• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?

Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
Amzar Hazeeq
August 21, 2026

Daripada enjin parallel=twin yang bertenaga hingga ke ciri-ciri premium dan keselesaan harian, ketahui sama ada Honda CBR250RR 2026 berbaloi dengan harga premiumnya.

Review Honda CBR250RR 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Segmen 250cc memang pilihan terbaik untuk sesiapa yang nak beralih daripada motosikal yang lebih kecil, atau untuk beginner yang mencari sportbike mudah didekati. Terdapat pelbagai pilihan merentasi pelbagai jenama, tetapi ada satu jentera yang sudah menempa nama dalam arena 250cc, iaitu Honda CBR250RR.

Bermula sebagai “pocket rocket” empat silinder pada tahun 90-an, ia kini telah berkembang menjadi mesin twin-cylinder yang tajam dan ringan. Boon Siew Honda secara rasminya dibawa ke Malaysia pada tahun 2020, diikuti dengan update pada 2024 yang menampilkan compression yang lebih tinggi, valve timing yang yang dikemas kini, dan spesifikasi yang dipertingkatkan.

Bersaing rapat dengan Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250, CBR250RR menonjol sebagai pilihan premium antara yang lain kerana ciri-ciri canggihnya yang lengkap. Ia mempunyai harga yang tertinggi antara ketiga-tiganya, yang membuatkan saya tertanya-tanya, adakah ia benar-benar berbaloi?

Saya dapat meluangkan sedikit masa dengn model tahun 2026 dengan bantuan kawan saya, Amirul Asyraf, yang memberi saya peluang untuk test motosikal baru dia, untuk melihat prestasinya di dunia sebenar. Boleh dikatakan, apa yang saya rasakan benar-benar mengejutkan saya dan mengubah perspektif saya sepenuhnya.

Review Honda CBR250RR 2026

Enjin & Transmisi

Honda CBR250RR dikuasakan oleh enjin 249.7cc parallel-twin penyejukan cecair yang menghasilkan sekitar 42 hp pada 13,000 rpm dan 25 Nm tork pada 11,000 rpm. Untuk enjin 250cc, angka-angka tersebut sudah cukup mengagumkan. 

Power outup yang paling tinggi berbanding R25 dan Ninja 250, dan ia sememangnya terbukti apabila saya memulas throttle. Sudah tentu ia tak selaju superbike, tetapi saya boleh katakan, motosikal ini benar-benar mengeluarkan kuasanya apabila anda mahukannya.

Kuasa dihantar ke roda belakang melalui gearox enam kelajuan yang digandingkan dengan wet multi-plate clutch yang menampilkan assist and slipper clutch. Klac terasa sangat ringan dan mudah dibiasakan, menjadikan ride dalam kesesakan lalu lintas lebih mudah tanpa perlu rasa lenguh jari dengan klac yang berat.

Assist and slipper clutch sangat membantu semasa menunggang secara agresif. Dengan kuasa yang diberikan dan riding position yang agresif, sudah tentu saya perlu mengeluarkan potensi sebenarnya, jadi downshift yang agresif terasa lebih lancar dengan assist and slipper clutch. Quickshifter juga sangat lancar. Pecutan pantas benar-benar terasa seperti saya terapung di udara dengan betapa lancar ia rasa. 

Review Honda CBR250RR 2026

Reka Bentuk & Ciri-ciri

Secara visual, CBR250RR mempunyai persamaan yang kuat dengan CBR150R, tetapi dengan reka bentuk yang jauh lebih agresif dan berotot. Walaupun ia kelihatan padat pada pandangan pertama, ia mempunyai aura yang luar biasa jika dilihat dari dekat. 

Untuk model terkini, ia didatangkan dalam dua skema warna berbeza. Unit yang saya uji didatangkan dalam skema warna signatur Honda Tricolor yang saya saya sangat minat. Tak kira model apa pun, saya sangat suka jika ia menampilkan livery perlumbaan merah, biru, dan putih signatur ini. 

Di bahagian hadapan terdapat panel instrumen LCD digital sepenuhnya dengan kecerahan boleh laras, ciri yang ringkas tapi cemerlang yang memastikan skrin jelas di bawah cahaya matahari yang terik dan tidak menyilaukan pada waktu malam. 

Alat bantuan menunggang elektronik termasuk ABS dwi-saluran, quickshifter, Lampu LED pada keseluruhan motosikal, Throttle-By-Wire dan tiga mod menunggang berbeza yang terdiri daripada mod Comfort, Sport dan Sport+. 

Saya banyak menunggang di dalma kawasan bandar, jadi kebanyakan masa saya menggunakan mod Comfort untuk memastikan throttle tidak terlalu responsif. Apabila jalan raya lancar, saya mencuba mod Sport dan Sport+ untuk merasai perbezaan antara mod tunggangan yang berbeza. 

Throttle terasa seperti yang biasa dirasai pada motosikal lain apabila berada dalam mod Comfort, Sport menambahkan sedikit tindak balas kepada throttle, dan Sport+ menjadikan throttle bertindak balas hampir serta-merta. Saya mengalami kesukaran untuk rev match ketika dalam Sport+ tetapi ia benar-benar menyeronokkan untuk mempunyai throttle yang bertindak balas serta-merta.

Review Honda CBR250RR 2026

Pengalaman Menunggang

Semasa mencuba CBR250RR, saya terkejut dengan betapa mudah untuk menyesuaikan diri dengan motosikal ini. Riding positionnya memang sporty, tetapi ia mengelakkan ergonomik yang ekstrem dan membebankan pergelangan tangan seperti motosikal supersport. Handle dan footpeg mempunyai keseimbangan yang baik, membolehkan perjalanan jauh atau perjalanan ulang-alik harian boleh dilakukan tanpa membebankan belakang anda.

Dengan ketinggian 178 cm, saya boleh memijak tanah dengan mudah kerana ketinggian tempat duduknya yang agak rendah iaitu sekitar 790 mm. Penunggang yang lebih pendek juga tidak akan berasa gentar, kerana frame yang agak nipis menjadikannya sangat mudah untuk ditunggang.

Walaupun bukan motosikal terkecil dalam kelasnya, CBR mudah dikendalikan di sekitar bandar. Mencelah trafik yang padat adalah mudah kerana handlenya yang rapat dapat melepasi cermin kereta tanpa risau. Pergerakan pada kelajuan rendah dan pusingan U juga terasa ringan dan meyakinkan. 

Di jalan raya yang lengang, CBR250RR menjadi lebih menyeronokkan. Motosikal ini terasa stabil pada kelajuan yang lebih tinggi, manakala pecutannya lancar dan sangat linear. Ia mengejutkan saya pada mulanya kerana betapa lancar penyampaian kuasa yang dirasai, tetapi selepas hanya beberapa minit menunggang, saya cepat menyesuaikan diri dengan perwatakannya. 

Review Honda CBR250RR 2026

Pengendalian & Brek

CBR250RR didatangkan dengan fork hadapan Showa SFF-BP USD 41 mm dan monoshock belakang Pro-Link dengan lima tahap pelarasan preload. Saya merasakan suspensinya seimbang, menawarkan gabungan keselesaan dan pengendalian sporty yang baik. Ia menyerap semua bonggol dengan agak baik dan masih mampu untuk kekal stabil semasa selekoh.

Kuasa hentian datang daripada disk hadapan tunggal 310 mm dengan caliper Nissin 2-piston dan disk hidraulik belakang dengan caliper Nissin piston tunggal, disokong oleh ABS dwi-saluran. Prestasi brek adalah tajam, progresif dan sangat membantu untuk memberhentikan motosikal ini.

Review Honda CBR250RR 2026

Keputusan

Honda CBR250RR direka khas untuk penunggang yang mahukan sportbike ringan yang tidak berkompromi dengan teknologi atau prestasi premium. Dengan harga RM27,999 , ia bukanlah motosikal 250cc termurah di pasaran, tetapi memandangkan ciri-ciri daripada kilang, teknologi berasaskan litar dan kebolehgunaan harian, ia terasa seperti satu tawaran yang sangat baik. 

Jika anda seorang penunggang Malaysia yang ingin upgrade ke motosikal lebih berkuasa tanpa terus menunggang motosikal besar yang berat dan mahal, CBR250RR memenuhi setiap kriteria. Ia memberikan anda penampilan yang sangat agresif dan pengendalian yang tajam tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian.

Setelah meluangkan sedikit masa dengan jentera ini, ia betul-betul mengubah perspektif saya terhadapnya. Dulu, saya pernah mempersoalkan mengapa Honda meletakkan harga yang begitu premium untuk sportbike 250cc, tetapi setelah saya merasainya sendiri, saya kini faham segala “hype” tentang motosikal ini. Dan saya harus jujur, motosikal ini membuatkan saya ingin bertukar daripada motosikal naked kepada sportbike.

Spesifikasi Honda CBR250RR 2026  

Enjin & Prestasi

  • Enjin: 249.7 cc penyejukan cecair, 4-stroke, parallel-twin, DOHC, 8-valve
  • Kuasa Maksimum: 42 hp pada 13,000 rpm
  • Tork Maksimum: 25 Nm Tork pada 11,000 rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan dengan Quickshifter untuk upshift
  • Klac: Wet, multi-plate dengan assist and slipper clutch 

Casis & Suspensi

  • Rangka: Diamond (truss) frame 
  • Suspensi Depan: Showa 41mm SFF-BP (Separated Function Fork Big Piston) upside-down (USD) forks  
  • Suspensi Belakang: Aluminum swingarm with 5-step adjustable Pro-Link monoshock 
  • Brek Depan: Disk tunggal hidraulik (310 mm) dengan caliper Nissin 2-piston dan ABS  
  • Brek Belakang: Disk tunggal hidraulik dengan caliper Nissin satu piston dan ABS  
  • Tayar: 110/70ZR17 (depan), 140/70ZR17 (belakang)

Dimensi & Elektronik

  • Berat Basah: 169 kg 
  • Tinggi Tempat Duduk: 790 mm 
  • Kapasiti Tangki Minyak: 14.5 Liter 
  • Elektronik: Throttle Ride-by-Wire, Mod Menunggang (Comfort, Sport, Sport+), Quickshifter upshift, ABS Dwi-Saluran, Kluster Instrumen LCD Digital

@imotorbike.my

Bike Review : Honda CBR250RR iMotorbike JomNaikMotor BikeReview HondaCBR #Sportbikes

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026250ccbaruberitaCBRCBR250RRGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelireviewUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026250ccbaruberitaCBRCBR250RRGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelireviewUtama

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?
    BeritaSeptember 4, 2026
  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Sebab Kenapa Anda Patut Naik Motor Pergi Kerja
Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Kedua Ogos 2026 di iMotorbike