• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu

MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
Hazique Zairill
September 10, 2026

MODENAS Z15GT menerima beberapa penambahbaikan komponen menerusi program Z15GT Care, selain tampil dengan pilihan warna dan grafik baharu untuk tahun 2026.

MODENAS Z15GT

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), yang merupakan sebahagian daripada kumpulan DRB-HICOM, secara rasmi memperkenalkan beberapa penambahbaikan untuk model MODENAS Z15GT. Selain kemas kini pada beberapa komponen, motosikal 150cc itu turut menerima pilihan warna baharu iaitu Lime Green dan Amazon Green.

Walaupun terdapat beberapa perubahan, harga MODENAS Z15GT kekal pada RM8,288, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan kos pendaftaran. Warna baharu tersebut akan mula ditawarkan di pengedar sah MODENAS di seluruh negara bermula 10 September 2026.

Unit Z15GT terbaharu menggabungkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi Z15GT Care Programme, dengan tumpuan utama diberikan kepada perlindungan daripada kemasukan air serta ketahanan beberapa komponen.

Antara perubahan yang dibuat ialah pada bahagian overflow tray, yang kini menerima sistem saliran lebih baik bagi membantu mengalirkan air dengan lebih berkesan.

MODENAS turut menambah lapisan salutan dan sealant di sekitar ignition knob switch untuk memberikan perlindungan tambahan daripada pendedahan air. Selain itu, bolt dan collar injector cap turut disemak semula sebagai sebahagian daripada kemas kini tersebut.

Pada bahagian hadapan, tuil brek kini dilengkapi dengan garisan penunjuk aras rendah, manakala sambungan jenis snap pada penutup sisi diperkukuhkan bagi meningkatkan ketahanannya.

MODENAS juga menambah beberapa socket cover bagi memberikan perlindungan lebih baik kepada wiring harness daripada pendedahan air. Bahagian solder point di dalam kedua-dua switch pod kiri dan kanan turut menerima perlindungan tambahan. Walaupun beberapa komponen telah dinaik taraf, tiada perubahan mekanikal dibuat pada bahagian enjin dan sistem pacuan.

MODENAS Z15GT masih menggunakan enjin satu silinder 149.5cc, penyejukan cecair, DOHC empat injap yang menghasilkan kuasa maksimum 16.8 hp pada 9,500 rpm dan tork 13.5 Nm pada 7,500 rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan constant-mesh dengan klac wet multi-plate sebelum dihantar ke roda belakang melalui sistem pemacu rantai.

Dari segi casis, Z15GT masih menggunakan rangka jenis backbone, fork teleskopik di hadapan dan monoshock di bahagian belakang. Sistem brek pula menggunakan cakera hidraulik pada kedua-dua roda, dengan ABS satu saluran pada roda hadapan.

Motosikal ini menggunakan rim 17 inci yang dipadankan dengan tayar bersaiz 90/80-17 di hadapan dan 120/70-17 di belakang. Selain penambahbaikan komponen tadi, kebanyakan spesifikasi Z15GT masih dikekalkan.

Antaranya termasuk tangki minyak berkapasiti 5.7 liter, ketinggian tempat duduk 780mm, jarak roda 1,315mm, kelegaan tanah 140mm dan berat kerb 128kg. Dari segi kelengkapan, Z15GT hadir dengan smart key bersama fungsi answer-back, meter LCD, lampu LED serta soket kuasa USB.

Panel meter LCD pula memaparkan pelbagai maklumat penting termasuk kelajuan, putaran enjin (rpm), kedudukan gear, paras minyak, amaran suhu enjin, maklumat perjalanan, jam dan voltan bateri.

Dengan penambahbaikan terbaharu serta pilihan warna baharu, MODENAS Z15GT masih mengekalkan formula asalnya sebagai motosikal 150cc yang ringan dan praktikal untuk kegunaan harian.

Related Items2026baruberitacolourIndustrikapcaikawasakimalaysiamodenasUtamaZ15GT
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 10, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitacolourIndustrikapcaikawasakimalaysiamodenasUtamaZ15GT

More in Berita

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
Review Kawasaki Ninja ZX-4RR: Lebih Daripada Sekadar Supersport yang Lebih Kecil