• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Program MyLesen B2 Beri Lesen Percuma kepada 60,000 Pelajar

Program MyLesen B2 Beri Lesen Percuma kepada 60,000 Pelajar
Hazique Zairill
May 13, 2026

Usaha kerajaan memperkasakan keselamatan jalan raya dan pemanduan sah bagi golongan B40.

MyLesen B2

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Seramai 60,000 pelajar berusia 16 dan 17 tahun daripada keluarga B40 bakal menerima lesen motosikal kelas B2 secara percuma menerusi program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) yang dilaksanakan di seluruh negara tahun ini.

Inisiatif tersebut diperkenalkan kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar selain memastikan lebih ramai penunggang muda memiliki lesen sah.

Anthony Loke berkata program itu diperkenalkan susulan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pelajar sekolah terutama di kawasan luar bandar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen memandu yang sah.

MyLesen B2

Menurut Menteri Pengangkutan itu, kerajaan mahu menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal sambil mendidik golongan muda supaya mematuhi undang-undang jalan raya sejak awal.

Program tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM18.5 juta dengan Johor mencatatkan jumlah penerima tertinggi di negara ini. Kira-kira 8,200 pelajar di negeri itu dijangka mendapat manfaat daripada program berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM2.46 juta.

Anthony Loke turut mendedahkan bahawa lebih 6,000 kemalangan maut direkodkan setiap tahun di Malaysia, dengan sekitar 65 peratus melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berusia antara 16 hingga 25 tahun termasuk pelajar sekolah.

Beliau berharap program MyLesen B2 Sekolah mampu membantu mengurangkan jumlah penunggang tanpa lesen selain meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dalam kalangan belia negara.

Fadhlina Sidek turut hadir semasa pelancaran program tersebut yang berlangsung di Austin International Convention Centre.

Kementerian Pendidikan akan membantu mengenal pasti pelajar yang layak menerusi proses saringan sebelum senarai akhir diserahkan kepada JPJ untuk pelaksanaan program di seluruh negara.

Related Items2026baruberitajpjmalaysiaSekolahUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 13, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitajpjmalaysiaSekolahUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Kekal Raih Mata Berharga di GP Perancis Walaupun Berdepan Litar Basah
Jadilah Penjual Yang Bijak: 5 Tips Ketika Ingin Menjual Motor
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat