• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026

Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
Amzar Hazeeq
June 29, 2026

Sedang mencari motosikal pertama? Ketahui 5 motor terbaik untuk student pada tahun 2026 yang menawarkan penjimatan minyak, kos penyelenggaraan rendah, dan sesuai untuk kegunaan harian.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kehidupan sebagai seorang student bukan sahaja sekadar duduk di dalam kelas dan belajar, ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti di luar kelas juga. Selain datang dan balik dari sekolah, terdapat sesetengah student yang melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti selepas sekolah seperti latihan sukan, kelas tambahan pada sebelah malam, dan juga kerja part-time bagi sesetengah student yang ingin mencari duit tambahan.

Jadi bergantung kepada ibu bapa untuk menghantar ke sana ke sini mungkin akan menjadi sedikit masalah. Walaupun tidak membebankan mereka, namun lebih baik jika student mempunyai kenderaan sendiri untuk mereka gunakan untuk bergerak menjalani rutin harian mereka. Jadi jika anda student dan bercadang untuk beli motor, ini antara pilihan motor yang sangat “student-friendly” pada tahun 2026.

1. Yamaha Y15ZR

Motosikal ini sememangnya tak perlukan pengenalan yang panjang lebar. Yamaha Y15ZR memang sebuah motosikal yang telah mendominasi jalan raya Malaysia. Dikuasakan oleh enjin 150cc penyejukan cecair yang menghasilkan 15.1 hp dan 13.8 Nm tork, motor ini telah menjadi pilihan rakyat utama bagi ramai rakyat Malaysia untuk 11 tahun dan sememangnya sesuai bagi kegunaan harian para student.

Kenapa motosikal ini sangat sesuai untuk student? Kerana motosikal ini sangat practical untuk daily ride. Power motosikal ini memang mencukupi untuk sebuah kapcai yang dipakai harian. Motosikal ini senang untuk dikawal terutamanya ketika meredah trafik dengan bantuan handlenya yang tidak terlalu lebar. Paling penting, motosikal ini mempunyai nilai “aesthetic” yang tersendiri. Jika student nak ride pergi kelas pun boleh nampak bergaya dan confident. 

2. Honda Vario 

Kalau tak minat kapcai sebab perlu tukar-tukar gear, maka skuter merupakan pilihan yang lebih tepat. Jika ingin sebuah skuter yang sangat dan ride tanpa perlu menggunakan banyak effort, Honda Vario adalah jawapannya. Dikuasakan oleh enjin eSp yang digandingkan berama transmisi automatik CVT, motor ini sangat sesuai bagi student yang inginkan motor yang hanya perlu pulas throttle dan terus jalan.

Skuter ini memang sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana skuter ini sangat mudah untuk dikawal. Bertanya yang agak ringan membuatkan ride melalui trafik sesak dan mencari parking lebih mudah. Skuter ini sangat user-friendly dan sangat sesuai bagi rider baru kerana kuasa dan kawalannya yang senang diuruskan, menjadikan skuter ini pilihan bagi ramai student perempuan.

3. Yamaha Lagenda 115Z

Jika inginkan motosikal yang mampu memberikan rasa ride yang lebih “smooth” dan steady, Yamaha Lagenda semangnya merupakan pilihan yang sangat underrated, tetapi cukup terbukti powernya. Dikuasakan oleh enjin 113.7cc satu silinder, motosikal ini sememangnya terkenal bagi mereka yang mencari motosikal yang smooth dan kebolehpercayaan yang terbukti.

Motosikal ini terkenal dengan karakternya yang sangat mesra pengguna. Motosikal ini sangat jimat minyak, sangat tahan lasak, dan sangat sesuai untuk kegunaan harian tanpa munculnya drama. Simple, tapi reliable, sangat sesuai bagi kegunaan harina student.

4. Honda Wave Alpha

Kalau sebut motosikal yang memang terkenal dengan ketahanan, Honda Wave Alpha semestinya berada dalam senarai teratas. Walaupun nampak simple, motosikal ini telah membuktikan kebolehpercayaannya selama bertahun-tahun. Dikuasakan oleh enjin 109.2cc satu silinder, kuasa yang ditawarkan memang lebih daripada mencukupi untuk kegunaan harian 

Apa yang membuatkan Wave Alpha begitu sesuai untuk student ialah kos pemilikannya yang rendah. Motosikal ini terkenal sebagai motor yang tahan lasak, mudah diselenggara dan alat gantinya juga sangat mudah didapati di seluruh Malaysia. Jika anda mahukan sebuah motosikal yang tak banyak ragam, dan tak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, Honda Wave Alpha merupakan antara pilihan paling selamat untuk dimiliki.

5. Modenas Kriss 110

Kalau bajet menjadi keutamaan, Modenas Kriss 110 memang patut dipertimbangkan. Motosikal ini sering menjadi pilihan mereka yang mahukan sebuah kapcai yang mampu milik tanpa mengorbankan fungsi dan kebolehpercayaan. Dikuasakan oleh enjin 110cc yang menjimatkan penggunaan bahan api, Kriss 110 sangat sesuai digunakan untuk perjalanan harian seorang student.

Walaupun reka bentuknya tidak terlalu sporty atau moden, apa yang ditawarkan oleh motosikal ini memang sangat praktikal. Kos maintenance rendah, penggunaan minyak sangat menjimatkan dan alat gantinya juga mudah diperoleh. Untuk student yang hanya mahukan sebuah motosikal yang boleh dihidupkan setiap pagi tanpa banyak kerenah, Modenas Kriss 110 merupakan antara pilihan terbaik dalam kategori bajet.

Kesimpulan

Setiap student mempunyai keperluan dan bajet yang berbeza. Ada yang mahukan motosikal dengan gaya yang lebih sporty, ada yang mengutamakan keselesaan, dan ada juga yang hanya inginkan motosikal yang jimat minyak serta mudah dijaga. Apa pun pilihan anda, pastikan motosikal tersebut sesuai dengan kegunaan harian dan tak membebankan dari segi kos maintenance.

Kalau anda sedang mencari motor yang sesuai untuk gaya hidup seorang student, iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan motosikal terpakai yang telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website iMotorbike atau datang ke cawangan berdekatan anda.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduanpembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 29, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduanpembeliUtamayamaha

More in Berita

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu

Hazique ZairillJune 29, 2026
Read More

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

MyLesen B2 2026: Kerajaan Tawar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia dan Pelajar

Hazique ZairillJune 19, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech
    BeritaJune 22, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat