• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’

MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’
Hazique Zairill
September 2, 2026

Jualan Gudang MKA Group berlangsung dari 4 hingga 6 September dengan diskaun sehingga 80 peratus, termasuk tawaran tambahan khas untuk penghantar.

MKA Group

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

MKA Group meneruskan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menganjurkan Jualan Gudang yang menawarkan diskaun tambahan bagi produk alat ganti dan keperluan motosikal, khususnya kepada golongan delivery rider.

Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan kos penyelenggaraan motosikal bagi penghantar yang bergantung kepada motosikal sebagai medium utama untuk menjalankan pekerjaan harian.

Menerusi program tersebut, delivery rider daripada platform seperti Grab, ShopeeFood, foodpanda, Lalamove, J&T dan platform penghantaran lain berpeluang mendapatkan pelbagai produk motosikal terpilih pada harga istimewa, selain diskaun tambahan daripada harga promosi yang ditawarkan.

Antara produk yang disediakan termasuk komponen brek, tayar, minyak pelincir enjin, aksesori serta pelbagai keperluan motosikal lain. Bagaimanapun, jumlah produk yang ditawarkan pada harga istimewa adalah terhad setiap hari dan tertakluk kepada stok yang tersedia. Untuk mendapatkan tawaran khas tersebut, rider hanya perlu mengemukakan kad pengenalan rider, aplikasi atau bukti pendaftaran sebagai penghantar.

Menurut Pengurus Besar Jenama RCB, Marcus Leong, inisiatif berkenaan merupakan salah satu usaha MKA Group untuk mendekati serta memberi manfaat secara langsung kepada komuniti delivery rider.

“Kami memahami bahawa motosikal merupakan aset penting kepada delivery rider dalam membuat penghantaran kerana ia merupakan sebahagian daripada keperluan utama untuk menjana pendapatan.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membantu mereka mendapatkan produk motosikal yang diperlukan pada harga lebih berpatutan, sekali gus mengurangkan sedikit beban kos penyelenggaraan harian,” katanya

MKA Group

Jualan Gudang MKA Group akan berlangsung dari 4 hingga 6 September 2026, bermula 9 pagi hingga 6 petang, di MKA Group, Puchong, Selangor.

Selain tawaran khas untuk delivery rider, orang ramai turut berpeluang mendapatkan pelbagai produk motosikal pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 80 peratus sepanjang jualan berlangsung.

MKA Group menggalakkan delivery rider dan pengunjung yang berminat untuk hadir lebih awal berikutan stok serta kuantiti produk promosi adalah terhad setiap hari. Tawaran adalah tertakluk kepada stok yang tersedia dan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen MKA Group untuk terus menyokong komuniti permotoran tempatan, khususnya golongan delivery rider yang memainkan peranan penting dalam ekosistem mobiliti dan perkhidmatan penghantaran di Malaysia.

Related Items2026aksesoribaruberitaIndustrimalaysiarcbriderUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 2, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026aksesoribaruberitaIndustrimalaysiarcbriderUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu
Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Bagi Baki Musim Cub Prix 2026