• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek

Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
Hazique Zairill
August 26, 2026

Rider wanita yang rendah tak perlu risau untuk cari motosikal lagi. Ini lima pilihan yang bergaya, mudah dikendalikan dan lebih mesra untuk penunggang yang tidak terlalu tinggi.

5 Motor untuk Female Rider

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Berbadan rendah bukan penghalang untuk wanita menunggann motor di atas jalan raya. Selain ketinggian tempat duduk, aspek seperti berat jentera, posisi tunggangan, dan ergonomik memainkan peranan utama dalam memastikan anda kekal selesa dan yakin sepanjang tunggangan.

Hari ini, arena permotoran semakin diminati kaum wanita, dan Malaysia tidak terkecuali. Kemunculan kelab konvoi wanita serta kelas latihan yang dikendalikan pengajar wanita terbukti berjaya meruntuhkan stereotaip lama. Sekarang, soal pilih jentera tiada lagi kaitan dengan jantina, segalanya bergantung pada kepraktisan, ketinggian, keselesaan, dan tahap pengalaman anda sendiri.

Bagi rider wanita yang mahukan jentera mudah dikawal, terutamanya sewaktu meletakkan kenderaan, berhenti di lampu isyarat, atau menyelit dalam kesesakan lalu lintas, ini 5 pilihan motosikal yang memang ngam untuk anda!

5 Motor untuk Female Rider

Yamaha YZF-R25

Yamaha YZF-R25 merupakan sebuah sportbike dengan reka bentuk agresif, tetapi masih menawarkan pakej yang agak mudah dikendalikan untuk rider yang lebih rendah.

Reka bentuknya yang kompak dan posisi tunggangan sportbike menjadikannya pilihan menarik bagi rider wanita yang mahukan gaya motosikal berprestasi tanpa perlu terus beralih kepada motosikal berkapasiti lebih besar. Bagi yang sedang mencari sportbike pertama, YZF-R25 sememangnya antara model yang boleh dipertimbangkan.

5 Motor untuk Female Rider

QJ Motor SRV250

Kalau korang jenis suka ride santai-santai, QJ Motor SRV250 memang sesuai. Rupa bentuk dia gaya cruiser dengan seat yang agak rendah, jadi nak ride pun rasa relax sangat. Untuk yang bertubuh pendek pun tak ada masalah, senang nak jejak tanah masa berhenti dekat traffic light.

Posisi duduk dia yang selesa ni mmg sesuai sangat untuk beginner yang tak nak motor menonggong macam sportbike. Orang selalu panggil motor ni “Baby Harley” sebab rupa dia nak dekat sama dengan Harley Davidson, cuma yang ni jauh lebih senang nak handle dan tidak memerlukan duit yang banyak untuk jaga.

5 Motor untuk Female Rider

Modenas Ninja 250

Satu lagi pilihan untuk rider yang mahukan sportbike ialah 2022 Modenas Ninja EX250Y. Reka bentuk Ninja yang sporty memberikan motosikal ini penampilan yang menyerlah, manakala pakej keseluruhannya masih boleh dikendalikan dengan lebih mudah berbanding sportbike berkapasiti lebih besar.

Bagi rider wanita bertubuh rendah yang memang mengimpikan motosikal berkonsepkan Kawasaki Ninja, EX250Y boleh menjadi antara pilihan untuk dipertimbangkan.

5 Motor untuk Female Rider

Vespa Primavera 150

Untuk sesuatu yang lebih bergaya dan santai, Vespa Primavera 150 pula merupakan pilihan yang menarik. Skuter ikonik dari Itali ini menggabungkan reka bentuk klasik dengan posisi tunggangan skuter yang mudah dikendalikan, terutama ketika digunakan dalam persekitaran bandar.

Sistem transmisi automatik juga bermakna rider tidak perlu mengendalikan klac secara manual atau menukar gear, menjadikan Primavera 150 lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Selain aspek praktikal, reka bentuk klasik Vespa juga menjadikannya pilihan yang sesuai untuk rider yang mahu motosikal dengan gaya tersendiri.

5 Motor untuk Female Rider

Brixton BX150 R

Melengkapkan senarai ini ialah 2024 Brixton BX150 R, yang menggabungkan gaya retro dengan pakej yang lebih mesra penunggang.

Reka bentuk klasiknya memberikan karakter tersendiri, manakala ketinggian tempat duduk yang lebih mesra boleh memudahkan rider bertubuh rendah mengawal motosikal ketika tunggangan harian. Bagi female rider yang lebih gemarkan motosikal retro berbanding sportbike atau skuter, BX150 R menawarkan pilihan yang berbeza.

Motor Mana Paling Sesuai untuk Female Rider Rendah?

Tiada satu motosikal yang boleh dianggap paling sesuai untuk semua rider bertubuh rendah. Ketinggian tempat duduk, berat motosikal, posisi tunggangan dan tahap keyakinan semuanya perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.

Sebaiknya, duduk terlebih dahulu di atas motosikal yang ingin dibeli dan, jika berpeluang, lakukan sesi tunggangan uji. Keupayaan untuk mencecah tanah dengan selesa serta menggerakkan motosikal pada kelajuan rendah boleh memberikan perbezaan besar terhadap keyakinan ketika menunggang. Jadi girls, yang mana satu paling berkenan?

Ingat motor, ingat iMotorbike!

Related Items2026baruberitaBrixtonHondamalaysianewnewsQJ MotorriderUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 26, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaBrixtonHondamalaysianewnewsQJ MotorriderUtamayamaha

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788
    BeritaOctober 19, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

83 Pelumba Dari 17 Negara Buru Gelaran Kejuaraan Moto4 Asia 2027 
Litar Sepang Ditutup Sementara Untuk Naik Taraf