• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Sebab Kenapa Anda Patut Naik Motor Pergi Kerja

5 Sebab Kenapa Anda Patut Naik Motor Pergi Kerja
Amzar Hazeeq
August 21, 2026

Daripada menjimatkan minyak hingga dapat elak kesesakan lalu lintas, naik motor ke tempat kerja menawarkan pelbagai kelebihan yang mungkin anda tak sedari.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perjalanan ke tempat kerja merupakan rutin yang dilakukan hampir setiap hari. Ada yang pilih untuk pandu kereta kerana lebih selesa, manakala ada juga yang lebih gemar menunggang motosikal kerana ia lebih praktikal.

Sebenarnya, naik motor bukan sahaja membantu anda sampai ke destinasi dengan lebih cepat, tapi boleh menjimatkan banyak kos dalam jangka masa panjang. Dengan keadaan trafik yang makin sesak, motosikal menjadi pilihan ramai kerana menawarkan lebih banyak kemudahan untuk kegunaan harian.

Jika anda masih ragu-ragu sama ada motosikal sesuai dijadikan pengangkutan utama ke tempat kerja, berikut merupakan lima sebab kenapa semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal setiap hari.

1. Jimat Kos Minyak Harian

Sebab paling utama kenapa ramai orang pilih untuk naik motosikal adalah disebabkan penggunaan minyak yang memang jimat. Dengan kapasiti enjin yang jauh lebih kecil berbanding kereta, isi minyak berbelas ringgit sahaja sudah cukup untuk menampung perjalanan berulang-alik beberapa hari, kadang-kadang seminggu atau lebih.

Bagi anda yang perlu berjalan jauh untuk ke tempat kerja setiap hari, penjimatan ini memang nampak ketara bila tiba hujung bulan. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup sekarang yang semakin tinggi, baki duit minyak yang berjaya dijimatkan boleh dipindahkan terus ke akaun simpanan atau digunakan untuk belanja barang dapur dan perbelanjaan harian lain.

2. Jimat Masa Ketika Trafik Sesak

Menghadap trafik sesak pada waktu puncak setiap pagi dan petang memang boleh buat sesiapa hilang sabar. Terperangkap dalam jam bukan sahaja buang masa, malah mempengaruhi emosi dan tahap produktiviti anda sepanjang hari di pejabat. Apabila naik motosikal, anda mempunyai kelebihan dari segi saiz untuk bergerak lebih lancar di celah-celah kenderaan lain dengan selamat.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa sejam lebih jika naik kereta selalunya boleh dipendekkan menjadi sekitar 20 hingga 30 minit sahaja. Selain dapat jimat banyak masa, anda tak perlu lagi terburu-buru mengejar masa dan boleh sampai ke destinasi dengan emosi yang jauh lebih tenang.

3. Tak Perlu Risau Tentang Parking

Mencari tempat letak kereta di kawasan bandar atau kawasan pejabat yang padat selalunya memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang, anda kena pusing banyak kali semata-mata nak tunggu ada kereta lain keluar, dan itu pun belum tentu dapat. Bagi penunggang motosikal, masalah seperti ini hampir tidak wujud langsung.

Petak khas untuk motosikal biasanya disediakan dalam kuantiti yang banyak dan lokasinya selalunya berdekatan dengan pintu masuk bangunan. Anda cuma perlu terus ride masuk, parking, off motor, dan boleh terus masuk ke pejabat tanpa perlu bazir masa dan minyak berpusing-pusing cari parking kosong.

4. Kos Maintenance Lebih Rendah

Bukan setakat jimat di pam minyak sahaja, malah bajet untuk maintenance motosikal juga jauh lebih kecil dan tidak membebankan. Servis berkala seperti tukar minyak hitam, tukar tayar, rantai, mahupun brake pad tak memerlukan perbelanjaan ratusan atau ribuan ringgit seperti mana servis sebuah kereta.

Barangan alat ganti untuk motosikal juga secara umumnya sangat mudah didapati pada harga yang sangat berpatutan. Ini menjadikan motosikal satu pilihan pengangkutan yang sangat ekonomikal untuk jangka masa panjang, membolehkan anda menjaga pergerakan mobiliti harian tanpa perlu mengganggu aliran tunai bulanan secara keterlaluan.

5. Lebih Seronok dan Boleh Healing Lepas Kerja

Bagi kebanyakan rider, perjalanan ulang-alik ke tempat kerja bukan sekadar rutin harian untuk sampai ke destinasi, tetapi satu pengalaman yang memberi kepuasan tersendiri. Ride motosikal memberi anda peluang untuk menyedut angin segar pada waktu pagi, melihat persekitaran, dan merasai kebebasan sebenar di atas jalan raya.

Walaupun laluan yang dilalui itu sama sahaja setiap hari, rasa bosan itu agak kurang berbanding jika anda hanya duduk terperangkap di dalam kereta. Malah, ramai yang menjadikan perjalanan balik dari pejabat sebagai satu bentuk “healing” untuk melapangkan fikiran dan melepaskan segala bebanan kerja sebelum sampai ke rumah.

Kesimpulan

Naik motosikal ke tempat kerja bukan sahaja membantu menjimatkan kos, tetapi juga memberikan lebih banyak kemudahan dalam perjalanan harian. Daripada penggunaan minyak yang lebih rendah, masa perjalanan yang lebih pendek, hingga ke pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan, motosikal menjadi pilihan yang praktikal untuk ramai pengguna.

Dengan memilih motosikal yang sesuai mengikut keperluan dan gaya hidup, perjalanan ke tempat kerja boleh menjadi lebih mudah, menjimatkan dan bebas tekanan. Kalau anda nak cari motor untuk bawa pergi kerja, iMotorbike menyediakan banyak pilihan motosikal yang sangat sesuai untuk kegunaan harian anda. Layari website iMotorbike atau datang ke showroom berdekatan anda dan bawa pulang motor untuk ride pergi kerja.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Johann Zarco Sedia Beraksi di GP Aragon Selepas Kecederaan
Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?