• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
Amzar Hazeeq
Jun 4, 2026

Supersport empat silinder baharu 750SR-S menyertai barisan motosikal SR CFMOTO dengan 110 hp, brek Brembo dan elektronik canggih.

CFMOTO 750SR-S

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

CFMOTO Malaysia telah mengembangkan barisan sportbikenya dengan pelancaran 750SR-S yang dinanti-nantikan di Malaysia Bike Show 2026 yang diadakan di MAEPS, Serdang.

Diedarkan oleh MForce Bike Holdings, supersport kelas pertengahan ini berharga RM41,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Pembeli di Malaysia boleh memilih diantara dua pilihan warna, Nebula Black dan Nebula White.

Ditunjukkan buat pertama kali secara global pada pertengahan tahun 2025, 750SR-S kini memasuki pasaran antarabangsa dan menyertai barisan model CFMOTO SR yang semakin berkembang di samping 250SR, 450SR dan 675SR.

CFMOTO 750SR-S

750SR-S merupakan sebuah langkah yang besar bagi pengeluar China, dengan memperkenalkan motosikal supersport empat silinder yang direka untuk bersaing di dalam segmen kelas pertengahan yang sangat berdaya saing.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 749cc penyejukan cecair DOHC empat silinder yang menghasilkan 110 hp pada 10,250 rpm dan 80 Nm pada harga 9,000 rpm.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan yang menampilkan quick shifter untuk upshift tanpa penggunaan clutch. Menurut CFMOTO, 750SR-S mampu untuk memecut dari 0 ke 100 km/h dalam masa bawah 3.5 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum melebihi 230 km/h.

CFMOTO 750SR-S

Gaya supersport agresifnya dilengkapkan dengan sistem quad-exhaust yang tersendiri, swingarm satu sisi yang menarik dan winglet aerodinamik yang memberikan motosikal penampilan dan bunyi yang sangat berlainan dari pesaing-pesaingnya.

Suspensi yang digunakan adalah komponen KYB premium, yang terdiri daripada fork hadapan 43mm fully adjustable dan monoshock belakang yang mempunyai adjustable preload and rebound.

Untuk prestasi braking, 750SR-S didatangkan dengan brek disk hadapan berkembar dan dipadankan dengan caliper Brembo empat piston, sementara roda belakang menggunakan setup single disc dengan caliper dua piston.

CFMOTO 750SR-S

Teknologi merupakan salah satu ciri menarik yang terdapat pada sportbike baharu ini. Penunggang disajikan dengan paparan TFT 6.2-inci besar yang menyokong penyambungan dengan action camera, membenarkan pengguna untuk menyambungkan peranti rakaman secara terus dengan bantuan sistem elektronik motosikal ini.

Pakej elektronik yang diperolehi termasuk dengan six-axis Inertial Measurement Unit (IMU), yang memberikan ciri bantuan rider yang canggih seperti Cornering ABS dan Cornering Traction Control System (TCS).

Alat keselamatan tambahan termasuk dual-channel ABS, tyre pressure monitoring system (TPMS) dan steering damper boleh laras untuk meningkatkan lagi keseimbangan ketika menunggang pada kelajuan tinggi.

CFMOTO 750SR-S
CFMOTO 750SR-S

Motosikal ini juga mempunyai tangki minyak sebesar 17-liter dan ketinggian seat sekitar 805mm, membuatkan ia sangat sesuai untuk ride bersemangat pada hujung minggu atau untuk kegunaan harian. Di samping prestasinya yang tinggi, 750SR-S mengekalkan berat yang boleh dikendalikan iaitu sekitar 213 kg.

Dengan gabungan prestasi empat silinder, komponen premium dan alat bantuan penunggang yang canggih, CFMOTO 750SR-S terus mengukuhkan cita-cita jenama ini dalam kategori supersport dan menawarkan sebuah lagi pilihan menarik buat penunggang Malaysia di dalam segmen sportbike kelas pertengahan.

Pelancaran ini menunjukkan komitmen berterusan CFMOTO untuk mengembangkan kehadiran globalnya dengan motosikal canggih yang mampu untuk bersaing dengan pesaing-pesaing dari jenama-jenama terkenal Jepun dan Eropah.

Related Items2026baruberitacfmotoIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Jun 4, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitacfmotoIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama

More in Berita

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJun 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJun 4, 2026
Read More

Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900

Amzar HazeeqJun 4, 2026
Read More

MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026

Amzar HazeeqJun 4, 2026
Read More

MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary

Amzar HazeeqJun 3, 2026
Read More

Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello

Hazique ZairillJun 3, 2026
Read More

Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia

Amzar HazeeqMei 28, 2026
Read More

Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More

Cara Elak Kena Scam Bila Jual Motor Online

Amzar HazeeqMei 26, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJun 3, 2026
  • Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • Top 5 Motosikal Honda Terbaik Untuk Dibeli Pada Tahun 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • 7 Kali Beli Motor di iMotorbike: Kisah Abang Razlan dan Dunia Motorsikalnya
    BeritaMei 8, 2026
  • Peugeot Motocycles Secara Rasmi Memasuki Malaysia Dengan Barisan XP400, Django dan Speedfight
    BeritaMei 7, 2026
  • Ketinggian Bukan Halangan: 5 Motor Terbaik Untuk Rider Rendah
    BeritaMei 8, 2026
  • Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
    BeritaMei 26, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJun 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJun 4, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJun 4, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJun 4, 2026
  • MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 3, 2026
  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJun 3, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat