• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
Amzar Hazeeq
June 9, 2026

Pelumba SIC-GRYD Racing tekad manfaatkan pengalaman di Barcelona untuk memburu keputusan lebih baik pada Pusingan 2 di Portugal.

Qabil Irfan Moto4

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Selepas mencipta impak positif pada penampilan sulungnya dalam Moto4 European Cup 2026, pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, kini mengalihkan fokus sepenuhnya ke Pusingan 2 di Litar Estoril, Portugal hujung minggu ini dengan sasaran memburu podium pertamanya musim ini.

Qabil tiba di Estoril dengan keyakinan tinggi selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada pusingan pembukaan di Barcelona, Catalunya. Bagaimanapun, cabaran kali ini dijangka lebih sukar apabila pasukan SIC-GRYD Racing tidak menjalani sebarang sesi ujian persendirian di litar tersebut, berbeza dengan beberapa pasukan lain yang telah mengumpul data penting menerusi ujian awal.

Keadaan itu menjadikan setiap sesi rasmi yang bermula pada hari Jumaat amat penting bagi pasukan untuk mendapatkan tetapan jentera terbaik bagi menghadapi perlumbaan. Tambahan pula, tiada sesi latihan tidak rasmi pada hari Khamis seperti yang kebiasaannya diadakan sebelum sesuatu perlumbaan berlangsung.

Dua Perlumbaan, Dua Peluang Penting

Pusingan di Estoril kali ini turut menawarkan cabaran tambahan apabila dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad, iaitu Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2, dengan setiap perlumbaan melibatkan 15 pusingan.

Format tersebut menjadikan setiap mata kejuaraan yang ditawarkan cukup berharga dalam usaha pelumba mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan musim.

Qabil Irfan Moto4

Prestasi Cemerlang di Barcelona Tingkatkan Keyakinan

Pada perlumbaan pembukaan di Barcelona, Qabil membuktikan kemampuannya bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat walaupun memulakan saingan dari petak kelapan.

Pelumba berusia 14 tahun itu mempamerkan aksi matang apabila berjaya berada dalam kelompok hadapan sejak awal perlumbaan dan beberapa kali bertukar posisi dengan pencabar utama kejuaraan. Qabil juga sempat berada dalam perebutan podium sebelum menamatkan perlumbaan hanya sedikit di belakang kelompok tiga terbaik.

Keputusan tersebut membolehkannya mengumpul 13 mata kejuaraan dan berada di kedudukan keempat keseluruhan selepas pusingan pertama.

Prestasi memberangsangkan itu bukan sahaja meningkatkan keyakinannya, malah membuktikan kemampuannya menyesuaikan diri dengan cepat dalam kejuaraan yang lebih kompetitif berbanding saingan yang pernah disertainya sebelum ini.

Estoril Hadirkan Ujian Baharu

Litar Estoril terkenal dengan gabungan selekoh teknikal dan laluan lurus yang panjang, sekali gus menuntut keseimbangan antara kelajuan dan ketepatan tunggangan.

Qabil bagaimanapun mempunyai kenangan manis di litar tersebut selepas pernah mencatat kemenangan pada Pusingan Keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) tahun lalu.

Namun, cabaran dalam Moto4 European Cup jauh berbeza kerana kejuaraan itu menghimpunkan lebih 50 pelumba tetap dari lebih 20 negara, selain turut disertai pelumba wildcard yang menambah sengit persaingan.

Qabil Irfan Moto4

Qabil Mahu Lebih Agresif di Portugal

Menurut Qabil, pengalaman yang diperoleh di Barcelona memberikan banyak pengajaran berharga yang boleh digunakan untuk menghadapi saingan di Estoril.

“Pusingan pertama di Barcelona memberi banyak pengalaman baharu kepada saya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pelumba-pelumba Eropah berlumba dan bagaimana mereka menguruskan perlumbaan dalam kelompok yang sangat rapat.

“Saya belajar banyak perkara sepanjang hujung minggu tersebut. Setiap sesi memberikan pengajaran yang berbeza dan saya rasa pengalaman itu akan membantu saya untuk tampil lebih baik di Portugal nanti.

“Bagi saya, salah satu perbezaan terbesar ialah pelumba-pelumba di sini sangat laju dan agresif. Mereka sentiasa memberikan tekanan dan tidak mudah melakukan kesilapan.

“Untuk pusingan di Portugal nanti, saya mahu menjadi lebih agresif berbanding sebelum ini. Sasaran saya adalah untuk berada dalam kelompok hadapan dan cuba memburu kedudukan podium. Saya akan cuba memanfaatkan segala pengalaman yang diperoleh di Barcelona dan memberikan yang terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan nanti,” kata Qabil.

Zulfahmi Puas Hati Dengan Perkembangan Qabil

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan perkembangan yang ditunjukkan Qabil setakat ini sebagai sesuatu yang sangat positif.

“Qabil menunjukkan kematangan yang cukup baik untuk seorang pelumba berusia 14 tahun. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan jentera, pasukan dan juga tahap persaingan di Moto4 European Cup.

“Apa yang paling menggembirakan ialah Qabil bukan sekadar memberi saingan sengit dalam kelompok hadapan, tetapi benar-benar bersaing untuk merebut kedudukan podium sehingga ke penghujung perlumbaan.

“Itu adalah petanda yang sangat positif kerana ia menunjukkan Qabil mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih jauh.

“Sudah tentu masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki, namun kami gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan setakat ini. Harapan saya, saya mahu Qabil memberi persembahan terbaik bermula sesi latihan dan merebut petak terbaik pada sesi kelayakan,” katanya.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat dan pengalaman berharga daripada pusingan pembukaan, Qabil kini bersedia untuk mengharungi satu lagi hujung minggu penting di Estoril dalam usaha memburu podium pertama kariernya di Moto4 European Cup.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto4sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 9, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto4sukan motorUtama

More in Berita

Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJune 29, 2026
Read More

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu

Hazique ZairillJune 29, 2026
Read More

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

MyLesen B2 2026: Kerajaan Tawar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia dan Pelajar

Hazique ZairillJune 19, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech
    BeritaJune 22, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat