• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu

Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu
Amzar Hazeeq
September 1, 2026

Kenyataan Rasmi MAM Ekoran Insiden Tragis di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (Motorsports Association of Malaysia, MAM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tragis yang meragut nyawa pelumba CP150, Farres Putra Mohd Fadhill (#33), ketika perlumbaan akhir Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

Menurut MAM, insiden tersebut berlaku di Selekoh 3 pada pusingan pertama perlumbaan akhir kategori CP150 yang berlangsung pada petang tadi.

Sejurus selepas kemalangan berlaku, pasukan perubatan di litar memberikan rawatan kecemasan kepada pelumba sebelum beliau dibawa dengan segera ke Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, di sebalik usaha terbaik yang dilakukan oleh pasukan perubatan, Farres Putra Mohd Fadhill disahkan meninggal dunia di hospital.

Susulan kejadian itu, perlumbaan kategori ProAm telah dibatalkan sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian Allahyarham.

Dalam kenyataan yang sama, MAM merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan litar, anggota kecemasan, pegawai perlumbaan serta semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas mereka dalam mengendalikan insiden tersebut. Penghargaan turut diberikan kepada Penang Motor Sports Club selaku penganjur bersama serta Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. sebagai pihak promoter kejohanan.

MAM turut memaklumkan bahawa siasatan berhubung insiden berkenaan akan dijalankan mengikut prosedur sukan permotoran dan piawaian keselamatan yang ditetapkan. Pada masa yang sama, badan induk itu menyeru orang ramai agar menghormati privasi keluarga Allahyarham dalam menghadapi detik yang amat sukar ini.

Bagi pihak seluruh warga MAM, persatuan itu turut menzahirkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Farres Putra Mohd Fadhill, pasukan CKJ Racing, rakan sepasukan, sahabat handai serta seluruh komuniti sukan permotoran Malaysia yang terkesan dengan kehilangan tragis ini.

Pemergian Farres Putra Mohd Fadhill merupakan satu kehilangan besar buat arena perlumbaan motosikal negara. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 1, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiasukan motorUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM: Platform Sama, Personaliti Berbeza
MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’