• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal: Apa Yang Saya Belajar Sebagai Rider Baru

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal: Apa Yang Saya Belajar Sebagai Rider Baru
Amzar Hazeeq
July 27, 2026

Group ride pertama adalah pengalaman yang sukar dilupakan bagi setiap rider. Daripada rasa nervous sebelum bergerak keseronokan tiba di destinasi, dan pengajaran yang diperolehi. inilah pengalaman saya group ride buat pertama kali.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kalau ada satu benda yang saya memang dah lama impikan sejak zaman sekolah, ia adalah memiliki dan menunggang motosikal sendiri. Selepas hampir enam tahun ke mana-mana dengan kereta, akhirnya impian yang dah lama tersimpan itu jadi kenyataan. Memang satu perasaan yang susah nak digambarkan.

Selama ini, saya cuma jadi “penonton”. Tengok video group ride dekat YouTube dan TikTok, tengok orang ride sama-sama, singgah makan, layan corner, memang nampak seronok. Jadi bila ada kawan sekerja ajak join group ride, memang tak fikir panjang. Tipulah kalau kata tak excited. Memang teruja, tapi dalam masa yang sama, nervous pun ada. Macam-macam “kalau” bermain dalam kepala. Kalau tak boleh ikut pace? Kalau buat silap? Kalau tertinggal? Tapi kalau asyik fikir semua tu, sampai bila pun takkan rasa pengalaman sebenar.

Sehari sebelum ride pula, saya menghadiri majlis persandingan sepupu. Lepas balik, perkara pertama yang bermain di fikiran ialah sama ada saya masih ada tenaga untuk ride keesokan paginya. Jadi lepas majlis selesai, saya terus balik dan pastikan dapat rehat secukupnya. Tak nak bangun esok dengan badan yang lemau.

Malam sebelum ride pun saya dah buat persiapan awal. Tangki minyak saya penuhkan, angin tayar saya periksa, semuanya untuk elakkan kelam-kabut kalau terbangun lambat. Telefon pula saya cas siap-siap sebab Waze memang akan jadi kawan baik sepanjang perjalanan nanti. Power bank pun saya bawa sekali, mana tahu saya atau kawan-kawan perlukan bateri tambahan.

Walaupun semua persiapan dah dibuat, rasa berdebar itu tetap ada. Tambahan pula, saya selalu nampak video dan berita kemalangan melibatkan group ride, lebih-lebih lagi di jalan yang banyak selekoh. Memang sedikit sebanyak rasa paranoid. Nasib baik kawan-kawan banyak bagi nasihat. Mereka pesan, ride ikut kemampuan sendiri, jangan paksa diri nak ikut orang lain. Pace setiap rider berbeza, dan yang penting semua sampai ke destinasi dengan selamat. Nasihat itu memang buat saya lebih tenang.

Akhirnya, pagi yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya bangun awal, mandi, solat Subuh dan terus bersiap. Bila buka Waze, perjalanan ke RV point di Petron Jalan Kuching mengambil masa sekitar 16 minit. Janji berkumpul pukul 7.30 pagi, dan Waze anggarkan saya sampai pukul 7.32 pagi. Masih okey, saya fikir.

Sampai saja di RV point, saya nampak beberapa kumpulan rider lain sudah berkumpul. Saya pula sibuk mencari wajah-wajah yang dikenali, ingatkan saya dah lambat. Rupanya… saya orang pertama daripada kumpulan kami yang sampai. Sementara menunggu, saya masuk ke kedai serbaneka Petron untuk beli roti dan air. Alang-alang dah awal, bolehlah isi perut dulu.

Hampir setengah jam saya tunggu. Masa itu, mula juga terfikir, “Eh, jadi ke ride ni?” Tepat ketika itu, saya terdengar bunyi enjin yang cukup saya kenal. Seorang demi seorang kawan mula tiba. Barulah lega rasa di hati. Bila mereka tanya pukul berapa saya sampai, semuanya terkejut sebab saya rupanya paling awal berada di situ.

Hampir setengah jam saya tunggu. Masa itu, mula juga terfikir, “Eh, jadi ke ride ni?” Tepat ketika itu, saya terdengar bunyi enjin yang cukup saya kenal. Seorang demi seorang kawan mula tiba. Barulah lega rasa di hati. Bila mereka tanya pukul berapa saya sampai, semuanya terkejut sebab saya rupanya paling awal berada di situ.

Biasalah… first time nak join group ride. Excited punya pasal, memang tak nak jadi orang yang lewat.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal

Selepas semua selesai minum dan mengalas perut, kami berbincang sekejap tentang laluan yang akan diambil serta beberapa pit stop sepanjang perjalanan. Destinasi kami memang Genting Highlands, tetapi kami sepakat untuk tidak terus menggunakan Lebuhraya KL-Karak. Sebaliknya, kami memilih laluan Ulu Yam yang terkenal dengan jalan berliku dan selekoh yang cukup digemari ramai rider.

Sebelum bergerak, saya siap-siap buka Waze. Bukan sebab tak percaya kawan, tapi sebagai langkah berjaga-jaga kalau tiba-tiba terpisah daripada kumpulan. Lagipun ini kali pertama saya melalui laluan Ulu Yam, jadi memang langsung tak biasa dengan keadaan jalan di sana. Kawan-kawan pun sekali lagi berpesan supaya ride ikut kemampuan sendiri. Jangan cuba kejar sesiapa dan jangan paksa diri kalau rasa tak yakin. Nasihat yang nampak ringkas, tapi sebenarnya sangat penting.

Bila enjin mula dihidupkan dan konvoi bergerak, rasa nervous itu masih ada. Bezanya, kali ini rasa teruja jauh lebih kuat. Akhirnya saya dapat juga merasa pengalaman group ride yang selama ini hanya mampu tengok dalam video YouTube dan TikTok.

Keadaan jalan pagi itu agak sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan, jadi memang kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Hentian pertama kami ialah di sebuah stesen minyak Petronas untuk isi minyak. Di situ juga saya nampak ramai rider lain berkumpul, kebanyakannya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Suasana pagi hujung minggu dengan deruman enjin dan rider yang sedang bersiap untuk memulakan perjalanan memang ada auranya yang tersendiri. Ketika itu saya mula rasa, “Oh… inilah vibe yang orang selalu cerita.”

Selesai mengisi minyak, kami terus menuju ke Ulu Yam. Inilah bahagian yang paling saya nantikan sejak ride ini dirancang. Selama ini saya hanya tengok video rider melayan selekoh di Ulu Yam, jadi dapat merasainya sendiri memang satu pengalaman yang cukup berbeza.

Nasib baik trafik pagi itu tak terlalu sesak. Masih ada beberapa buah kereta di atas jalan, tetapi tidak sampai mengganggu perjalanan kami. Lagi kami masuk ke kawasan Ulu Yam, lagi berubah suasananya. Udara pagi terasa lebih sejuk dan segar, dengan pemandangan pokok-pokok menghijau di kiri dan kanan jalan. Selepas setiap hari berdepan kesibukan Kuala Lumpur, suasana seperti ini memang terasa cukup menenangkan. Tak hairanlah ramai rider sanggup bangun seawal subuh semata-mata nak menikmati laluan ini.

Di sinilah saya mula belajar sesuatu yang baru. Setiap kali nampak selekoh di hadapan, saya tidak terus cuba meniru rider lain. Saya kurangkan sedikit kelajuan, ambil selekoh dengan tenang dan ikut kemampuan sendiri. Sebagai rider yang masih baru, saya tahu had saya di mana. Tak ada gunanya mengejar orang lain kalau akhirnya membahayakan diri sendiri.

Bagi saya, dalam group ride bukan siapa paling laju yang jadi ukuran. Yang lebih penting ialah semua orang dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Dan itu jugalah perkara yang saya sentiasa ingat sepanjang perjalanan di Ulu Yam.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal

Tak lama selepas itu, dua orang rakan saya mula meninggalkan kami di hadapan. Tinggallah saya bersama seorang lagi rakan yang berada di belakang mereka. Sejujurnya, saya bersyukur dia faham ini merupakan group ride pertama saya. Sepanjang perjalanan, dia langsung tak pernah suruh saya tambah kelajuan atau cuba ikut rider lain. Sebaliknya, dia menjadi semacam “guide” untuk saya sepanjang melalui laluan berliku itu.

Saya cuma perlu ikut pace dia. Kelajuannya memang cukup selesa, tak terlalu perlahan dan tak terlalu laju. Setiap kali hendak memotong kenderaan di hadapan, dia akan pastikan laluan bertentangan benar-benar kosong sebelum memberi isyarat supaya saya ikut. Cara itu buat saya lebih tenang kerana saya tahu ada orang yang sentiasa memerhati keadaan jalan di hadapan.

Ketika itulah saya sedar satu benda yang ramai rider selalu cakap, tapi saya sendiri baru betul-betul faham, intercom memang sangat berguna ketika group ride. Kalau ada intercom, komunikasi jadi jauh lebih mudah. Kalau ada lubang, pasir, jalan rosak atau selekoh tajam di hadapan, maklumat itu boleh disampaikan terus tanpa perlu meneka. Bagi rider baru macam saya, benda sekecil itu pun boleh memberi keyakinan yang besar.

Walaupun saya hanya ride mengikut kemampuan sendiri, saya masih mampu mengekalkan jarak dengan kumpulan. Saya langsung tak rasa tertekan untuk mengejar mereka. Malah, beberapa kali mereka sendiri memperlahankan kelajuan supaya semua orang dapat berkumpul semula. Masa itu saya mula faham budaya group ride yang sebenar. Ia bukan perlumbaan, dan bukannya nak tengok siapa paling laju. Yang penting, semua orang dapat menikmati perjalanan dan sampai ke destinasi dengan selamat.

Laluan Ulu Yam pula memang tak mengecewakan. Ada selekoh panjang, ada selekoh tajam, setiap satu memberikan cabaran yang berbeza. Saya masih belum cukup berani untuk melayan setiap corner dengan agresif, tetapi di sinilah saya mula belajar membaca bentuk jalan, memilih laluan yang sesuai dan mengawal throttle dengan lebih baik. Bagi rider yang dah biasa, mungkin laluan ini nampak biasa saja. Tapi bagi saya, inilah tempat saya mula membina keyakinan setiap kali masuk selekoh.

Semakin lama ride diteruskan, semakin bertambah yakin saya di atas motosikal. Setiap kali berjaya mengambil satu selekoh dengan kemas, keyakinan itu naik sedikit demi sedikit. Namun saya sentiasa mengingatkan diri supaya jangan terlalu selesa. Saya selalu dengar orang kata, ramai rider terjatuh bukan ketika mereka masih takut, tetapi apabila mereka mula terlebih yakin dengan kemampuan sendiri.

Sebab itu saya memilih untuk terus ride mengikut pace sendiri. Tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. Bagi saya, lebih baik sampai lambat beberapa minit daripada mengambil risiko yang tak sepatutnya. Lagipun, destinasi kami tetap sama. Yang penting, semua orang dapat sampai dengan selamat dan pulang membawa pengalaman yang manis, bukannya penyesalan.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal

Sepanjang perjalanan juga, saya mula sedar bahawa ride secara berkumpulan sebenarnya memerlukan tahap disiplin yang tinggi. Kita bukan sahaja perlu menjaga keselamatan diri sendiri, tetapi juga perlu sentiasa peka dengan kedudukan rider lain. Saya sentiasa memastikan jarak dengan motosikal di hadapan tak terlalu rapat, sambil sesekali melihat cermin sisi untuk memastikan keadaan di belakang juga selamat.

Tidak lama kemudian, kami mula menghampiri kawasan Genting Highlands. Jalan mula mendaki dan suhu semakin sejuk berbanding ketika kami berada di Ulu Yam. Walaupun sudah menunggang hampir sejam, saya langsung tak berasa penat. Sebaliknya, saya semakin seronok kerana akhirnya dapat merasai sendiri pengalaman yang selama ini hanya saya lihat di media sosial.

Sebaik sahaja tiba di destinasi, kami lepak untuk minum-minum dan berborak di KK Mart yang berada di bawah Amber Court. Angin sejuk dengan kombinasi air panas dan kawan-kawan sememangnya melengkapkan lagi suasana ketika berada di situ. Rasa puas itu memang sukar untuk digambarkan. Bukan kerana berjaya sampai ke Genting semata-mata, tetapi kerana berjaya menyertai group ride buat pertama kali. Pengalaman pertama ini benar-benar membuka mata saya bahawa keyakinan sebagai seorang rider datang sedikit demi sedikit melalui pengalaman, bukannya dengan memaksa diri untuk menjadi laju.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal

Perjalanan pulang mula menguji ketahanan saya. Badan dah mula terasa letih selepas seharian berada di atas motosikal, tetapi dalam masa yang sama, ada satu perasaan yang sukar digambarkan. Rasa puas. Rasa bangga dengan diri sendiri kerana akhirnya saya berjaya mengatasi ketakutan dan menyelesaikan group ride pertama saya.

Pengalaman ini mengajar saya satu perkara yang sangat penting. Menjadi rider yang baik bukanlah tentang siapa paling laju atau siapa paling hebat melayan selekoh. Sebaliknya, ia tentang mengetahui had diri sendiri, tahu bila perlu memperlahankan motosikal, menghormati rider lain dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan.

Saya juga bersyukur kerana dikelilingi oleh kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan saya supaya jangan sesekali mengikut pace orang lain jika belum yakin. Mereka tak pernah memaksa saya untuk menunggang lebih laju, sebaliknya memberi ruang untuk saya belajar mengikut rentak sendiri. Mungkin nasihat itu kedengaran biasa, tetapi bagi rider baru seperti saya, ia memberikan keyakinan yang sangat besar sepanjang perjalanan.

Kalau anda masih belum pernah menyertai group ride, jangan terlalu risau atau takut. Rasa gementar itu memang normal, lebih-lebih lagi untuk kali pertama. Tetapi percayalah, apabila semuanya selesai, pengalaman itu akan menjadi salah satu memori paling bermakna dalam perjalanan anda sebagai seorang rider.

Bagi saya, ini baru permulaan. Masih banyak laluan yang ingin diterokai, lebih banyak selekoh yang ingin dipelajari dan lebih banyak pengalaman yang ingin dikumpulkan bersama motosikal. Setiap ride pasti akan mengajar sesuatu yang baharu.

Dan satu perkara yang saya pasti, group ride pertama ini bukan sekadar membawa saya ke Genting Highlands. Ia membawa saya keluar daripada zon selesa, membina keyakinan sebagai seorang rider, dan membuktikan bahawa setiap perjalanan bukan hanya tentang destinasi yang dituju, tetapi juga tentang pengalaman yang dikutip serta orang-orang yang berkongsi perjalanan itu bersama kita.

Ini mungkin ride pertama saya, tetapi saya yakin… ia bukan yang terakhir.

Related Items2026baruberitagentinggroup rideIndustriKedai MotorLokalmalaysiaPengalamanRide BerkumpulanUlu YamUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 27, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitagentinggroup rideIndustriKedai MotorLokalmalaysiaPengalamanRide BerkumpulanUlu YamUtama

More in Berita

CFMoto 250SR vs QJMotor SRK250R: Sportbike Entry-Level Mana Paling Berbaloi Dibeli?

Amzar HazeeqJuly 27, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Julai Minggu Ketiga

Amzar HazeeqJuly 24, 2026
Read More

5 Tips Membawa Pillion Dengan Selamat dan Selesa

Amzar HazeeqJuly 23, 2026
Read More

Cara Mencuci Helmet Motosikal Dengan Betul: Kekal Bersih, Selesa dan Tahan Lama

Amzar HazeeqJuly 23, 2026
Read More

Ride Solo vs Ride Berkumpulan: Mana Lagi Seronok?

Amzar HazeeqJuly 22, 2026
Read More

iMotorbike Lancar “Promo Hari Gaji” dengan Diskaun Tambahan 5%

Hazique ZairillJuly 22, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Kekalkan Momentum Podium di Magny-Cours

Amzar HazeeqJuly 22, 2026
Read More

SENKE SK400-KG dilancarkan di Malaysia pada harga RM21,800

Hazique ZairillJuly 21, 2026
Read More

WMOTO Griffin 205 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM8,888

Amzar HazeeqJuly 21, 2026
Read More

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqJuly 20, 2026
Read More

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More

Aprilia Shiver 750 2016 vs Yamaha MT-07 2016: Pertempuran Torque Monster

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • 6 Motor Naked Terbaik Untuk Dibeli Pada Julai 2026
    BeritaJuly 2, 2026
  • Review Aveta Vanguard 250 SE: Dilengkapi Dengan Ciri-ciri Pengembaraan 
    BeritaJune 30, 2026
  • 3 Tips Jual atau Trade-In Motosikal Belum Habis Bayar Dengan Mudah
    BeritaJuly 2, 2026
  • Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal: Apa Yang Saya Belajar Sebagai Rider Baru
    BeritaJuly 27, 2026
  • CFMoto 250SR vs QJMotor SRK250R: Sportbike Entry-Level Mana Paling Berbaloi Dibeli?
    BeritaJuly 27, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Julai Minggu Ketiga
    BeritaJuly 24, 2026
  • 5 Tips Membawa Pillion Dengan Selamat dan Selesa
    BeritaJuly 23, 2026
  • Cara Mencuci Helmet Motosikal Dengan Betul: Kekal Bersih, Selesa dan Tahan Lama
    BeritaJuly 23, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

CFMoto 250SR vs QJMotor SRK250R: Sportbike Entry-Level Mana Paling Berbaloi Dibeli?
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat