• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan

Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
Amzar Hazeeq
September 23, 2026

Tak perlu risau kalau kaki tak sampai. Lima motosikal ini menawarkan tunggangan yang lebih mesra untuk rider rendah tanpa mengorbankan keselesaan dan gaya.

Motor Untuk Orang Pendek

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Memilih motosikal yang sesuai bukan hanya bergantung kepada kapasiti enjin atau rupa semata-mata. Salah satu perkara penting yang ramai rider perlu pertimbangkan ialah keselesaan ketika bawa motosikal, terutama ketika berhenti, membuat U-turn, atau bergerak dalam kesesakan trafik.

Bagi rider berketinggian rendah, motosikal dengan seat yang lebih rendah, badan yang kompak dan berat yang mudah dikawal mampu memberikan keyakinan yang lebih tinggi ketika menunggang. Walaupun ramai anggap motosikal tinggi sahaja yang menarik, sebenarnya terdapat banyak model yang mesra untuk pelbagai jenis ketinggian rider.

Berikut ialah lima motosikal yang sesuai untuk rider rendah yang mahukan tunggangan lebih selesa tanpa mengorbankan gaya dan keseronokan.

Motor Untuk Orang Pendek

1. Honda Vario 160

Honda Vario 160 merupakan antara skuter moden yang sangat sesuai untuk kegunaan harian, terutama bagi rider yang mahukan motosikal yang mudah dikawal dan praktikal. Ia dikuasakan oleh enjin 157cc eSP+ liquid-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 15 hp dan 13.8 Nm tork, memberikan prestasi yang cukup untuk ulang-alik kerja, bergerak dalam bandar dan perjalanan santai pada hujung minggu.

Apa yang menjadikan Vario 160 pilihan yang baik untuk rider rendah ialah reka bentuknya yang kompak serta penggunaan transmisi automatik CVT. Dengan seat height sekitar 778 mm, rider lebih mudah untuk meletakkan kaki ketika berhenti di traffic light atau dalam kesesakan lalu lintas.

Selain itu, tiada keperluan untuk menggunakan clutch atau menukar gear secara manual menjadikan Vario 160 lebih mesra untuk rider baru. Beratnya sekitar 119 kg juga membantu ketika membuat U-turn, atau mencelah dalam trafik.

Motor Untuk Orang Pendek

2. Yamaha Ego Avantiz

Bagi mereka yang mencari motosikal harian yang ringkas, jimat dan mudah dikendalikan, Yamaha Ego Avantiz merupakan antara pilihan yang sangat praktikal. Menggunakan enjin 125cc Blue Core single-cylinder, motosikal ini menawarkan keseimbangan antara prestasi mencukupi dan penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Dengan seat height sekitar 773 mm, Ego Avantiz adalah salah satu motosikal dalam senarai ini yang paling mudah untuk rider rendah. Rekaan seat yang tak terlalu lebar membolehkan kaki turun dengan lebih mudah ketika berhenti.

Saiz badannya yang kecil juga menjadi satu kelebihan besar ketika digunakan di kawasan bandar. Sama ada melalui jalan yang sempit, mencari parking atau bergerak dalam trafik yang sesak, Ego Avantiz mampu memberikan keyakinan kerana ia tak terasa besar atau membebankan untuk dikendalikan.

Motor Untuk Orang Pendek

3. Honda CBR150R

Honda CBR150R membuktikan bahawa rider berketinggian rendah juga boleh menikmati pengalaman ride sebuah sportbike. Walaupun mempunyai rupa yang agresif dengan rekaan full fairing, CBR150R sebenarnya merupakan motosikal yang cukup mesra untuk pelbagai jenis rider.

Dikuasakan oleh enjin 149cc DOHC single-cylinder, CBR150R menghasilkan sekitar 16 hp, 13.7 Nm tork, dan menawarkan ciri premium seperti USD front fork, dual-channel ABS serta Assist & Slipper Clutch yang biasanya ditemui pada motosikal lebih besar.

Dengan seat height sekitar 788mm, CBR150R mungkin nampak tinggi, tetapi reka bentuk seat yang kecil membantu rider untuk lebih mudah jejak tanah. Beratnya sekitar 137 kg juga memberikan kelebihan ketika bergerak perlahan, menjadikannya pilihan menarik untuk rider yang mahu memiliki sportbike tanpa rasa terlalu dibebani.

Motor Untuk Orang Pendek

4. Yamaha YZF-R25

Yamaha YZF-R25 merupakan antara sportbike 250cc paling popular di Malaysia, terkenal dengan enjin dua silinder yang lancar dan riding character yang menyeronokkan. Ia menggunakan enjin 249cc liquid-cooled parallel-twin yang menghasilkan sekitar 35.5 hp dan 22.6 Nm, memberikan kuasa yang cukup untuk kegunaan harian atau ride hujung minggu.

Walaupun mempunyai imej sebuah motosikal berprestasi, R25 masih boleh menjadi pilihan untuk rider berketinggian rendah. Dengan seat height sekitar 780 mm, ia tak setinggi kebanyakan sportbike lain, manakala reka bentuk seat yang lebih tirus membantu untuk menjejak tanah dengan lebih mudah.

Selain itu, riding position motosikal ini juga tak terlalu ekstrem seperti supersport yang lebih besar. Ini menjadikan R25 sesuai untuk rider yang mahukan rupa sportbike, tetapi masih memerlukan motosikal yang selesa untuk digunakan setiap hari.

Motor Untuk Orang Pendek

5. Brixton BX150R

Bagi rider yang mahukan sesuatu yang lebih unik, Brixton BX150R menawarkan gaya retro klasik yang berbeza daripada motosikal moden biasa. Ia menggunakan enjin 149cc air-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 11.7 hp dan 11.9 Nm tork, cukup untuk ride santai dan kegunaan harian.

Salah satu kelebihan BX150R ialah saiznya yang tak terlalu besar dan riding character yang mudah dikawal. Walaupun ia mempunyai gaya motosikal klasik, ia tak terasa berat atau sukar dikendalikan.

Riding position yang santai serta handling yang ringan menjadikannya sesuai untuk rider rendah yang mahukan motosikal dengan personaliti tersendiri. Ia bukan sekadar mudah ditunggang, tetapi juga mempunyai reka bentuk yang mampu menarik perhatian.

Kesimpulan

Ketinggian bukan lagi menjadi penghalang untuk memiliki motosikal idaman. Dengan pilihan yang tepat, rider berketinggian rendah masih boleh menikmati riding experience yang selesa, yakin dan menyeronokkan.

Kalau anda sedang mencari motosikal yang mudah dikawal dengan harga lebih berbaloi, kesemua motosikal di dalam list ini ready stock di showroom kami Jadi apa tunggu lagi? Singgah ke showroom berdekatan anda atau layari website iMotorbike untuk melihat pilihan motosikal yang tersedia.

@imotorbike.my

Baru nak mula ride motor? Ini 5 motor dengan seat height yang lebih beginner-friendly untuk you guys! iMotorbike JomNaikMotor Top5 BeginnerBikes #BikeHeight

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaBrixtonHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapandaun pembelipanduan pembeliSEOUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 23, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaBrixtonHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapandaun pembelipanduan pembeliSEOUtamayamaha

More in Berita

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kelebihan Bawa Skuter: Kenapa Ramai Rider Pilih Skuter untuk Kegunaan Harian?
5 Tanda Nak Tahu Motor Pernah Accident Atau Tidak