Dari cruiser Amerika hingga retro British, semua model ini tersedia sebagai motosikal terpakai berkualiti di showroom iMotorbike Glenmarie.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Trend motosikal klasik terus berkembang di Malaysia. Walaupun pasaran dipenuhi motosikal moden dengan teknologi terkini, masih ramai lagi penunggang yang memilih model berinspirasikan retro kerana reka bentuknya yang timeless, karakter enjin yang unik dan pengalaman tunggangan yang lebih santai.
Menariknya, anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki motosikal klasik impian. Di showroom iMotorbike Glenmarie, terdapat pelbagai pilihan motosikal klasik dan neo-retro terpakai yang sudah tersedia untuk dibeli dan yang penting, kondisi yang sangat cun! Jom kita tengok lima motosikal klasik yang patut anda pertimbangkan pada tahun 2026.

Jika bercakap mengenai motosikal klasik moden, sukar untuk mengabaikan Royal Enfield Classic 350. Model British-India ini mengekalkan DNA motosikal British era 1950-an dengan rekaan tangki berbentuk titisan air, lampu bulat, panel meter retro dan posisi tunggangan yang selesa.
Dikuasakan enjin satu silinder 349cc, Classic 350 menawarkan kuasa sekitar 20hp dan 27Nm tork. Ia bukan motosikal untuk mengejar kelajuan tinggi, tetapi sangat sesuai untuk tunggangan santai di bandar atau perjalanan hujung minggu.
Selain mudah ditunggang, Classic 350 juga terkenal dengan kos penyelenggaraan yang rendah dan komuniti pemilik yang aktif di Malaysia. Bawa pergi Cafe confirm awek pandang.

CMC XY400 merupakan antara motosikal klasik yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat cruiser. Dengan reka bentuk yang mengingatkan kepada motosikal Amerika klasik, model ini dilengkapi enjin dua silinder 400cc yang memberikan bunyi ekzos yang garang serta karakter tunggangan yang unik.
Tangki besar, posisi kaki ke hadapan dan tempat duduk rendah menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mahukan gaya cruiser tanpa perlu berbelanja sehingga puluhan ribu ringgit. Ia juga sering menjadi pilihan penunggang yang mahu tampil berbeza daripada motosikal arus perdana. Motosikal ini pun memang jadi favourite untuk pengemar culture custom bike.

Bagi peminat cruiser Jepun, Yamaha XV950R Bolt adalah antara model paling menarik dalam segmennya. Sebuah motosikal yang agak rare, ia menggunakan enjin V-Twin 942cc yang menghasilkan tork tinggi pada putaran rendah, Bolt menawarkan pengalaman tunggangan yang santai tetapi bertenaga.
Reka bentuk minimalis, tangki kecil dan siluet bobber menjadikannya motosikal yang sangat popular untuk projek modifikasi. Walaupun sudah tidak lagi dijual baharu di Malaysia, unit terpakai Yamaha Bolt masih menjadi buruan kerana ketahanan enjin Yamaha yang terbukti serta gaya klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.

Tiada senarai motosikal klasik yang lengkap tanpa kehadiran Vespa. Vespa LX150 membawa warisan skuter Itali yang terkenal sejak beberapa dekad lalu. Dengan badan monocoque besi, reka bentuk ikonik dan saiz yang kompak, LX150 kekal relevan sehingga hari ini.
Enjin 150cc yang ekonomik menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian di bandar, manakala reka bentuk klasiknya sentiasa menarik perhatian di mana sahaja ia berada. Bagi mereka yang mahukan gaya hidup retro dengan praktikaliti sebuah skuter moden, Vespa LX150 adalah pilihan yang sukar ditandingi.

Royal Enfield Shotgun 650 merupakan antara model retro moden paling hangat ketika ini. Dibina berasaskan platform 650cc Royal Enfield yang terkenal, Shotgun 650 menggabungkan elemen bobber, cruiser dan custom dalam satu pakej yang unik.
Bagi yang nak gaya dan juga laju, enjin parallel-twin 648cc dapat menghasilkan kuasa yang cukup untuk perjalanan jauh, manakala reka bentuk agresif dengan tempat duduk tunggal dan posisi tunggangan santai menjadikannya sangat menonjol di jalan raya.
Jika anda mahukan motosikal klasik moden dengan prestasi lebih tinggi, Shotgun 650 adalah antara pilihan terbaik dalam pasaran hari ini.
Beli Motosikal Klasik Impian Anda di iMotorbike Glenmarie
Sama ada anda mencari cruiser, bobber, skuter klasik atau motosikal retro British, semua model di atas boleh didapati sebagai motosikal terpakai berkualiti di showroom iMotorbike Glenmarie.
Setiap motosikal di iMotorbike melalui proses pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan keadaan terbaik sebelum dijual kepada pelanggan.
Jika anda sedang mencari motosikal klasik untuk tahun 2026, kunjungi iMotorbike Glenmarie dan lihat sendiri pilihan yang tersedia. Mungkin motosikal impian anda sedang menunggu di sana.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS