• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala

Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala
Amzar Hazeeq
August 28, 2026

Ketahui cara pilih helmet yang sesuai dengan bentuk kepala anda. Ikuti 5 tips penting ini untuk dapatkan helmet yang lebih selesa, selamat dan sesuai untuk ride harian.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Membeli helmet bukan sekadar memilih jenama atau warna yang menarik. Ramai rider hanya mencuba helmet berdasarkan saiz tanpa ambil kira bentuk kepala mereka. Akibatnya, ada yang berasa sakit kepala selepas menunggang untuk tempoh yang lama walaupun saiz helmet tersebut sebenarnya betul.

Setiap individu mempunyai bentuk kepala yang berbeza. Sebab itulah sesetengah helmet terasa sangat selesa dipakai, manakala ada juga yang terasa sempit di bahagian tertentu walaupun saiznya sama. Berikut merupakan beberapa tips untuk membantu anda pilih helmet yang benar-benar sesuai dengan bentuk kepala anda.

1. Kenal Pasti Bentuk Kepala Anda

Langkah pertama ialah mengenal pasti bentuk kepala anda. Secara umumnya, terdapat tiga bentuk kepala yang sering digunakan oleh pengeluar helmet iaitu Round Oval, Intermediate Oval, dan Long Oval.

Round Oval sesuai untuk mereka yang mempunyai kepala lebih bulat, Intermediate Oval merupakan bentuk yang paling biasa ditemui, manakala Long Oval pula lebih panjang dari bahagian depan ke belakang. Mengetahui bentuk kepala akan memudahkan anda memilih helmet yang lebih selesa.

2. Jangan Pilih Berdasarkan Saiz Sahaja

Ramai yang anggap jika saiz M sesuai untuk satu jenama, maka saiz M daripada jenama lain juga akan sama. Hakikatnya, setiap pengeluar mempunyai bentuk dalaman helmet yang berbeza. Terdapat juga helmet jenis asian-fit dan euro-fit yang mungkin mempunyai ukuran yang berbeza bagi setiap jenama.

Oleh itu, jangan bergantung kepada saiz semata-mata. Cuba beberapa model daripada jenama yang berbeza untuk mencari helmet yang benar-benar sesuai dengan bentuk kepala anda.

3. Pastikan Helmet Tak Menekan Bahagian Tertentu

Apabila pakai helmet, pastikan tekanan dirasai secara sekata di sekeliling kepala. Jika hanya bahagian dahi atau bahagian tepi kepala terasa sakit selepas beberapa minit, mungkin bentuk helmet tersebut tak sesuai untuk anda. Helmet yang sesuai sepatutnya terasa kemas tanpa menyebabkan rasa sakit atau tekanan berlebihan pada mana-mana bahagian kepala.

4. Pakai Helmet Sekurang-kurangnya 10 Hingga 15 Minit

Jangan hanya pakai helmet selama beberapa saat sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Sebaiknya, pakai helmet tersebut sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit.

Kadang-kadang rasa tak selesa hanya akan muncul selepas beberapa minit. Jika selepas tempoh tersebut anda masih rasa selesa, mungkin helmet itu memang sesuai untuk anda.

5. Pastikan Helmet Tak Longgar atau Terlalu Ketat

Helmet yang terlalu longgar boleh bergerak ketika menunggang dan mengurangkan tahap perlindungan sekiranya berlaku kemalangan. Sebaliknya, helmet yang terlalu ketat pula boleh menyebabkan sakit kepala dan cepat membuatkan anda rasa letih.

Helmet yang ideal ialah helmet yang terasa kemas pada pipi dan kepala tanpa memberi tekanan yang melampau. Apabila anda menggelengkan kepala, helmet sepatutnya bergerak bersama kepala dan bukannya terasa terlalu longgar.

Kesimpulan

Memilih helmet yang sesuai bukan hanya tentang saiz, tetapi juga bentuk kepala. Dengan memilih helmet yang benar-benar sepadan dengan bentuk kepala anda, setiap perjalanan akan menjadi lebih selesa dan yang paling penting, tahap keselamatan ketika menunggang juga dapat dipertingkatkan.

Jangan rushing ketika beli helmet. Ambil masa untuk mencuba beberapa model sebelum membuat keputusan supaya anda jumpa helmet yang bukan sahaja selesa dipakai, tapi mampu memberikan perlindungan terbaik setiap kali menunggang.

Related Items2026baruberitaGaya HiduphelmetIndustriKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 28, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HiduphelmetIndustriKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama

More in Berita

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
    BeritaOctober 19, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888
    BeritaNovember 17, 2026
  • iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke
    BeritaNovember 16, 2026
  • Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang
    BeritaNovember 16, 2026
  • Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?
    BeritaNovember 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India
Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike