• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

ARRC

ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2

ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2
Amzar Hazeeq
April 13, 2026

Pelumba Hong Leong Yamaha Racing ungguli Race 2 SS600 ARRC 2026 di hadapan penyokong sendiri.

ARRC 2026 Sepang

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pusingan pembukaan IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan aksi mendebarkan dalam kategori SS600 apabila pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin, mencatat kemenangan bergaya dalam Race 2 di hadapan penyokong tempatan.

Perlumbaan bermula dengan baik buat Wahyu Nugroho dari Yamaha Racing Indonesia yang melakukan starting yang pantas, namun kedudukan hadapan segera diambil alih oleh Thanat Laoongplio dari Honda Racing Thailand. Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Khairul Idham Pawi, berada di posisi ketiga pada peringkat awal perlumbaan.

Namun, momentum perlumbaan berubah seawal Lap 2 apabila Khairul berjaya memanfaatkan peluang untuk mendahului perlumbaan. Tidak lama kemudian, Kasma Daniel turut mengambil kesempatan untuk mengejar rapat dan berada di kelompok hadapan.

Serangan Agresif Kasma Ubah Corak Perlumbaan

Detik penting berlaku pada Lap 3 apabila Kasma mula menunjukkan kepantasannya dengan mencatat masa terpantas 2’10.730 saat sebelum melakukan pintasan yang kemas ke atas Khairul untuk mengambil alih kedudukan hadapan.

Di belakang, Wahyu kekal di tempat ketiga diikuti oleh Muhammad Helmi Azman dan Herjun Atna Firdaus. Memasuki Lap 4, Kasma terus mengekalkan posisi sementara kumpulan pelumba Honda, Thanat, Helmi dan Khairul, cuba untuk mengejar.

Helmi, yang merupakan pemenang Race 1, mula meningkatkan rentak dan berjaya naik ke tempat ketiga sebelum menghampiri kelompok hadapan. Dalam masa sama, Herjun turut memintas Wahyu untuk menyertai perlawanan di kelompok hadapan.

ARRC 2026 Sepang

Persaingan Sengit Hingga ke Garisan Penamat

Aksi semakin panas pada Lap 5 apabila McKinley Kyle Paz dari Hong Leong Yamaha Racing mempamerkan tunggangan cemerlang, memotong beberapa pelumba untuk naik ke kedudukan keempat.

Menjelang Lap 7, Kasma masih menguasai perlumbaan, namun Helmi berjaya naik ke tempat kedua selepas memintas Thanat dan mula merapatkan jurang masa. Thanat pula kekal memberi tekanan dalam perebutan podium.

Pada Lap 8, Kasma mengekalkan konsistensi walaupun diasak dari belakang. Helmi cuba mengejar, tetapi Kasma berjaya mengawal perlumbaan dengan baik hingga ke penghujung.

Akhirnya, Kasma menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 21’59.305 saat, diikuti Helmi di tempat kedua, dan Thanat melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kasma Bersyukur Raih Kemenangan di Tanah Air

Selepas perlumbaan, Kasma meluahkan rasa syukur atas kejayaan tersebut.

“Saya memang terkejut, tapi saya tahu kami ada potensi untuk berada di depan. Apa yang penting adalah kekal tenang dan faham karakter jentera dengan lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan dan semua penyokong yang hadir. Berlumba di Malaysia memang sesuatu yang istimewa.”

Beliau turut menjelaskan strategi awalnya untuk menyerang sejak awal perlumbaan bagi mengelakkan masalah tayar.

“Saya mahu menyerang awal kerana jika tunggu, tayar mungkin akan cepat haus. Apa yang saya capai hari ini adalah rezeki dan berkat daripada Allah.”

ARRC 2026 Sepang

Keputusan Top 5 Race 2 SS600

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Racing) – 21’59.305s
  2. Muhammad Helmi Azman (Idemitsu Honda Racing Malaysia) – 22’00.747s
  3. Thanat Laoongplio (Honda Racing Thailand) – 22’02.228s
  4. McKinley Kyle Paz (Hong Leong Yamaha Racing) – 22’07.497s
  5. Fadillah Arbi Aditama (Astra Honda Racing Team) – 22’09.157s

Dengan kemenangan ini, Kasma Daniel bukan sahaja membuka musim 2026 dengan cemerlang, malah menghadiahkan kegembiraan buat peminat tempatan di Sepang.

Related Items2026ARRCbaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
ARRC
April 13, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026ARRCbaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama

More in ARRC

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang

Hazique ZairillMei 25, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Raih Kemenangan ASB1000 di Buriram

Amzar HazeeqMei 11, 2026
Read More

ARRC 2026 Sepang: Hafizh Syahrin Tampil Dominan, Sapu Bersih Dua Kemenangan

Amzar HazeeqApril 13, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruari 10, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJun 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJun 4, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJun 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJun 5, 2026
  • Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik
    BeritaMei 26, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMei 28, 2026
  • Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026
    BeritaMei 22, 2026
  • Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888
    BeritaJun 5, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJun 5, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJun 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJun 4, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJun 4, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJun 4, 2026
  • MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJun 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Tak Payah Jalan Kaki Lagi! Ini 5 Motor Terbaik Untuk Student 2026
Review Modenas Elit 150S: Skuter Praktikal, Jimat dan Sesuai Untuk Harian
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat