Dengan populariti motosikal elektrik yang semakin meningkat di Malaysia, Modenas tampil dengan dua pilihan menarik, nampak macam sama, ada beza ke?

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Pasaran motosikal elektrik di Malaysia semakin berkembang dengan cepat, dan Modenas antara jenama tempatan yang mula agresif dalam segmen ini. Dua model yang mereka telah keluarkan ialah MEV-1 Pro SX dan MEV-2.
Sekilas pandang, kedua-duanya nampak hampir sama kerana berkongsi DNA elektrik dan reka bentuk moden. Namun jika dilihat lebih dalam, kedua-dua model ini sebenarnya mempunyai karakter yang sedikit berbeza dari segi prestasi, kegunaan, dan sasaran pengguna. Artikel ini akan bantu anda untuk lebih memahamai perbezaannya.

Sistem & Prestasi
Modenas MEV-1 Pro SX
Dari segi prestasi, Modenas MEV-1 Pro SX jelas diletakkan sebagai model yang lebih berkuasa dalam keluarga EV Modenas. Ia menggunakan motor elektrik dengan output sekitar 6.6 hp dan tork yang sangat tinggi sehingga 258 Nm, yang memberikan rasa pecutan segera dari keadaan berhenti. Kuasa disimpan di dalam pek bateri twin ATL lithium 60 V 45 Ah.
Dalam penggunaan sebenar, MEV-1 Pro SX lebih stabil pada kelajuan sederhana dan lebih yakin apabila membawa beban atau melalui jalan berbukit. Kelajuan maksimum sekitar 90 km/j dan range sekitar 135 km menjadikannya lebih fleksibel untuk kegunaan harian yang lebih serius, termasuk delivery atau commuting jarak sederhana.
Modenas MEV-2
Untuk MEV-2 pula, ia mempunyai prestasi yang sedikit rendah berbanding abangnya. MEV-2 menggunakan motor elektrik dengan kuasa sekitar 5.4 hp, cukup untuk kegunaan bandar, tetapi tidak direka untuk beban berat atau kelajuan tinggi. Kuasa disimpan di dalam pek bateri twin ATL lithium 74 V 30 Ah.
MEV-2 lebih fokus kepada kecekapan dan penggunaan ringan. Kelajuan maksimum sekitar 80 km/j dan range sekitar 70 km menjadikannya lebih sesuai untuk perjalanan pendek seperti ke tempat kerja atau urusan harian dalam bandar.

Features & Teknologi
Modenas MEV-1 Pro SX
MEV-1 Pro SX hadir dengan pendekatan lebih “industrial” dan robust. Ia menggunakan sistem kawalan motor yang lebih advanced seperti vector controller yang membantu meningkatkan kecekapan tenaga serta kawalan kuasa ketika menunggang. Ini menjadikannya lebih stabil apabila digunakan secara intensif.
Modenas MEV-2
MEV-2 pula lebih ringkas dan mesra pengguna. Fokus utama model ini ialah kemudahan penggunaan harian, termasuk bateri yang boleh dicabut, proses pengecasan yang mudah, serta reka bentuk yang tidak terlalu rumit. Ia sesuai untuk rider yang mahukan EV tanpa perlu fikir banyak tentang setting atau prestasi kompleks.
Kedua-dua model dilengkapi dengan ciri asas EV moden seperti lampu LED penuh, paparan digital LCD, port USB, riding modes, dan sistem brek CBS. Ini menjadikan kedua-duanya cukup lengkap untuk kegunaan harian tanpa perlu kelihatan terlalu kompleks.

Ergonomik & Keselesaan Menunggang
Modenas MEV-1 Pro SX
Dari segi ergonomik, MEV-1 Pro SX mempunyai saiz yang lebih besar dan berat sekitar 145 kg. Ini memberikan rasa lebih “solid” ketika menunggang, terutama pada kelajuan sederhana dan ketika membawa beban. Riding position juga lebih tegak dan stabil, sesuai untuk rider yang kerap menggunakan motor untuk kerja atau jarak lebih jauh. Tambahan pula, MEV-1 Pro SX menawarkan konfigurasi dua tempat duduk, menjadikannya lebih praktikal jika perlu membawa penumpang. Suspensi dan binaan casisnya juga lebih fokus kepada ketahanan berbanding kelincahan.
Modenas MEV-2
MEV-2 pula jauh lebih ringan sekitar 110 kg, menjadikannya sangat mudah dikawal dalam trafik sesak. Ia hanya hadir sebagai single seater, tetapi itu sebenarnya membantu menjadikannya lebih kompak dan mudah untuk parking atau bergerak di kawasan bandar yang padat. Untuk rider baru atau pengguna harian, ini merupakan satu kelebihan besar.

Jadual Perbandingan Spesifikasi
| Spesifikasi | Modenas MEV-1 Pro SX | Modenas MEV-2 |
|---|---|---|
| Kuasa Motor | 6.6 hp | 5.4 hp |
| Kelajuan Maksimum | 92 km/j | 80 km/j |
| Range | 135 km | 70 km |
| Berat | 145 kg | 110 kg |
| Tempat Duduk | 2 orang | 1 orang |
| Sistem Brek | CBS | CBS |
| Bateri | Twin ATL lithium 60 V 45 Ah Battery Pack | Twin ATL lithium 74 V 30 Ah Battery Pack |

Sesuai Untuk Siapa?
Modenas MEV-1 Pro SX
MEV-1 Pro SX lebih sesuai untuk rider yang perlukan EV yang lebih berkuasa dan tahan lasak. Ini termasuk rider delivery, pengguna yang kerap ulang-alik jarak sederhana, atau mereka yang mahukan EV yang boleh handle beban dan penggunaan lebih agresif.
Modenas MEV-2
MEV-2 pula lebih sesuai untuk pengguna bandar yang hanya perlukan kenderaan ringan dan praktikal. Ia ideal untuk pelajar, pekerja pejabat, atau sesiapa yang hanya bergerak dalam radius dekat dan mahukan kos operasi yang rendah serta penggunaan yang mudah.

Kesimpulan
Walaupun kedua-duanya berada dalam kategori motosikal elektrik Modenas, MEV-1 Pro SX dan MEV-2 mempunyai fokus yang sangat berbeza. MEV-1 Pro SX lebih kepada “workhorse EV” yang kuat dan fleksibel, manakala MEV-2 lebih kepada “urban commuter EV” yang ringan dan mudah digunakan.
Pilihan terbaik bergantung kepada cara anda menggunakan motosikal setiap hari. Jika anda perlukan kuasa, jarak lebih jauh dan fleksibiliti, MEV-1 Pro SX lebih sesuai. Tetapi jika anda hanya mahukan EV simple untuk kegunaan bandar, MEV-2 sudah lebih daripada mencukupi.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS