Tork pula adalah sekitar 39 Nm pada 13,000 rpm. Ia mungkin angka yan tak setanding superbike, tetapi ia cukup mengagumkan di dalam segmen sportbike middleweight.

Apa yang benar-benar membezakan ZX-4RR daripada hampir setiap motosikal lain dalam segmen 400cc ialah enjin inlin-four yang digunakannya. Ia mampu memberikan riding experience yang berbeza sama sekali. Dengan redline yang menjangkau melebihi 16,000 rpm, enjinnya benar-benar menjadi hidup apabila RPM meningkat, memberikan ganjaran bunyi inline-four bernada tinggi kepada rider.

ZX-4RR bukan sahaja menawarkan konfigurasi enjin yang unik, malah ia juga terasa lebih mengujakan untuk ditunggang. Kuasa meningkat secara progresif sepanjang range RPM, dan semakin tinggi anda memecutnya, semakin bertambah keterujaannya. Throttle response terasa sangat tajam hasil daripada throttle ride-by-wire, enjin terasa sangat halus, dan ia sentiasa menggalakkan anda untuk mengejar redline.

Kuasa dihantar ke roda belakang melalui gearbox six-speed yang digandingkan dengan Assist & Slipper Clutch Kawasaki, menjadikan penukaran gear terasa lancar di samping memberikan kestabilan tambahan semasa downshift agresif. 

Up-and-down quickshifter merupakan satu lagi tarikan utama. Sebaik sahaja enjin berada pada tahap optimum, upshift dan downshift tanpa klac terasa sangat lancar, membenarkan fokus penuh untuk menikmati ride tanpa sebarang gangguan.

Reka Bentuk dan Ciri-ciri 

Jika anda sudah kenal keluarga Ninja Kawasaki, anda pasti biasa dengan rupa ZX-4RR. Ia hampir menyerupai ZX-25R, menampilkan reka bentuk yang tajam dan aerodinamik serta rupa supersport yang agresif menjadikannya kelihatan bersedia untuk beraksi di trek. Secara peribadi, saya rasa Kawasaki telah melakukan kerja yang sangat baik dengan reka bentuknya, kerana mereka telah berjaya membuat motosikal ini kelihatan padat sambil mengekalkan imej motosikal yang jauh lebih besar.

Model yang saya uji didatangkan dalam skema warna Lime Green/Ebony. Kebanyakan jenama mempunyai warna ikonik mereka yang dapat melambangkan jenama tersebut. Bagi Kawasaki, warna Lime Green ikonik inilah yang melambangkan Kawasaki. Ia kelihatan sangat striking tetapi tak keterlaluan. Melihat warna ini dari jauh, anda boleh kenal bahawa ia adalah Kawasaki.

Di hadapan rider terdapat paparan TFT berwarna penuh 4.3 inci yang mudah dibaca tak kira anda ride pada waktu siang atau malam. Ia memaparkan semua maklumat penting dengan kemas tanpa rasa terlalu berselerak.

Paparan ini juga menyokong sambungan dengan smartphone melalui aplikasi Rideology Kawasaki, yang membolehkan akses terus kepada maklumat menunggang, sejarah perjalanan dan setting motosikal tertentu melalui telefon pintar. Ia mungkin bukan ciri yang akan anda gunakan setiap hari, tetapi ia masih merupakan sentuhan moden yang menarik dan melengkapi rasa premium ZX-4RR.

Dari segi elektronik, ZX-4RR dilengkapi dengan beberapa alat bantuan penunggang, termasuk traction control, ABS dan riding modes. Penunggang boleh memilih antara mode Sport, Road, Rain dan Rider, dengan setiap mode melaraskan power delivery dan tahap traction control agar sesuai dengan keadaan dan pilihan ride yang berbeza.

Pengalaman Menunggang

Apabila berada di atas ZX-4RR, saya dapat merasakan riding position motosikal ini cukup sporty, tetapi tak terlalu agresif seperti supersport. Klip-onnya diletakkan cukup rendah untuk memberikan anda rasa menunggang yang sporty, tetapi tak terlalu rendah sehingga ia menyakitkan belakang dan pergelangan tangan anda. Sebagai rider motosikal naked, secara peribadi saya dapat membiasakan diri dengan motosikal ini dengan mudah.

Dengan berat sekitar 189 kg, motosikal ini agak berat, tetapi sebaik sahaja anda bergerak, berat itu seolah-olah hilang secara perlahan. Ia terasa seimbang, menjadikannya lebih mudah untuk bergerak melalui kesesakan lalu lintas daripada yang saya jangkakan pada mulanya.

Satu ciri yang saya sangat hargai ialah Assist & Slipper Clutch. Penduduk KL tahu kesesakan lalu lintas yang tak dapat dijangka di kawasan bandar, jadi clutchnya yang ringan memudahkan untuk mencelah melalui lalu lintas. Ia sememangnya menjadikan motosikal ini lebih praktikal untuk perjalanan harian.

Pada mulanya, kuasanya tak mengagumkan saya, tetapi sebaik sahaja RPM mula meningkat, motosikal ini benar-benar menyerlah. Pecutan menjadi lebih kuat menuju ke top end, dan bunyi inline-four yang istimewa menjadikan setiap pecutan sangat memuaskan.

Secara keseluruhan, saya rasa ZX-4RR terasa seperti motosikal serba boleh yang bagus. Ia cukup selesa untuk perjalanan harian, dan cukup mengujakan untuk menjadikan setiap ride hujung minggu sesuatu yang dinanti-nantikan.

Pengendalian dan Brek

ZX-4RR didatangkan dengan brek disc hadapan berkembar dengan radial monobloc 4-piston calipers dan brek disc tunggal 1 caliper di bahagian belakang, memberikan prestasi hentian yang mengagumkan dalam kelasnya. Ia juga mempunyai sistem dual-channel ABS untuk keselamatan tambahan semasa menunggang.

Motosikal ini menggunakan fork USD Showa adjustable preload SFF-BP di bahagian hadapan yang mampu memberikan keselesaan dan kawalan semasa menunggang. Berbanding dengan versi SE, ZX-4RR didatangkan dengan suspension belakang yang boleh dijumpai pada ZX-10R, Showa BFRC-Lite fully adjustable yang lebih canggih, dibuat untuk rider trek yang serius sambil memberikan prestasi yang mencukupi untuk mengendalikan jalan raya Malaysia.

Sejujurnya saya tak sangka ZX-4RR akan terasa semudah ini untuk ditunggang setiap hari. Walaupun ketika melalui kesesakan lalu lintas, motosikal ini terasa sangat lincah. Untuk sesuatu yang kelihatan seperti motosikal yang fokus pada trek, ia mengendalikan ride di dalam bandar dengan sangat baik.

Kelajuan dan Prestasi

Apabila jalan raya akhirnya dibuka, ZX-4RR mula mendedahkan karakter sebenarnya. Pada RPM yang lebih rendah, power delivery motosikal ini terasa lancar dan terkawal, tetapi apabila RPM meningkat, enjin terus berubah. Pecutan menjadi lebih kuat, dan bunyi inline-four yang mengasyikkan membuatkan anda ingin push motosikal lebih lagi.

Sepanjang masa saya menggunakan motosikal ini, saya berjaya mencapai top speed sekitar 220 km/j, dan saya rasa motosikal ini boleh pergi lebih laju lagi. Walaupun pada kelajuan tersebut, motosikal ini kekal stabil dan memberikan keyakinan. 

Bahagian terbaik tentang enjin ini ialah ia memberi ganjaran kepada anda apabila anda memecutnya. Tak seperti motosikal berkapasiti lebih besar yang memberikan tork serta-merta, ZX-4RR menggalakkan anda untuk menikmati kuasanya sehingga ke hujung RPM.

Up-and-down quickshifter merupakan satu lagi ciri yang mempertingkatkan pengalaman menunggang motosikal ini. Penukaran gear terasa lancar dan tepat, manakala Assist & Slipper Clutch mengawal penukaran gear semasa ride dengan lebih agresif. Ciri-ciri ini menjadikan ZX-4RR terasa hampir sama dengan jentera perlumbaan sambil kekal mesra untuk ditunggang setiap hari.

Kesimpulan

Kawasaki Ninja ZX-4RR merupakan sebuah motosikal yang membuktikan prestasi tak selalu tentang memiliki enjin yang terbesar. Kelebihan terbesarnya ialah enjinnya, yang memberikan pengalaman yang semakin jarang ditemui dalam pasaran motosikal masa kini. Cara ia menyampaikan kuasanya, sifat high-revving, dan bunyi ekzos yang tak dapat dilupakan menjadikan setiap ride terasa istimewa.

Bagi mereka yang ingin merasai keseronokan motosikal supersport tanpa perlu lompat terus ke jentera 600cc, ZX-4RR berada pada kedudukan yang sangat menarik. Ia menawarkan prestasi yang cukup mengujakan di jalan raya terbuka sambil kekal mesra dan praktikal untuk ride harian.

Dengan harga sekitar RM42,999 , ZX-4RR sememangnya bukan pilihan termurah dalam segmen 400cc, tetapi apa yang anda bayar bukan sekadar prestasi, tetapi juga karakter unik, komponen premium dan riding experience yang tak dapat ditandingi oleh beberapa motosikal dalam kategori ini.

Selepas meluangkan masa dengan motosikal ini, saya perlahan-lahan jatuh cinta dengannya. Ia mungkin bukan yang terpantas dalam kelasnya, tetapi ia memberikan sesuatu yang sukar dicari, iaitu keseronokan menunggang yang tulen. Setiap kali RPM naik ke redline dan enjin inline-four mula berbunyi, ia mengingatkan anda mengapa motosikal sepatutnya dinikmati. Jika saya bercadang untuk upgrade, ZX-4RR mungkin pilihan saya.

Spesifikasi Kawasaki Ninja ZX-4RR  

Enjin & Prestasi

  • Enjin: 399cc Liquid-cooled, 4-stroke, Inline-four, DOHC, 16-valve
  • Kuasa Maksimum: 75 hp pada 14,500 rpm (sehingga 79 hp dengan Ram Air)
  • Tork Maksimum: 39 Nm tork pada 12,500 rpm
  • Transmisi: 6-speed dengan Kawasaki Quick Shifter (KQS) Up & Down
  • Klac: Wet multi-disc, Assist & Slipper

Casis & Suspensi

  • Rangka: Trellis, high-tensile steel
  • Suspensi Depan: 37mm inverted Showa SFF-BP fork dengan adjustable spring preload 
  • Suspensi Belakang: Showa BFRC lite gas-charged shock dengan piggyback reservoir, fully adjustable 
  • Brek Depan: Dual 290 mm discs dengan 4-piston radial-mount calipers
  • Brek Belakang: Single 220 mm disc
  • Tayar: 120/70-ZR17 (depan), 160/60-ZR17 (belakang)

Dimensi & Elektronik

  • Berat Basah: 189 kg 
  • Tinggi Seat: 800 mm 
  • Kapasiti Tangki Minyak: 15 Liter 
  • Elektronik: Traction Control (KTRC), Riding Modes (Sport, Road, Rain, Rider), paparan TFT berwarna penuh 4.3 inci, Dual-Channel ABS

@imotorbike.my

Bike Review : Kawasaki ZX-4RR iMotorbike jomnaikmotor BikeReview KawasakiZX4RR #Sportbikes

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelireviewUtamaZX-4RR
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelireviewUtamaZX-4RR

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
Hakim Danish Buru Keputusan Positif di GP San Marino