Model Honda CMX500A dan CBR650RAC terlibat dengan masalah teknikal melibatkan handle lock serta wire harness.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan satu hebahan panggilan semula melibatkan 430 unit motosikal Honda susulan pengesanan beberapa isu teknikal yang berpotensi menjejaskan aspek keselamatan kenderaan.
Panggilan semula itu akan dilaksanakan oleh Boon Siew Honda dan melibatkan dua model iaitu Honda CMX500A serta Honda CBR650RAC.
Menurut Sumber yang dimuat naik di laman web Facebook JPJ, proses pemeriksaan dan tindakan pembetulan dijadual bermula pada 25 Mei 2026.

Bagi model Honda CMX500A Rebel keluaran tahun 2023 hingga 2024, sebanyak 160 unit dikenal pasti terlibat dengan isu Handle Lock Screw Loosening yang boleh menjejaskan sistem kunci stereng motosikal.
Sementara itu, sebanyak 270 unit Honda CBR650RAC keluaran tahun 2024 hingga 2025 pula dikesan berpotensi mengalami masalah Wire Harness Short Circuit.

Semua pemilik motosikal yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Boon Siew Honda bagi penyelarasan slot pemeriksaan dan kerja pembaikan.
Dalam masa sama, pemilik juga dibenarkan hadir secara walk-in ke mana-mana pusat servis rasmi Honda berhampiran di seluruh negara untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
JPJ turut memaklumkan bahawa semua komponen yang dikenal pasti bermasalah akan diganti secara percuma sepenuhnya dan kos pembaikan akan ditanggung oleh Boon Siew Honda.
Langkah panggilan semula ini dilakukan bagi memastikan setiap motosikal yang terlibat berada dalam keadaan selamat sebelum terus digunakan di jalan raya.
Untuk maklumat lanjut berkaitan proses panggilan semula tersebut, pemilik boleh menghubungi talian hotline Boon Siew Honda di 04-506 3333 atau 03-6144 0963. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel [email protected] atau laman web rasmi Boon Siew Honda.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS