Daripada Fun Bike ke Motor Naked Praktikal, Berikut Merupakan antara Pilihan Motosikal Terpakai di iMotorbike dengan bayaran Bulanan Sekitar RM200.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Anda berfikir untuk beli motor tetapi bajet bulnanan anda sekitar Rm200? Terdapat beberpa buah model di iMotorbike yang anda boleh pilih, daripada fun bike yang sangat seronok untuk ditunggang sehingga ke naked bike yang sangat selesa untuk daily ride.
Di dalam senarai ini, kami akan berikan enam motosikal dengan anggaran bayaran bulanan sekitar RM205 hingga RM210. Semua kadar faedah dan jumlah yang dipaparkan adalah anggaran sahaja dan mungkin akan berbeza bergantung pada pihak bank.
Untuk mendapatkan anggaran bayaran bulanan yang tepat, anda boleh membuat semakan menerusi iMotorbike Motorcycle Loan Calculator Malaysia.

SYM HUSKY – RM205 Sebulan
Tahun: 2025
Harga: RM7,750
Bulanan: RM205
Kalau anda sedang mencari motosikal yang bergaya, praktikal dan menjimatkan untuk kegunaan harian, SYM Husky merupakan antara pilihan yang patut dipertimbangkan.
Dikuasakan oleh enjin 150cc liquid-cooled single-cylinder, ia mmapumenghasilkan sekitar 14.4 hp pada 8,000 rpm dan 14.5 Nm tork pada 6,000 rpm, prestasi yang mencukupi untuk perjalanan dalam bandar sambil mengekalkan penggunaan minyak yang menjimatkan. Ia digandingkan dengan transmisi automatik CVT untuk ride yang lebih santai tanpa perlu tukar gear.
Dengan riding position yang selesa dan handling yang mudah, Husky sesuai untuk mereka yang baru memiliki motosikal atau sekadar mahukan sebuah jentera yang boleh diharapkan setiap hari. Unit tahun 2025 yang kami ada ini disenaraikan pada harga RM7,750 dengan bayaran bulanan RM205, ia menjadi salah satu cara paling berpatutan untuk memiliki motosikal sendiri.

CFMOTO Papio XO – RM206 Sebulan
Tahun: 2023
Harga: RM4,950
Bulanan: RM206
Jangan tertipu dengan saiznya. CFMOTO Papio XO mungkin sebuah fun bike, tetapi ia hadir dengan gaya yang cukup unik dan mampu menarik perhatian ke mana sahaja ia dibawa.
Dilengkapi enjin 126cc air-cooled single-cylinder, ia mampu mnghasilkan sekitar 9.4 hp pada 8,500 rpm dan 9.2 Nm tork pada 6,500 rpm. Digandingkan transmisi manual 6-speed, Papio XO menawarkan riding experience yang menyeronokkan, terutama di kawasan bandar.
Selain reka bentuk retro moden yang lain daripada yang lain, saiznya yang kompak juga memudahkan rider mencelah trafik dan mencari parking dengan mudah. Unit tahun 2023 ini disenaraikan pada harga RM4,950 dengan bayaran bulanan RM206. Jika anda mahukan motosikal yang mempunyai karakter tersendiri tanpa perlu berbelanja besar, Papio XO merupakan pilihan yang menarik.

KTM 200 Duke – RM208 Sebulan
Tahun: 2024
Harga: RM7,850
Bulanan: RM208
Bagi mereka yang mahukan prestasi yang lebih mengujakan, KTM 200 Duke menawarkan pakej yang sukar ditandingi dengan prestasi yang mengagumkan dan ergonomiks yang selesa.
Ia menggunakan enjin 199.5cc liquid-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 25 hp pada 10,000 rpm dan 19.5 Nm tork pada 8,000 rpm. Digandingkan dengan transmisi manual 6-speed, ia mampu memberikan pecutan yang cukup bertenaga dan menyeronokkan untuk kegunaan harian mahupun ride hujung minggu.
Reka bentuk naked bike yang ringan serta handling yang lincah menjadikan Duke 200 sangat menyeronokkan di jalan berselekoh dan mudah dikendalikan ketika melalui kesesakan bandar. Dengan harga jualan RM7,850 dan bayaran bulanan RM208 bagi unit tahun 2024 ini, anda boleh menikmati sebuah motosikal yang terkenal dengan karakter sporty dan handling yang tajam pada harga yang berbaloi.

Brixton BX150R – RM208 Sebulan
Tahun: 2024
Harga: RM6,550
Bulanan: RM208
Jika anda berjiwa retro dan masukan sebuah motosikal yang mempunyai gaya klasik, Brixton BX150R menawarkan penampilan retro yang sukar ditemui dalam kelasnya.
Enjin yang digunakan ialah enjin 149cc air-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 11.7 hp pada 8,000 rpm dan 11.9 nm tork pada 6,000 rpm dan digandingkan dengan transmisi manual 5-speed. Ia mungkin tidak dibina untuk mengejar kelajuan, tetapi ia memberikan kuasa yang mencukupi untuk ride santai dan perjalanan harian.
Riding position yang selesa serta saiznya yang kompak menjadikannya mudah dikendalikan oleh pelbagai jenis rider. Pada masa yang sama, reka bentuknya yang klasik memastikan motosikal ini sentiasa kelihatan menarik. Unit tahun 2024 ini ditawarkan pada harga RM6,550 dengan bayaran bulanan RM208. Jika anda inginkan sebuah motosikal gaya klasik pada harga yang amat berpatutan, motosikal ini merupakan pilihan yang menarik.

Yamaha YZF-R15M – RM209 Sebulan
Tahun: 2023
Harga: RM8,850
Bulanan: RM209
Untuk peminat sportbike ataupun beginner yang inginkan motosikal yang nampak segak, Yamaha YZF-R15M merupakan antara model yang paling lengkap dalam kelas 150cc.
Dikuasakan oleh enjin 155cc liquid-cooled single-cylinder VVA, ia mampu menghasilkan sekitar 19.1 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm tork pada 8,500 rpm dan digandingkan dengan transmisi manual 6-speed. Motosikal ini bukan sahaja menawarkan prestasi yang menyeronokkan, malah turut dilengkapi pelbagai ciri premium seperti Quick Shifter, Assist & Slipper Clutch serta Traction Control System.
Walaupun tampil dengan rupa agresif seperti motosikal supersport yang lebih besar, R15M masih cukup praktikal untuk kegunaan harian. Dengan harga jualan RM8,850 dan bayaran bulanan RM209 bagi unit tahun 2023 ini, memiliki sebuah sportbike dengan ciri-ciri premium kini menjadi lebih mudah.

Yamaha NMAX – RM210 Sebulan
Tahun: 2022
Harga: RM7,950
Bulanan: RM210
Senarai ini tak akan lengkap jika tiada sebuah skuter, dan Yamaha NMAX merupakan antara skuter automatik paling popular di Malaysia.
Menggunakan enjin 155cc liquid-cooled single-cylinder Blue Core dengan VVA, ia mampu menghasilkan sekitar 15.2 hp pada 8,000 rpm dan 14.2 Nm tork pada 6,500 rpm, digandingkan dengan transmisi automatik CVT. NMAX menawarkan gabungan prestasi, keselesaan dan penjimatan bahan api yang sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Seat yang luas, ruang simpanan bawah seat yang besar serta riding position yang santai menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan ke tempat kerja atau ridejarak jauh. Unit tahun 2022 ini ditawarkan pada harga RM7,950 dan bayaran bulanan RM210. Jika anda mahukan sebuah motosikal yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan prestasi, NMAX sememangnya sukar untuk diketepikan.
Kesimpulan
Memiliki motosikal idaman tak semestinya memerlukan komitmen bulanan yang tinggi. Dengan ansuran sekitar RM200 sebulan, anda sudah boleh memilih daripada pelbagai jenis motosikal mengikut keperluan dan gaya tunggangan anda.
Sama ada anda mencari motosikal untuk kegunaan harian, sportbike yang bergaya, naked bike yang menyeronokkan atau skuter yang praktikal, iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan yang boleh dimiliki dengan bajet yang lebih mesra poket. Layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom berdekatan anda untuk mencari model motosikal yang anda inginkan.
Nota: Harga dan bayaran bulanan adalah berdasarkan listing yang diberikan dan boleh berubah mengikut stok, deposit, tempoh pinjaman serta kadar pembiayaan. Angka pembiayaan yang dipaparkan oleh iMotorbike juga merupakan anggaran dan boleh berbeza mengikut pihak bank atau financier.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS