• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM: Platform Sama, Personaliti Berbeza

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM: Platform Sama, Personaliti Berbeza
Amzar Hazeeq
August 30, 2026

Berkongsi enjin 398cc yang sama dan elektronik moden, Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM dibina untuk penunggang yang berbeza sama sekali.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Suzuki akhirnya telah kembalikan semula salah satu platform motosikal paling ikoniknya dengan pengenalan DR-Z4S dan DR-Z4SM yang serba baharu. Walaupun kedua-dua motosikal ini berkongsi pakej enjin, casis dan elektronik yang sama, ia dibangunkan persekitaran tunggangan yang sangat berbeza.

DR-Z4S ialah motosikal dual-sport Suzuki, yang direka untuk menangani pelbagai aspek daripada jalan bandar hinggalah jalan berbatu dan laluan offorad. Sementara itu, DR-Z4SM menggunakan platform yang sama dan mengubahnya menjadi supermoto yang fokus kepada jalan raya, mengutamakan ketangkasan, prestasi membelok dan keseronokan menunggang yang tulen.

Dengan kedua-dua motosikal kelihatan hampir sama pada pandangan pertama, memilih antara keduanya boleh menjadi sangat sukar. Jadi, yang manakah pilihan yang lebih baik untuk gaya tunggangan anda? Mari kita bandingkan kedua-duanya.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Enjin & Prestasi

Kedua-dua DR-Z4S dan DR-Z4SM dikuasakan oleh enjin 398cc satu silinder penyejukan cecair yang sama, menghasilkan 38 hp dan 37 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui gearbox manual lima kelajuan yang digandingkan dengan SCAS assist and slipper clutch Suzuki.

Memandangkan kedua-dua motosikal berkongsi rangkaian kuasa yang sama, prestasinya hampir sama. Enjin ini memberikan tork low dan mid-range, menjadikan pecutan terasa rancak tanpa rasa menakutkan. Sama ada anda ulang-alik melalui trafik atau menikmati ride pada hujung minggu, kedua-dua motosikal ini menawarkan throttle response yang lancar dan penyampaian kuasa yang boleh diramal.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Ciri & Teknologi

Satu aspek di mana kedua-dua motosikal ini tak mempunyai kelebihan adalah teknologi. Suzuki melengkapkan kedua-dua DR-Z4S dan DR-Z4SM dengan pakej elektronik yang sama, bermakna mana-mana model yang anda pilih, anda akan menerima ciri-ciri moden yang sama.

Kedua-dua motosikal dilengkapi dengan paparan instrumen LCD penuh, throttle Ride-by-Wire, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), traction control, switchable ABS dan lampu LED penuh. Ciri-ciri ini menjadikan platform DR-Z setanding dengan motosikal-motosikal moden sambil mengekalkan ciri ringkas dan berfokuskan penunggangnya.

Perbezaan terbesar terletak pada perkakasan mereka dan bukannya teknologi mereka. DR-Z4S menampilkan roda hadapan 21 inci dan roda belakang 18 inci yang dibalut dengan tayar dual-purpose, memberikannya keupayaan untuk menangani offroad dengan yakin. DR-Z4SM, sebaliknya, menggunakan roda 17 inci yang dilengkapi dengan tayar yang lebih sesuai untuk jalan raya, menjadikannya lebih lincah apabila melalui selekoh di atas jalan berturap.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Ergonomik & Keselesaan Menunggang

Suzuki DR-Z4S

DR-Z4S menawarkan riding position yang tinggi dan mengagumkan dengan suspension travel yang mudah menyerap lubang, bonggol dan jalan yang kasar. Handlebar dan tempat duduk yang lebih tinggi, sekitar 920 mm, memberikan penglihatan yang sangat baik, menjadikannya motor yang selesa untuk perjalanan yang lebih jauh dan pengembaraan offroad. Rider yang kerap melalui jalan tak rata atau gemar meneroka jalan offroad akan menghargai sifatnya yang mudah dikendalikan.

Suzuki DR-Z4S M

DR-Z4SM pula terasa lebih padat dan terhubung dengan jalan raya. Ketinggian seat yang lebih rendah sekitar 890 mm dan roda yang lebih kecil memberi keyakinan semasa menunggang di bandar, manakala riding position supermoto menggalakkan rider untuk menyerang selekoh dengan yakin. Ia terasa lebih tangkas ketika meredah lalu lintas dan menukar arah dengan cepat, menjadikannya sangat menyeronokkan di jalan raya yang berliku-liku dan jalan-jalan bandar.

Dari segi keselesaan keseluruhan, kedua-dua motosikal ini secara objektifnya terasa sama. Ia bergantung kepada di mana anda menghabiskan masa anda menunggang. DR-Z4S mengutamakan fleksibiliti dan keselesaan merentasi pelbagai jenis jalan, manakala DR-Z4SM mengutamakan handling responsif dan keseronokan yang tertumpu pada jalan raya.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Perbandingan Spesifikasi

SpesifikasiSuzuki DR-Z4SSuzuki DR-Z4SM
Enjin398cc Liquid-cooled DOHC Single-Cylinder398cc Liquid-cooled DOHC Single-Cylinder
Kuasa Maksimum38 hp38 hp
Tork Maksimum37 Nm37 Nm
TransmisiManual 5-kelajuanManual 5-kelajuan
Roda Hadapan21 inci17 inci
Roda Belakang18 inci17 inci
Suspensi DepanKYB 46mm inverted telescopic fork adjustable spring preload, compression damping, and rebound dampingKYB 46mm inverted telescopic fork fully adjustable for spring preload, compression damping, and rebound damping
Suspensi BelakangKYB Monoshock fully adjustable for spring preload, compression damping, and rebound dampingKYB Monoshock fully adjustable for spring preload, compression damping, and rebound damping
Brek DepanBrek disk hadapan tunggal 270 mm dengan caliper 2-pistonBrek disk hadapan tunggal 310 mm dengan caliper 2-piston
Brek BelakangBrek disk belakang tunggal dengan Bosch switchable ABSBrek disk belakang tunggal dengan Bosch switchable ABS
Ketinggian Seat920 mm890 mm
Berat151 kg154 kg
Kapasiti Tangki Minyak8.7 Liter8.7 Liter
Ground Clearence300 mm260 mm

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Untuk Siapakah Setiap Model?

Suzuki DR-Z4S ialah pilihan ideal untuk rider yang gemar meneroka offroad. Jika ride hujung minggu anda sering melibatkan laluan berbatu, jalan belakang yang tak rata atau pengembaraan offroad yang ringan, DR-Z4S menawarkan fleksibiliti dan suspension travel yang diperlukan untuk menangani pelbagai permukaan jalan. Ia juga merupakan pilihan yang bagus untuk rider yang mengutamakan keselesaan dan praktikaliti berbanding prestasi semasa membelok.

Sementara itu, Suzuki DR-Z4SM adalah untuk rider yang menghabiskan masa mereka di jalan raya. Handling lebih tajam, kedudukan yang lebih rendah dan tayar yang tertumpu pada jalan raya menjadikannya motosikal yang jauh lebih seronok di jalan berliku dan di persekitaran bandar. Jika idea ride yang sempurna melibatkan selekoh dan menikmati motosikal yang ringan dan ceria, DR-Z4SM mungkin lebih sesuai.

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM

Kesimpulan

Walaupun berkongsi enjin, frame dan pakej elektronik yang sama, Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM menawarkan dua pengalaman menunggang yang berbeza.

DR-Z4S menonjol sebagai pilihan yang lebih versatil, memberikan rider kebebasan untuk menerokai offroad dengan yakin. Long-travel suspension, kedudukan yang lebih tinggi dan roda dual-purpose menjadikannya sesuai untuk rider yang suka meneroka ke mana sahaja.

DR-Z4SM, sebaliknya, mengutamakan keseronokan di jalan berturap. Dengan handling yang tangkas, ride height yang lebih rendah dan karakter supermoto, ia mengubah perjalanan biasa menjadi ride yang menyeronokkan.

Akhirnya, tiada pilihan yang salah antara kedua-dua motosikal ini. Keputusan bergantung kepada tempat anda kerap ride. Jika pengembaraan offorad adalah keutamaan anda, DR-Z4S adalah pilihan yang jelas. Tapi jika ride anda di atas jalan berturap sepenuhnya dan anda mengutamakan handling yang lincah, DR-Z4SM akan meninggalkan senyuman yang lebih lebar setiap kali anda membawanya.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 30, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtama

More in Berita

ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS

Hazique ZairillSeptember 22, 2026
Read More

MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!

Amzar HazeeqSeptember 22, 2026
Read More

5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

Express Service iMotorbike: Cara Mudah Tempah Slot Secara Online

Hazique ZairillSeptember 21, 2026
Read More

5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia

Amzar HazeeqSeptember 21, 2026
Read More

iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot

Hazique ZairillSeptember 21, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’
    BeritaSeptember 2, 2026
  • ZK Racing Terima Geran Padanan Sukan RM800,000 Daripada KBS
    BeritaSeptember 22, 2026
  • MotoMini Malaysia 2026 Tamat Sengit, 4 Pelumba Ke Valencia!
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 5 Punca Kenapa Motor Rasa Berat Bila Ditunggang
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Hakim Danish Loncat Ke Tangga Ke-7 Keseluruhan Moto3
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Express Service iMotorbike: Cara Mudah Tempah Slot Secara Online
    BeritaSeptember 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Review Brixton BX150 R 2024: Motosikal Retro Yang Pasti Disukai Rider Wanita 
Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.