Nak rasa pengalaman ride motosikal premium tanpa perlu berbelanja ratusan ribu ringgit? Ini antara pilihan motor high-end terpakai yang boleh anda temui di iMotorbike KL.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Memiliki motosikal high-end memang menjadi impian ramai rider. Bunyi enjin yang mengujakan, prestasi yang mengagumkan, dan imej premium membuatkan motosikal kategori ini sentiasa menjadi idaman ramai.
Namun, harga motosikal high-end yang baharu bukanlah murah. Ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, malah sesetengah model boleh mencecah ratusan ribu ringgit bergantung kepada spesifikasi dan jenama.
Tapi anda tak semestinya membeli unit baharu untuk menikmati pengalaman ride motosikal premium. Pasaran motosikal terpakai menawarkan pelbagai pilihan menarik dengan harga yang jauh lebih berpatutan. Jika anda sedang mencari motosikal premium terpakai, berikut merupakan lima motor high-end yang boleh didapati di iMotorbike KL.

1. Honda CB650F 2017
Honda CB650F merupakan salah satu motosikal naked yang cukup popular dalam kalangan rider yang inginkan gabungan prestasi, keselesaan dan bunyi enjin empat silinder yang memukau. Walaupun usianya sudah beberapa tahun, model ini masih mempunyai peminat yang ramai kerana riding character yang mesra dan mudah dikendalikan.
Dikuasakan oleh enjin 649cc inline-four, motosikal ini menghasilkan sekitar 90 hp dan 64 Nm tork. Kuasa yang dihasilkan cukup untuk memberikan pengalaman riding yang menyeronokkan. Lebih menarik, bunyi enjin empat silinder yang semakin garang apabila RPM meningkat sememangnya menjadi salah satu tarikan utama CB650F.
Dari segi keselesaan, CB650F dilengkapi dengan fork teleskopik Showa dan monoshock belakang yang mempunyai adjustable preload. Digabungkan dengan riding postion naked bike yang menegak dan santai, motosikal ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal berprestasi tinggi tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian.

2. BMW F800GS 2012
Bagi rider yang gemar ride jauh atau meneroka jalan-jalan offroad, BMW F800GS merupakan pilihan yang sangat menarik. Model ini terkenal sebagai salah satu motosikal adventure yang berjaya menggabungkan keselesaan touring dengan kemampuan meredah pelbagai jenis permukaan jalan.
Jentera ini menggunakan enjin 798cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 85 hp dan 83 Nm tork. Kuasa tersebut memberikan prestasi yang mencukupi untuk perjalanan jarak jauh sambil membawa penumpang atau muatan tambahan.
Selain itu, riding position yang tinggi dan menegak memberikan penglihatan yang lebih baik ketika ride. Digabungkan dengan suspensi yang panjang, F800GS mampu memberikan keselesaan walaupun ketika melalui jalan yang tak rata. Jika anda bercita-cita untuk ride ke Thailand atau menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia, motosikal ini memang patut anda pertimbangkan.

3. Triumph Trident 660 2023
Triumph Trident 660 merupakan antara motosikal yang berjaya menarik perhatian ramai sejak diperkenalkan. Dengan reka bentuk moden, teknologi terkini dan enjin tiga silinder yang terkenal dengan karakter tersendiri, motosikal ini menjadi pilihan ramai rider yang mahu naik taraf ke kategori middleweight.
Jantung kepada Trident 660 ialah enjin 660cc inline-three yang menghasilkan sekitar 80 hp dan 64 Nm tork. Apa yang menarik tentang enjin tiga silinder ialah keseimbangan yang ditawarkan antara tork pada RPM rendah dan kuasa pada RPM tinggi. Tak lupa juga bunyi enjin inline-three yang memang tidak dinafikan kemerduannya.
Selain prestasi, Trident 660 turut dilengkapi pelbagai teknologi moden seperti riding modes, traction control dan sistem ABS yang membantu meningkatkan keyakinan ketika menunggang. Dengan ergonomik yang santai dan mesra pengguna, motosikal ini sesuai untuk rider baharu yang ingin beralih ke motosikal berkapasiti sederhana tanpa rasa terlalu takut dengan kuasanya.

4. Yamaha YZF-R6 2013
Apabila bercakap tentang motosikal supersport, Yamaha YZF-R6 merupakan antara nama yang paling dihormati dalam dunia motosikal. Walaupun pengeluaran model ini sudah dihentikan untuk kegunaan jalan raya di beberapa pasaran, ia masih menjadi motosikal idaman ramai peminat sportbike.
R6 menggunakan enjin 599cc inline-four yang menghasilkan sekitar 123 hp dan terkenal dengan karakter kuasanya yang sangat agresif pada RPM tinggi. Motosikal ini benar-benar hidup apabila jarum RPM mula menghampiri redline, menjadikannya sebuah jentera yang sangat menyeronokkan untuk ditunggang secara agresif.
Reka bentuk aerodinamik, riding position sporty dan handling yang tajam menjadikan R6 sebuah motosikal yang sangat dekat dengan dunia perlumbaan. Jika anda mahukan pengalaman supersport sebenar dan tak kisah dengan riding position yang lebih agresif, R6 sememangnya antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan.

5. Kawasaki ZX-14R 2012
Jika ada motosikal dalam senarai ini yang benar-benar boleh membuatkan jantung berdegup laju hanya dengan memulas throttle, Kawasaki ZX-14R adalah jawapannya. Motosikal ini merupakan salah satu hyperbike paling terkenal yang pernah dihasilkan oleh Kawasaki.
Dikuasakan oleh enjin 1,441cc inline-four yang menghasilkan sekitar 200 hp dan lebih 154 Nm tork, prestasi yang ditawarkan sememangnya berada dalam kelas tersendiri. Pecutan yang diberikan sangat mengagumkan dan mampu membuatkan kebanyakan motosikal lain kelihatan perlahan.
Walaupun terkenal dengan kuasanya, ZX-14R sebenarnya menawarkan tahap keselesaan yang baik untuk perjalanan jauh. Saiznya yang besar membantu memberikan kestabilan ketika menunggang pada kelajuan tinggi, manakala riding position yang tak terlalu ekstrem menjadikannya lebih selesa berbanding kebanyakan motosikal supersport. Bagi mereka yang mengimpikan motosikal berprestasi tinggi dengan kehadiran yang cukup menggerunkan, ZX-14R sememangnya sukar untuk ditandingi.
Kesimpulan
Memiliki motosikal high-end tak semestinya memerlukan bajet yang terlalu besar. Dengan memilih motosikal terpakai yang berkualiti, anda masih boleh menikmati pengalaman menunggang motosikal premium pada harga yang jauh lebih berpatutan.
Sama ada anda mahukan naked bike seperti Honda CB650F dan Triumph Trident 660, adventure bike seperti BMW F800GS, supersport seperti Yamaha YZF-R6, atau hyperbike berkuasa tinggi seperti Kawasaki ZX-14R, semuanya menawarkan pengalaman riding yang unik dan mengujakan.
Jika anda sedang mencari motosikal premium terpakai, datanglah ke iMotorbike KL dan lihat sendiri pilihan motosikal high-end yang tersedia. Mana tahu, motosikal impian anda mungkin sedang menunggu di showroom.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS