Skuter gaya Itali retro terbaru ini didatangkan dengan pelbagai teknologi canggih pada harga yang sangat mampu milik.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Brixton secara rasmi memperkenalkan Brixton Moucca 250 serba baharu di Malaysia Bike show 2026, menambahkan sebuah motosikal yang mempunyai gaya yang sedikit lain ke dalam barisan model motosikal mereka yang sudah pun menarik.
Diedarkan secara rasmi oleh MForce Bike Holdings, Moucca 250 berharga RM12,8888 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Skuter gaya Itali retro ini didatangkan dalam empat pilihan warna menarik: Mint Green, Clockwork Orange, Enduro White, dan Backstage Black.
Dipasarkan sebagai skuter gaya Itali retro, Moucca 250 direka untuk memberikan pengangkutan yang nampak bergaya dan penuh dengan teknologi canggih pada harga yang sangat berpatutan.

Skuter ini menggunakan enjin 244cc satu silinder yang didatangkan dengan penyejukan cecair. Enjin ini menghasilkan 24.5 hp pada 8,250 rpm dan 24 Nm tork pada 6,500 rpm, dan kuasanya disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik CVT berserta belt drive.
Moucca 250 menggunakan roda 13-inci di bahagian hadapan dan belakang, dan dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70. Suspensi yang digunakan ialah fork hadapan teleskopik dan setup penyerap hentakan belakang berkembar yang didatangkan dengan adjustable-preload.
Prestasi brek datang daripada brek disc pada bahagian hadapan dan juga belakang, dan disokong dengan sistem two-channel ABS untuk tunggangan yang lebih meyakinkan dan selamat. Apa yang membantu menambahkan nilai keselamatan pada skuter ini adalah sistem traction control, sebuah ciri yang agak jarang untuk dipasang pada skuter yang berada pada julat harga ini.

Nilai praktikal skuter ini dilengkapkan dengan ruang simpanan yang besar di bawah seat dan juga ruang simpanan kecil di bawah bahagian hadapan.Ciri moden termasuk sistem smart key dan soket pengecasan USB.
Moucca 250 juga didatangkan dengan skrin TFT-LCD, sementara lampu LED penuh dipasangkan pada keseluruhan skuter untuk keterlihatan yang lebih baik dan rupa yang lebih moden. Kapasiti tangki minyak dikatakan sekitar 11.5-liter.
Dengan gabungan gaya retro Itali, elektronik moden dan ciri praktikal harian, Brixton Moucca 250 mampu untuk menjadi pilihan yang menarik bagi penunggang yang ingin mencari skuter gaya retro yang penuh dengan teknologi dan pada harga yang sangat mampu milik.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS