• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Bawa Pulang 10 Mata Berharga Dari Magny-Cours

Qabil Irfan Bawa Pulang 10 Mata Berharga Dari Magny-Cours
Amzar Hazeeq
July 28, 2026

Pelumba SIC GRYD Racing, Qabil Irfan, bangkit dari petak belakang walaupun berdepan hujung minggu mencabar, kini mengumpul 61 mata selepas empat pusingan.

Qabil Irfan Moto4

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, berjaya membawa pulang 10 mata berharga selepas mengharungi saingan mencabar pada Pusingan 4 Moto4 European Cup (Moto4 EC) 2026 di Litar Magny-Cours, Perancis.

Mewakili SIC GRYD Racing, pelumba berusia 14 tahun itu berdepan hujung minggu yang sukar apabila bergelut mendapatkan tetapan jentera terbaik sepanjang sesi latihan dan kelayakan. Keputusan itu menyaksikan beliau terpaksa memulakan Perlumbaan 1 dari petak ke-22 dan Perlumbaan 2 dari petak ke-23.

Walaupun bermula jauh di belakang, Qabil mempamerkan semangat juang tinggi dalam Perlumbaan 1 apabila berjaya memintas beberapa pelumba untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Beliau turut berada di kedudukan keenam pada satu ketika sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 25 minit 41.345 saat, sekali gus meraih lapan mata kejuaraan.

Qabil Irfan Moto4

Cabaran diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila Qabil sekali lagi perlu bermula dari petak belakang. Pelumba kelahiran Terengganu itu bergelut untuk mengekalkan momentum dan pada awalnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dengan catatan masa 25:44.084 saat.

Bagaimanapun, keputusan rasmi perlumbaan menyaksikan Qabil dinaikkan ke kedudukan ke-14 selepas pelumba Sepanyol, Izan Rodriguez, dikenakan penalti. Keputusan itu membolehkan beliau menambah dua lagi mata kejuaraan, sekali gus menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak 10 mata di Magny-Cours.

Dengan keputusan tersebut, Qabil kini mengumpul 61 mata dan kekal di tangga keenam keseluruhan dalam kedudukan Moto4 European Cup 2026. Pendahulu kejuaraan ketika ini ialah Alvaro Lucas dari CFMoto Aspar Junior Team dengan 135 mata, diikuti Lorenzo Pritelli (99 mata), Mateo Marulanda (86 mata), Victor Cubeles (85 mata) dan Edoardo Savino (80 mata).

Qabil turut mempunyai kelebihan tiga mata berbanding pelumba Sepanyol, Ignacio Galan, yang menghuni tangga ketujuh dengan 58 mata, sekali gus meletakkannya dalam kedudukan baik untuk memburu kelompok lima terbaik dengan baki tiga pusingan musim ini.

Qabil Irfan Moto4

Mengulas prestasinya, Qabil mengakui litar Magny-Cours memberikan cabaran besar sejak hari pertama apabila beliau masih ketinggalan kira-kira satu saat berbanding kelompok hadapan meskipun berjaya memperbaiki catatan masa dalam sesi latihan.

Menurutnya, beliau telah mencuba untuk meningkatkan catatan masa ketika sesi kelayakan, namun gagal mendapatkan kedudukan grid yang lebih baik.

“Semasa Perlumbaan 1, saya cuba memberi tekanan sejak awal dan berjaya mara sehingga ke tempat kelapan. Perlumbaan itu sangat sengit, terutama dalam kelompok kedua. Untuk Perlumbaan 2 pula, saya tidak mempunyai kelebihan untuk memotong pelumba lain dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

“Saya sedikit kecewa dengan keputusan pada pusingan ini, tetapi untuk pusingan seterusnya saya akan berusaha menjadi lebih baik,” kata Qabil.

Qabil Irfan Moto4

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan pusingan di Magny-Cours sebagai pengalaman yang sangat berharga buat Qabil walaupun pasukan berdepan kekurangan dari segi kelajuan sepanjang minggu perlumbaan.

Beliau berkata, pasukan sudah mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki, termasuk tetapan motosikal serta gaya tunggangan Qabil, bagi memastikan pelumba muda itu mampu kembali bersaing di kelompok hadapan.

“Qabil memulakan kedua-dua perlumbaan dari bahagian belakang, jadi ia memang mencabar. Namun saya berbangga dengan semangatnya kerana berjaya memintas ramai pelumba untuk menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan.

“Kami melihat ini sebagai proses pembelajaran dalam kejuaraan yang sangat kompetitif. Harapannya ialah untuk melihat Qabil kembali bersaing bagi memburu podium dan kemenangan pada baki perlumbaan musim ini,” katanya.

Pusingan kelima Moto4 European Cup 2026 dijadualkan berlangsung di Circuit Ricardo Tormo, Cheste, Sepanyol, dari 4 hingga 6 September, dengan Qabil dijangka memanfaatkan tempoh rehat bagi memperkemaskan persediaan bersama pasukan menjelang baki saingan musim ini.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 28, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Pengalaman Pertama Group Ride Motosikal: Apa Yang Saya Belajar Sebagai Rider Baru
Review Ducati Hypermotard 950 2019: Keseronokan Penuh di Atas Dua Roda