Membeli motosikal terpakai boleh menjadi pilihan yang bijak, tapi anda juga perlu tengok sama ada motosikal tersebut pernah accident atau tidak. Berikut ialah beberapa tanda yang boleh anda periksa.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Membeli motosikal terpakai sememangnya boleh menjimatkan wang. Dengan bajet yang sama, anda mungkin boleh dapat spesifikasi model yang lebih tinggi berbanding membeli motosikal baharu. Namun, sebelum membuat pembelian, ada satu perkara yang anda perlu ambil perhatian iaitu sejarah kemalangan motosikal tersebut.
Tak semua motosikal yang pernah accident patut dielakkan. Ada kemalangan kecil yang hanya menyebabkan calar pada badan motosikal, manakala ada juga kemalangan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan motosikal. Sebab itu, penting untuk mengetahui beberapa tanda awal sebelum anda membuat keputusan.
1. Perhatikan Keadaan Fairing dan Cat
Perkara pertama yang mudah dilihat ialah keadaan luaran motosikal. Cuba perhatikan sama ada warna cat pada setiap panel kelihatan sekata atau terdapat bahagian yang mempunyai tone warna sedikit berbeza.
Selain itu, lihat juga sama ada terdapat jurang panel yang tak sekata, sticker yang tak dipasang dengan betul, atau kesan cat baharu pada bahagian tertentu. Ini tak semestinya bermaksud motosikal itu pernah accident besar, tapi ia boleh menjadi petunjuk bahawa motosikal pernah dibaiki sebelum ini.
Jika anda jumpa beberapa tanda ini, jangan terus buat keputusan. Tanya dulu kepada pemilik tentang sejarah motosikal tersebut dan minta penjelasan.

2. Periksa Handlebar dan Fork Depan
Bahagian depan motosikal selalunya menerima impak terlebih dahulu apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, periksa keadaan handlebar, fork depan dan roda hadapan dengan teliti.
Semasa melakukan test ride, lepaskan handlebar sekejap di jalan yang lurus dan selamat. Jika motosikal rasa seperti menarik ke kiri atau kanan, ia mungkin menandakan terdapat masalah pada alignment atau komponen hadapan motosikal.
Anda juga boleh tengok sama ada fork mempunyai kesan calar yang luar biasa, bengkok atau kebocoran minyak, kerana semua ini boleh menjadi petanda motosikal pernah menerima hentakan yang kuat pada bahagian depan.
3. Lihat Kesan Welding atau Repair Pada Rangka
Rangka merupakan antara komponen paling penting pada sesebuah motosikal. Jika rangka pernah mengalami kerosakan yang serius, ia boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan motosikal ketika ditunggang.
Gunakan lampu suluh jika perlu dan lihat sama ada terdapat kesan welding, rekahan, atau bahagian yang kelihatan tak kemas. Walaupun ada pembaikan yang dilakukan dengan baik, sebarang perubahan pada rangka sepatutnya diberi perhatian.
Jika anda kurang pasti bagaimana nak memeriksanya, lebih baik untuk bawa bersama mekanik yang berpengalaman untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti.

4. Periksa Rekod Servis dan Tanya Sejarah Motosikal
Jangan hanya bergantung kepada keadaan fizikal motosikal. Luangkan masa untuk bertanya kepada owner motosikal tentang sejarah motosikal tersebut.
Antara soalan yang boleh ditanya ialah sama ada motosikal pernah accident, komponen utama pernah ditukar, atau mempunyai rekod servis yang lengkap. Pemilik yang menjaga motosikal dengan baik biasanya tak akan cuba untuk menyorokkan sebarang maklumat.
Jika rekod penyelenggaraan masih disimpan, ia juga boleh memberikan gambaran tentang bagaimana motosikal dijaga sepanjang tempoh pemilikan.
5. Lakukan Test Ride Sebelum Membeli
Walaupun motosikal kelihatan cantik dari luar, anda masih perlu lakukan test ride sebelum membuat keputusan. Test ride boleh membantu untuk mengesan masalah yang mungkin tak dapat dilihat semasa motosikal tidak bergerak.
Perhatikan sama ada motosikal terasa stabil ketika bergerak, brek berfungsi dengan baik, handlebar tak bergegar, dan enjin memberikan kuasa secara lancar. Jika anda rasa seperti ada sesuatu yang tak kena, jangan abaikan perasaan tersebut.
Tak salah mengambil masa untuk fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal selepas sudah beli.
Kesimpulan
Motosikal yang pernah terlibat dalam kemalangan tak semestinya perlu dielakkan, tetapi anda perlu mengetahui tahap kerosakan dan memastikan ia telah dibaiki dengan betul. Pemeriksaan yang teliti boleh membantu anda mengelakkan kos repair yang tinggi dan memberi keyakinan bahawa motosikal yang dibeli masih selamat untuk digunakan.
Jika anda mencari motosikal terpakai tetapi mahukan lebih ketenangan fikiran, iMotorbike menawarkan motosikal yang telah melalui proses inspection menyeluruh oleh juruteknik berpengalaman kami. Dengan adanya iM Certified, anda boleh periksa keadaan motosikal dan melihat report keseluruhan motosikal tersebut untuk membantu anda membuat keputusan dengan betul. Untuk ketenangan berpanjangan ketika membeli motosikal terpakai, beli di iMotorbike.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS