Beringat sebelum kena. Ikuti 5 tips ini ketika ingin menjual motor agar ia tidak berubah menjadi mimpi ngeri terbesar anda.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Konsep pembelian dan penjualan sememangnya bukan sesuatu yang baru. Ia sudah menjadi sebuah gaya hidup yang telah lama dipraktikkan sejak dulu lagi.
Akan tetapi, akan ada masa ketika proses jual beli barang akan berubah menjadi sebuah mimpi ngeri jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dan jual beli motor tidak terkecuali.
Di pasaran motosikal sekarang, terdapat banyak taktik penipuan yang sering dilakukan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab. Taktik ini bukan sahaja digunakan oleh penjual sahaja, malah pembeli yang tidak bertanggungjawab juga boleh melakukan taktik-taktik scam ini.
Oleh itu, sangat penting untuk lebih berwaspada ketika ingin melakukan jual beli motosikal, terutamanya dengan individu yang kita tidak kenal. Ini adalah 5 tips yang anda boleh ikut ketika ingin menjual motor.
1. Jangan Deal Terlalu Cepat
Salah satu tips yang boleh diikuti adalah jangan deal terlalu cepat. Memang kadangkala kita akan rasa seperti ingin deal secepat mungkin supaya tak perlu fikir tentang motor tersebut. Tapi, membuat deal dengan terlalu cepat kadangkala boleh mengundang padah kepada penjual.
Jika buyer seperti terlalu mendesak untuk membuat pembelian motor atau ingin terus transfer duit sikit-sikti, ini adalah salah satu warning signs yang anda perlu ambil serius.
Kadangkala “buyer” seperti ini mempunyai helah yang mereka sedang jalankan terhadap kita. Mereka akan cuba memberikan ayat kesian atau alasan untuk membuatkan kita setuju untuk deal secepat mungkin.
Oleh itu, penting untuk periksa terlebih dahulu tujuan pembeli ingin menjual motor dan periksa latar belakang pembeli jika boleh untuk memastikan kita tidak terkena tipu helah scammer.

2. Pilih Tempat Perjumpaan Yang Selamat
Apabila sudah mendapat potential buyer, kebiasaannya mereka mahu melihat motosikal secara berdepan untuk memeriksa keadaan sebenar motor.
Ini perkara normal kerana keadaan motosikal kadangkala tak dapat dilihat sepenuhnya melalui gambar sahaja. Dengan melihat sendiri motosikal tersebut, pembeli akan rasa lebih yakin sebelum membuat keputusan.
Namun begitu, perlu diingat bahawa anda akan berjumpa dengan individu yang tidak dikenali. Kita tidak tahu latar belakang atau niat sebenar mereka.
Oleh itu, pilih lokasi yang selamat untuk berjumpa seperti kawasan awam yang ramai orang. Jika boleh, lakukan pertemuan pada waktu siang dan elakkan lokasi yang terlalu sunyi. Lebih baik jika anda datang bersama rakan atau ahli keluarga untuk keselamatan tambahan. Langkah ini penting untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti penipuan atau kes curi motosikal.
3. Jangan Serah Motor Sebelum Full Payment
Selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan harga yang ditawarkan, langkah seterusnya ialah proses pembayaran dan penyerahan motosikal.
Tetapi, jangan sesekali menyerahkan motosikal sebelum pembayaran penuh diterima. Walaupun pembeli memberi pelbagai janji atau alasan, pastikan duit sudah benar-benar masuk terlebih dahulu.
Ada kes di mana pembeli hanya membuat bayaran deposit kecil sebelum membawa lari motosikal tanpa menyelesaikan baki pembayaran. Lebih merisaukan, ada juga yang terus menghilangkan diri selepas mengambil motosikal tersebut tanpa buat apa-apa bayaran.
Sebab itu, sentiasa pastikan pembayaran penuh telah diterima dan disahkan sebelum menyerahkan kunci atau motosikal kepada pembeli.

4. Simpan Maklumat dan Detail Buyer
Sepanjang proses jual beli dilakukan, pastikan anda menyimpan maklumat penting pembeli. Antara maklumat yang boleh disimpan termasuk nombor telefon, dan juga gambar IC.
Langkah ini penting sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang. Selain itu, screenshot chat juga boleh dijadikan bukti jika berlaku salah faham atau jika pembeli cuba memutar belit cerita selepas deal selesai.
Tidak perlu rasa segan untuk meminta maklumat pembeli kerana ia merupakan perkara normal demi keselamatan kedua-dua pihak. Jika pembeli kelihatan teragak-agak untuk memberikan maklumat asas atau cuba mengelak, anda perlu lebih berhati-hati sebelum meneruskan deal.
5. Lakukan Penukaran Hak Milik Dengan Segera
Selepas pembayaran selesai dan motosikal sudah diserahkan kepada pembeli, jangan lupa untuk melakukan proses tukar hak milik secepat mungkin.
Ramai orang memandang remeh perkara ini dan menangguhkan proses tukar nama kerana sibuk atau tiada masa. Namun, selagi motosikal masih menggunakan nama anda, segala risiko masih berada di bawah tanggungjawab anda.
Jika berlaku saman, kemalangan atau apa-apa kesalahan jalan raya sebelum proses tukar hak milik selesai, anda mungkin akan terlibat sama. Oleh itu, lebih baik selesaikan proses penukaran hak milik dengan segera supaya kedua-dua pihak tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.
Kesimpulan
Proses jual beli motor memang mempunyai risikonya tersendiri. Ia sememangnya perkara yang tidak boleh dielak, tetapi boleh ditangani dengan menjadi individu yang berpengetahuan untuk menangani masalah ini. Pastikan anda menjadi penjual yang lebih bijak dan sentiasa berwaspada agar pengalaman anda ketika jual beli motor tidak terjejas.
Jika anda rasa tidak yakin untuk menjual motor anda sendiri, atau anda tidak mahu mengambil sebarang risiko ketika menjual motor, jual motosikal anda di iMotorbike. iMotorbike menyediakan proses yang sangat mudah dan pantas untuk kemudahan anda. Anda tak perlu risau dengan sebarang risiko yang mendatang. Selamat, terjamin, dan pembayaran akan dibuat kepada anda dalam masa 24 Jam. Jadi apa tunggu lagi? Jual motosikal anda dengan iMotorbike hari ini.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS