Skuter adventure-style tiba bersama traction control, dual-channel ABS, paparan TFT dan enjin 175cc penyejukan cecair baharu.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
SYM Malaysia telah mengembangkan barisan skuter Husky dengan pelancaran Husky 200 serba baharu di Malaysia Bike Show 2026, menawarkan penunggang alternatif berkapasiti lebih besar berbanding model Husky 150 dan Husky 300 yang sedia ada.
Diedarkan oleh MForce Bike Holdings, Husky 200 terbaharu ini berharga RM10,998 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Skuter adventure-inspired ini tersedia dalam tiga pilihan warna: Glossy Green, Pearl White and Silk Purple.
Skuter ini dikuasakan oleh enjin 175cc OHC satu silinder yang dilengkapi dengan fuel injection dan penyejukan cecair. Enjin ini menghasilkan 16 hp pada 8,000 rpm dan 15.6 Nm tork pada 7,000 rpm, dan kuasa disalurkan pada roda belakang melalui transmisi automatic CVT.

Husky 200 menggunakan roda bersaiz 13-inci di hadapan dan belakang, dilengkapi dengan tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang. Suspensi yang digunakan ialah fork hadapan teleskopik dan setup monoshock belakang yang direka untuk memberikan keselesaan di atas pelbagai keadaan jalan.
Prestasi brek datang daripada brek disc pada kedua-dua bahagian, disokong dengan sistem dual-channel ABS untuk memebrikan keyakinan dan keselamatan yang lebih kepada penunggang. Pakej keselamatannya ditambahkan lagi dengan sistem traction control, sebuah ciri yang tidak selalu ada pada skuter yang berada di julat harga ini.
Gaya skuter adventure diteruskan lagi dengan rupa hadapan yang tinggi, badan yang kelihatan lasak dan cermin hadapan tetap yang menambahkan lagi penampilan berinspirasikan touring. Ciri kemudahan moden termasuk sistem smart key, soket pengecas USB, ruang simpanan di bawah tempat duduk dan ruang penyimpanan tambahan yang berada di bawah handlebar.

Husky 200 juga menggunakan paparan TFT berwarna penuh, sementara lampu LED penuh dipasang di keseluruhan skuter untuk penglihatan yang lebih baik dan penampilan yang lebih premium. Kapasiti tangki minyak berada pada sekitar 15 liter, memberikan potensi untuk menambahkan lagi jarak perjalanan di antara pengisian.
Dengan gabungan rekaan adventure-inspired, elektronik moden dan ciri praktikal, SYM Husky 200 memasuki pasaran Malaysia sebagai pilihan menarik bagi penunggang yang mencari skuter yang bergaya dan mampu milik dan mampu untuk mengharungi perjalanan di dalam bandar dan perjalanan hujung minggu.



Pelancaran ini mengukuhkan lagi portfolio skuter SYM di Malaysia sementara memberikan pembeli pilihan yang penuh dengan ciri-ciri menarik di dalam segmen skuter adventure berkapasiti kecil yang semakin berdaya saing.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS