• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik

Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
Amzar Hazeeq
May 26, 2026

Sebuah motosikal naked middleweight premium yang menggabungkan handling yang tajam, prestasi three-inline yang mengujakan dan kebolehgunaan harian dalam satu pakej yang lengkap.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Jenama Triumph bukanlah jenama yang asing bagi rider-rider Malaysia. Sejak jenama ini memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada tahun 2010, ia telah mengumpulkan peminat yang mahukan motosikal premium daripada pengeluar British ini. 

Jenama ini bersaing rapat dengan jenama kontinental lain seperti BMW. Model-model yang dikeluarkan oleh Triumph selama ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang, daripada penunggang yang mahukan keseronokan dalam menunggang hinggalah penunggang yang mahukan ride yang santai.

Salah satu model yang sememangnya boleh memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan ialah Triumph Street Triple RS. Street Triple RS pertama kali dilancarkan pada tahun 2017 bersama-sama Street Triple S dan R. 

Model S ialah model asas yang direka khas untuk tunggangan di atas jalan, manakala model R ialah versi lebih sporty yang didatangkan dengan suspension yang lebih sporty. Model RS ialah versi paling premium daripada ketiga-tiganya, yang telah direka khas untuk menjadi motor yang sedia untuk menakluki trek dengan mudah.

Model yang saya uji ialah model Triumph Street Triple RS tahun 2017, barisan flagship untuk model Street Triple. Saya dapat meluangkan sedikit masa dengan motosikal ini untuk benar-benar merasai sendiri bagaimana rasa menunggangnya. Saya benar-benar kagum dengan bagaimana motosikal ini bertindak balas dan betapa agresifnya pengendalian jentera ini.

Enjin dan Transmisi 

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 765cc liquid-cooled inline-three yang menghasilkan sekitar 121 horsepower pada 11,750 RPM dan tork sekitar 77 Nm pada 10,800 RPM. Untuk motosikal naked, angka-angka tersebut agak luar biasa. Digandingkan dengan bunyi sensasi inline-three, ia pasti memberikan anda keseronokan setiap kali anda menaikinya.

Motosikal ini menggunakan gearbox 6-speed yang digandingkan dengan assist and slipper clutch. Memandangkan motosikal ini adalah track weapon, mesti ada beberapa downshift agresif yang dilakukan. Kehadiran assist and slipper clutch benar-benar membantu untuk mengurangkan hilangnya cengkaman ketika melakukan sebarang downshift yang agresif. 

Memandangkan ini merupakan motosikal yang direka untuk trek, ia juga didatangkan dengan quickshifter yang sangat membantu untuk penukaran gear yang sangat pantas dan sangat berguna apabila anda berada di trek atau ingin memecut dengan cepat.

Reka Bentuk dan Ciri-ciri 

Motosikal ini mempunyai reka bentuk yang agak agresif dan masih kelihatan moden. Design lampu hadapan berkembar yang istimewa memberikan identiti Street Triple yang tersendiri kepada motosikal ini, manakala body panel yang minimum dan bingkai yang terdedah memberikannya karakter motosikal naked yang asli. Triumph juga melakukan kerja yang hebat untuk membuat motosikal ini nampak seimbang.

Proportion motosikal ini sememangnya sesuatu yang perlu diberi perhatian. Bahagian ekor yang pendek, tangki bahan api yang bersegi, dan garisan badan yang tajam menjadikan motosikal ini kelihatan ringan dan sentiasa bersedia untuk menyerang selekoh dengan laju.

Apa yang benar-benar membezakan RS daripada model Street Triple yang lain ialah perincian premium pada motor ini. Subframe merah, grafik RS, belly pan dan cat berkualiti tinggi memberikan motosikal ini rasa premium pada setiap sudut. Walaupun ini motosikal naked middleweight, kemasan yang telah dilakukan benar-benar terasa kukuh. Motosikal ini berjaya kelihatan sporty dan agresif tanpa terlalu memaksa atau menjadi terlalu futuristik.

Dari segi ciri-ciri, Street Triple RS 2017 sudah mendahului zamannya. Ia dilengkapi dengan paparan TFT, lima riding modes berbeza, ABS dan traction control boleh laras, throttle ride-by-wire dan quickshifter yang benar-benar mempertingkatkan pengalaman ride motor ini. Motosikal ini terasa seperti motosikal naked yang dibina untuk penunggang yang mahukan prestasi dan personaliti moden.

Pengalaman Menunggang

Ketika membawa Street Triple RS ini, perkara pertama yang terus menonjol ialah betapa compact dan selesa motosikal ini. Walaupun mempunyai gaya yang agresif, riding position-nya agak selesa. Walaupun dengan ketinggian saya 178 cm, saya dapat duduk di atas motosikal ini dengan selesa tanpa terasa terlalu besar unutk motosikal ini. Riidng posture yang sedikit ke hadapan masih memberikan motosikal ini rasa sporty, tetapi ia tidak memberi tekanan yang berlebihan pada pergelangan tangan, menjadikannya sesuai untuk ride pantas dan daily ride.

Street Triple RS sering dipuji kerana rasa ringan dan ketangkasannya, dan saya dapat memahami kenapa. Badan yang tidak nampak terlalu lebar dan casis yang padat menjadikan motosikal ini terasa sangat mudah untuk dibawa, terutamanya untuk motosikal naked middleweight. Sama ada ride dalam trafik atau ride di jalan selekoh, motosikal ini terasa sangat tangkas dan responsif. Digabungkan dengan handlebar yang lebar, pengalaman menunggang keseluruhan terasa sangat responsif dan mampu memberikan keyakinan.

Walau bagaimanapun, apa yang benar-benar mendefinisikan pengalaman menunggang Street Triple RS ialah perwatakan enjin inline-three yang terkenal itu. Enjin tiga silinder 765cc ini dikenali kerana memberikan low-end torque yang kuat di samping menawarkan kelajuan tinggi yang mengujakan apabila RPM meningkat. 

Tidak seperti enjin dua silinder biasa yang memberi tumpuan terutamanya pada tork atau enjin inline-four yang hanya berfungsi pada RPM yang lebih tinggi, setup enjin tiga silinder memberikan keseimbangan kedua-dua aspek tersebut. Ini memberikan Street Triple RS mempunyai reputasi untuk memberikan rasa yang lancar ketika ride santai dan masih boleh memberikan rasa thrill ketika ride secara laju.

Triumph Street Triple RS 2017

Pengendalian dan Brek

Salah satu sebab terbesar mengapa Street Triple RS begitu dihormati dalam kalangan penunggang adalah kerana ciri-ciri pengendaliannya. Motosikal ini dikenali ramai kerana terasa sangat tangkas. Disebabkan casisnya yang ringan dan dimensi yang padat, Street Triple RS mempunyai reputasi unutk melalui slekoh dengan mudah sambil mengekalkan rasa stabil pada kelajuan yang lebih tinggi. 

Tetapan suspensi pada varian RS meningkatkan lagi pengalaman menunggang. Triumph melengkapi motosikal ini dengan fork hadapan fully adjustable Showa Big Piston front forks dan monoshock belakang Öhlins STX40, yang sudah pun menunjukkan tahap prestasi yang telah direka untuk motosikal ini.  

Suspensinya dikenali kerana mampu menawarkan keseimbangan yang sangat baik antara rasa sporty dan keselesaan harian. Sama ada menunggang melalui jalan yang berliku-liku atau berhadapan dengan jalan-jalan bandar yang tidak rata, Street Triple RS sering dipuji kerana memberikan handling yang tajam tanpa rasa terlalu kasar.

Prestasi brek yang diberikan juga mengagumkan. Motosikal ini dilengkapi dengan caliper monobloc Brembo M50 spesifikasi tinggi yang dipadankan dengan twin disk bahagian hadapan, yang mampu memberikan kuasa hentian yang kuat dan meyakinkan. Rasa brek dikatakan sangat progresif dan boleh diramal, membolehkan penunggang membrek secara agresif tanpa rasa seperti motosikal hilang kestabilan. Digabungkan dengan sistem ABS standard, pakej brek keseluruhan membantu menjadikan Street Triple RS terasa seperti motosikal naked middleweight premium yang dibina dengan mengutamakan prestasi yang serius.

Keputusan

Secara keseluruhannya, Triumph Street Triple RS 2017 benar-benar terasa seperti sebuah motosikal yang dibina untuk rider yang benar-benar menikmati pengalaman menunggang. Daripada gaya yang agresif dan komponen premium hinggalah kepada watak enjin inline-three yang terkenal, segala-galanya tentang motosikal ini terasa tertumpu kepada memberikan keterujaan setiap kali anda memulas throttle.

Apa yang menjadikan Street Triple RS begitu menonjol adalah betapa seimbangnya keseluruhan motosikal ini. Ia mempunyai prestasi dan pengendalian yang tajam untuk memuaskan hati rider berpengalaman, tetapi pada masa yang sama ia masih menawarkan keselesaan dan kebolehan untuk dibawa pada setiap hari. Ergonomik yang menegak, casis yang ringan dan penyampaian kuasa yang lancar menjadikan motosikal ini terasa mudah didekati tanpa menghilangkan personaliti sportynya.

Ciri-ciri yang dimilikinya sudah setanding dengan kebanyakan motosikal moden pada hari ini. Paparan TFT, riding modes, quickshifter, brek Brembo dan setup suspension berspesifikasi tinggi membantu motosikal ini terasa jauh lebih mahal daripada yang sepatutnya. Digabungkan dengan bunyi dan karakter enjin inline-three 765cc tersendiri, Street Triple RS memberikan pengalaman ride yang terasa tulen dan premium pada masa yang sama.

Kini berada di pasaran terpakai dengan harga sekitar RM28,000 hingga RM38,000 bergantung pada keadaan dan mileage, Street Triple RS 2017 masih terasa seperti sebuah nilai yang sangat berbaloi bagi rider yang mencari motosikal naked middleweight premium. Mungkin terdapat pesaing baharu dengan elektronik yang lebih moden, tetapi Street Triple RS masih mempunyai karakter yang sukar untuk ditiru.

Selepas meluangkan masa dengan motosikal ini, sejujurnya mudah untuk difahami mengapa begitu ramai rider menganggap Street Triple RS sebagai salah satu motosikal naked middleweight terbaik yang pernah dibuat. Ia berjaya menggabungkan keselesaan, prestasi dan personaliti ke dalam satu pakej lengkap. Jika anda sedang mencari motosikal yang boleh membuatkan perjalanan singkat terasa mengujakan, Street Triple RS sememangnya motosikal yang patut dipertimbangkan.

Spesifikasi Triumph Street Triple RS 2017  

Engine & Prestasi

  • Enjin: 765cc liquid-cooled, inline-three cylinder 
  • Kuasa Maksimum: 121.4 hp @ 11,700 rpm
  • Tork Maksimum: 77 Nm @ 10,800 rpm
  • Transmission: 6-speed dengan quickshifter 
  • Clutch: Slip-assisted wet multi-plate clutch

Chassis & Suspension

  • Frame: Hadapan – Aluminium beam twin-spar; Belakang – two-piece high pressure die cast 
  • Front Suspension: Fully adjustable 41 mm Showa Big Piston Fork (BPF) 
  • Rear Suspension: Fully adjustable Öhlins STX40 piggyback reservoir monoshock 
  • Front Brakes: Twin 310 mm floating discs, Brembo M50 4-piston monobloc radial calipers, radial master cylinder, dengan switchable ABS 
  • Rear Brakes: Single 220 mm disc, Brembo single-piston sliding caliper, dengan switchable ABS 
  • Tayar: 120/70ZR17 (depan), 180/55ZR17 (belakang)

Dimensi & Elektronik

  • Berat Basah: 166 kg 
  • Ketinggian Tempat Duduk: 825 mm 
  • Kapasiti Tangki MInyak: 17.4 Liter 

Sistem Elektronik

  • Skrin TFT 5-inci
  • 5 riding modes berbeza (Rain, Road, Sport, Track, and Rider Programmable),
  • Triumph Shift Assist (quickshifter)
  • Adjustable traction control
  • LED daytime running lights
  • Ride-by-wire throttle
@imotorbike.my

Salah satu motor yang sesuai untuk trackday🙌, comment pendapat you guys! 🏍️ imotorbike riders bikers malaysia #speed

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY
Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelitriumphUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 26, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelitriumphUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona
Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat