• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
Amzar Hazeeq
June 9, 2026

Daripada naked bike berprestasi tinggi hingga skuter touring yang selesa, ini antara motosikal Jepun terbaik yang boleh anda dapatkan di iMotorbike.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Apabila bercakap tentang motosikal Jepun, tiga perkara yang sering menjadi sebab utama ramai rider memilihnya ialah ketahanan, prestasi, dan kos maintenance yang berpatutan. Tak kira sama ada anda seorang rider baharu, rider harian, atau kaki touring hujung minggu, jenama Jepun sentiasa mempunyai model yang sesuai untuk pelbagai keperluan.

Di iMotorbike, terdapat pelbagai motosikal Jepun terpakai yang masih berada dalam keadaan baik dan menawarkan nilai yang sangat berbaloi untuk wang anda. Jika anda sedang mencari motosikal Jepun yang menarik untuk dimiliki, berikut merupakan lima pilihan yang patut diberikan perhatian.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Suzuki SV650

Suzuki SV650 merupakan antara motosikal middleweight paling ikonik yang pernah dihasilkan oleh Suzuki. Walaupun model ini sudah berada di pasaran sejak sekian lama, ia masih menjadi pilihan ramai rider kerana keseimbangan yang ditawarkan dari segi prestasi, keselesaan dan kemudahan tunggangan.

Dikuasakan oleh enjin 645cc V-Twin yang menghasilkan sekitar 75 hp dan 64 Nm tork, SV650 mempunyai karakter kuasa yang sangat linear dan mudah dikawal. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk rider yang ingin beralih daripada motosikal kecil kepada motosikal berkapasiti lebih besar.

Apa yang membuatkan motosikal ini berbaloi dibeli ialah enjin V-Twin yang terkenal dengan bunyi dan karakter tersendiri. Selain itu, riding position yang santai dan seat height sekitar 785 mm menjadikan motosikal ini lebih mesra untuk pelbagai jenis rider.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Kawasaki Z250 ABS

Bagi rider yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia motosikal berkuasa sederhana, Kawasaki Z250 ABS merupakan pilihan yang sangat menarik. Motosikal ini menawarkan gaya naked bike yang agresif tanpa terasa terlalu menakutkan untuk ditunggang.

Ia menggunakan enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 31 hp dan 21 Nm tork. Prestasi tersebut cukup untuk kegunaan harian, perjalanan ke tempat kerja, dan juga ride hujung minggu.

Dengan berat sekitar 165 kg dan sistem ABS sebagai ciri standard, motosikal ini mudah dikendalikan serta memberikan keyakinan tambahan ketika membrek. Kos maintenance yang rendah dan penggunaan minyak yang menjimatkan juga menjadikan Z250 ABS sangat berbaloi untuk rider baharu.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Yamaha MT-07

Jika ada satu motosikal yang sering disyorkan kepada rider yang mahukan keseronokan ketika menunggang, Yamaha MT-07 pasti berada dalam senarai tersebut.

MT-07 menggunakan enjin 689cc parallel-twin CP2 yang menghasilkan sekitar 74 hp dan 68 Nm tork. Apa yang membuatkan motosikal ini begitu popular ialah penghantaran kuasanya yang sangat responsif dan penuh dengan tork pada RPM rendah dan pertengahan.

Walaupun mempunyai prestasi yang cukup mengujakan, motosikal ini masih selesa digunakan setiap hari. Riding position yang menegak dan berat sekitar 179 kg membantu menjadikannya mudah dikendalikan dalam pelbagai situasi.

Untuk rider yang mencari motosikal yang menyeronokkan tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian, MT-07 sememangnya antara pilihan terbaik yang ada.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Honda CBR250RR

Honda CBR250RR sering dianggap sebagai salah satu motosikal 250cc paling canggih dalam kategorinya. Dengan reka bentuk agresif dan teknologi moden, motosikal ini berjaya menarik perhatian ramai peminat sportbike.

Motosikal ini menggunakan enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 41 hp dan 25 Nm tork, menjadikannya antara sportbike 250cc paling berkuasa di pasaran.

Selain prestasi enjin yang mengagumkan, CBR250RR turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti riding modes, throttle-by-wire dan suspension yang lebih sporty. Semua ini membantu memberikan pengalaman ride yang lebih menyeronokkan dan premium.

Jika anda mahukan sebuah motosikal yang nampak seperti supersport tetapi masih sesuai digunakan setiap hari, CBR250RR merupakan pilihan yang sangat berbaloi.

Top 5 motor Jepun di iMotorbike

Yamaha XMAX

Yamaha XMAX merupakan salah satu skuter premium yang paling popular dalam kalangan rider Malaysia. Ia sering menjadi pilihan mereka yang mahukan keselesaan maksimum ketika ride tanpa perlu mengorbankan prestasi.

Dikuasakan oleh enjin 250cc single-cylinder yang menghasilkan sekitar 22.5 hp dan 24.3 Nm tork, XMAX mempunyai kuasa yang cukup untuk kegunaan bandar dan juga perjalanan lebuh raya.

Apa yang membuatkan XMAX begitu menarik ialah tahap keselesaan yang ditawarkan. Riding position yang santai, windshield yang besar, serta ruang simpanan bawah seat yang luas menjadikannya motosikal yang sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Tambahan pula, motosikal ini turut dilengkapi dengan ABS dan traction control yang membantu meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang.

Kesimpulan

Motosikal Jepun terus menjadi pilihan ramai rider kerana reputasinya yang terkenal dengan ketahanan, prestasi dan nilai jangka panjang yang baik.

Sama ada anda mencari naked bike seperti Suzuki SV650, Kawasaki Z250 dan Yamaha MT-07, sportbike seperti Honda CBR250RR, atau skuter premium seperti Yamaha XMAX, setiap motosikal dalam senarai ini menawarkan kelebihan yang tersendiri.

Jika anda sedang mencari motosikal Jepun terpakai yang berkualiti, model-model ini merupakan antara pilihan yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan di iMotorbike. Jika anda berminat, boleh layari website iMotorbike atau kunjungi showrrom Kuala Lumpur kami pada hari ini.

@imotorbike.my

Last call untuk Japanese Bike Sales📢📢📢 imotorbike jomnaikmotor biketorque biketransition #fyp

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 9, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha

More in Berita

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu

Hazique ZairillJune 29, 2026
Read More

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech
    BeritaJune 22, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat