• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Buru Keputusan Positif di GP San Marino

Hakim Danish Buru Keputusan Positif di GP San Marino
Amzar Hazeeq
September 10, 2026

Pelumba negara menyasarkan keputusan lebih baik di Litar Misano selepas mengutip mata penting di Aragon, dengan fokus untuk kekal dalam perebutan kedudukan terbaik Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Hakim Danish GP San Marino

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hakim Danish Ramli bertekad untuk kembali mencabar kelompok hadapan apabila turun beraksi pada Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano, hujung minggu ini.

Selepas menamatkan perlumbaan GP Aragon di kedudukan ke-12 dan membawa pulang empat mata, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menyasarkan prestasi yang lebih kompetitif di Misano bagi mengukuhkan kedudukannya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Cabaran di Misano dijangka lebih sukar kerana litar itu merupakan antara venue yang cukup dikenali oleh kebanyakan pelumba Eropah. Hakim Danish dijangka berdepan saingan sengit daripada pelumba yang sudah mempunyai pengalaman luas serta memahami karakter litar tersebut.

Justeru, pelumba berusia 19 tahun itu mahu mendapatkan rentak seawal sesi Latihan Bebas 1 (FP1) bagi memastikan dirinya mampu bersaing untuk kedudukan grid yang lebih baik menjelang perlumbaan utama.

Hakim Danish GP San Marino

Selain memberi tumpuan kepada kepantasan, Hakim Danish turut memberi perhatian kepada aspek keserasian bersama jenteranya. Selepas menilai semula prestasi di Aragon, beliau bersama pasukan mengenal pasti beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki bagi meningkatkan prestasi keseluruhan di Misano.

Kerjasama yang semakin kukuh bersama barisan kru juga memberikan keyakinan kepada pelumba kelahiran Terengganu itu untuk mendapatkan tetapan jentera yang lebih sesuai dengan karakter Litar Misano.

Setakat ini, Hakim Danish telah mengumpul 90 mata dan berada di tangga kelapan keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 2026. Dengan jurang mata yang masih mampu dikejar, GP San Marino menjadi peluang penting untuk menambah kutipan mata serta memperbaiki kedudukan keseluruhan.

Musim Moto3 2026 kini hanya berbaki sembilan pusingan sebelum tirai kejuaraan dilabuhkan di GP Valencia pada 29 November. Setiap mata yang diraih menjadi semakin penting dalam usaha Hakim Danish menamatkan musim dengan momentum yang positif.

Hakim Danish GP San Marino

Mengulas mengenai persediaannya, Hakim Danish berkata beliau telah meneliti semula perlumbaan di Aragon dan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki menjelang aksi di Misano.

“Saya tidak sabar untuk kembali berlumba dan memberikan yang terbaik di San Marino. Saya sudah mengkaji semula perlumbaan di Aragon dan mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

Saya perlu lebih pantas menyesuaikan diri dengan litar dan keadaan perlumbaan, terutama pada sesi awal. Pada masa sama, saya mahu mendapatkan keyakinan serta keserasian yang lebih baik dengan motosikal.

Kerjasama dengan pasukan juga semakin baik dan kami semakin memahami perkara yang diperlukan untuk mendapatkan prestasi terbaik daripada motosikal.

Perkara utama adalah untuk terus mengutip mata sebanyak mungkin dalam setiap perlumbaan. Saya mahu lebih konsisten, mengurangkan kesilapan dan cuba berada dalam kelompok hadapan supaya dapat membawa pulang mata penting dari San Marino,” katanya.

Hakim Danish GP San Marino

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin percaya Misano merupakan peluang terbaik untuk Hakim Danish kembali bersaing di kelompok hadapan selepas aksi di Aragon.

Menurutnya, pelumba negara itu perlu segera mendapatkan rentak sejak sesi latihan pertama memandangkan Litar Misano mempunyai gabungan selekoh pantas dan perlahan yang memerlukan penyesuaian pantas.

Zulfahmi turut mengakui kebanyakan pelumba Eropah mempunyai kelebihan dari segi pengalaman di litar tersebut, namun yakin Hakim Danish mampu memberikan saingan sekiranya berjaya menyesuaikan diri lebih awal.

“Perlumbaan di Misano saya percaya akan berlangsung dengan sangat kompetitif dan Danish perlu terus mendapatkan rentak seawal FP1 kerana litar ini mempunyai gabungan selekoh pantas dan perlahan.

Saya percaya semua pelumba Eropah, termasuk bekas pelumba Red Bull Rookies Cup, sudah mengetahui selok-belok litar ini. Ini kali pertama Danish berlumba di Misano dan dia perlu segera menyesuaikan diri dengan keadaan trek.

Ini adalah litar yang saya percaya Danish perlu bangkit dan menunjukkan keputusan yang lebih baik. Dia perlu berada dalam kelompok hadapan kerana pada perlumbaan terakhir di Aragon, dia tidak dapat berada dalam kelompok tersebut.

Ada dua atau tiga pelumba yang mempunyai rentak sangat kuat. Jadi, saya percaya Misano adalah peluang untuk Danish bangkit, menunjukkan keputusan yang baik dan kembali bertarung dalam kelompok hadapan,” katanya.

Dengan baki perlumbaan yang semakin sedikit, aksi di GP San Marino boleh menjadi titik penting dalam usaha Hakim Danish untuk terus mengutip mata berharga dan mengukuhkan kedudukannya dalam carta Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sukan motorUtama

More in Berita

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
    BeritaSeptember 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Review Kawasaki Ninja ZX-4RR: Lebih Daripada Sekadar Supersport yang Lebih Kecil 
Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia