• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kelebihan Bawa Skuter: Kenapa Ramai Rider Pilih Skuter untuk Kegunaan Harian?

Kelebihan Bawa Skuter: Kenapa Ramai Rider Pilih Skuter untuk Kegunaan Harian?
Amzar Hazeeq
September 23, 2026

Dari keselesaan hingga praktikaliti, ini sebab utama kenapa skuter semakin popular di Malaysia untuk ulang-alik kerja dan kegunaan harian.

kelebihan bawa skuter

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, skuter semakin mendapat tempat dalam kalangan rider di Malaysia. Kalau dulu skuter sering dikaitkan dengan penggunaan santai atau golongan tertentu sahaja, kini persepsi tersebut telah berubah. Dengan keadaan trafik yang semakin sesak dan kos sara hidup yang meningkat, ramai pengguna mula mencari kenderaan yang lebih praktikal dan menjimatkan. Dalam situasi ini, skuter muncul sebagai salah satu pilihan paling relevan untuk kegunaan harian.

Mudah Ditunggang, Sesuai untuk Semua

Salah satu kelebihan utama skuter adalah kemudahannya untuk ditunggang. Tiada sistem clutch dan gear manual, rider hanya perlu fokus pulas throttle dan guna brek sahaja. Ini menjadikan skuter sangat mesra beginner, terutamanya bagi mereka yang baru belajar menunggang motosikal.

Dalam masa yang sama, kemudahan ini juga memberi kelebihan kepada rider berpengalaman. Dalam trafik bandar yang padat, dah tak perlu untuk menukar gear berulang kali, dan membantu untuk mengurangkan keletihan tangan dan kaki. Ini menjadikan pengalaman menunggang lebih santai dan kurang stress, terutama ketika waktu puncak.

Sangat Praktikal untuk Kegunaan Harian

Skuter direka dengan fokus kepada kegunaan harian yang praktikal. Kebanyakan model dilengkapi dengan ruang simpanan bawah tempat duduk yang cukup besar untuk simpan helmet, beg kerja, atau barangan-barangan lain. Ini memberi kelebihan besar berbanding motosikal biasa yang memerlukan aksesori tambahan seperti box atau beg.

Selain itu, banyak skuter moden turut dilengkapi dengan hook, ruang kecil tambahan, dan USB charging port. Semua ini menjadikan skuter sangat sesuai untuk kegunaan harian seperti pergi kerja, membeli barang, atau melakukan urusan harian tanpa perlu risau tentang ruang simpanan.

kelebihan bawa skuter

Riding Position Lebih Selesa

Dari segi ergonomik, skuter menawarkan riding position yang lebih santai berbanding motosikal biasa. Dengan ruang kaki yang luas dan posisi duduk yang tegak, rider tak perlu untuk membongkok terlalu banyak, sekali gus mengurangkan tekanan pada badan.

Tempat duduk yang lebih lebar dan lembut juga memberi keselesaan tambahan, terutama untuk perjalanan yang lebih jauh. Ini menjadikan skuter pilihan yang sesuai bukan sahaja untuk commuting, tetapi juga untuk perjalanan jarak sederhana tanpa rasa cepat penat.

Penjimatan Minyak yang Baik

Satu lagi kelebihan penting skuter adalah kecekapan penggunaan bahan api. Kebanyakan skuter moden telah direka untuk menjadi lebih jimat minyak, menjadikannya pilihan yang sangat praktikal untuk penggunaan harian.

Dalam jangka panjang, ini membantu untuk mengurangkan kos perbelanjaan, terutamanya bagi mereka yang menggunakan motosikal setiap hari. Dengan harga minyak yang tak menentu, kelebihan ini menjadi faktor penting yang mempengaruhi keputusan ramai pengguna.

Sesuai untuk Trafik Bandar

Saiz skuter yang kompak dan kawalan yang mudah menjadikannya sangat sesuai untuk menempuh trafik bandar yang padat. Rider boleh bergerak dengan lebih fleksibel dan mudah mencelah di antara kenderaan tanpa banyak kesukaran.

Selain itu, berat skuter yang biasanya lebih ringan juga memudahkan proses parking dan pengendalian dalam ruang sempit. Ini sangat membantu bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan bandar yang mempunyai ruang terhad.

kelebihan bawa skuter

Kos Penyelenggaraan yang Berpatutan

Dari segi penyelenggaraan, skuter moden menawarkan kos yang masih berpatutan walaupun menggunakan sistem seperti CVT. Penjagaan berkala seperti servis belt dan minyak enjin adalah penting, tetapi secara keseluruhan masih tidak terlalu membebankan.

Jika dijaga dengan baik, skuter mampu bertahan lama dan memberikan nilai yang baik untuk penggunaan jangka panjang. Ini menjadikannya pilihan yang bijak bagi mereka yang mahukan kenderaan praktikal tanpa kos penyelenggaraan yang tinggi.

Kesimpulan

Skuter kini bukan lagi sekadar pilihan alternatif, tetapi telah menjadi pilihan utama bagi ramai rider di Malaysia. Dengan gabungan kemudahan, keselesaan, dan praktikaliti, ia memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan kenderaan yang mudah digunakan setiap hari.

Jika anda sedang mencari motosikal untuk ulang-alik kerja atau kegunaan harian tanpa banyak kerenah, skuter adalah antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaskuterUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 23, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaskuterUtama

More in Berita

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?
    BeritaNovember 3, 2026
  • Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?
    BeritaNovember 3, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan