Daripada ekzos dan rim hingga side box dan pemegang telefon, pelbagai aksesori motosikal ditawarkan pada harga promosi dengan barangan terpilih di iMotorbike Glenmarie.

Subscribe to our Instagram channel for the latest info and news!
Peminat motosikal yang sedang mencari aksesori pada harga berpatutan kini berpeluang menikmati tawaran menarik menerusi iMotorbike Garage Sale, yang berlangsung dari 5 hingga 12 Jun 2026 di iMotorbike Glenmarie Showroom.
Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai aksesori dan barangan motosikal pada harga istimewa. Antara yang ditawarkan termasuk ekzos, rim, pemegang telefon, windshield, box, disc lock, coverset dan side box.
Tarikan utama Garage Sale ini sudah tentunya harga yang sangat berpatutan, dengan beberapa barangan terpilih ditawarkan pada harga serendah RM3 sahaja. Ini menjadikannya peluang terbaik untuk pemilik motosikal menaik taraf jentera mereka tanpa perlu berbelanja besar.
Sama ada anda ingin menggantikan aksesori lama, menambah aksesori baharu atau sekadar mencari tawaran terbaik, Garage Sale ini menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelbagai jenis motosikal.

Acara ini berlangsung setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam, memberi peluang kepada pelanggan untuk datang dan melihat sendiri pelbagai barangan yang ditawarkan.
Orang ramai digalakkan untuk hadir lebih awal kerana stok adalah terhad dan tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.
Ingat motor, ingat iMotorbike.
Terma dan syarat tertakluk.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS