• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MotoMini Malaysia 2026: Konsep Berpasukan Tingkatkan Profesionalisme Perlumbaan

MotoMini Malaysia 2026: Konsep Berpasukan Tingkatkan Profesionalisme Perlumbaan
Amzar Hazeeq
April 17, 2026

Format baharu berasaskan pasukan buka peluang pembangunan pelumba cilik ke arah standard perlumbaan antarabangsa.

MotoMini Malaysia 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

MotoMini Malaysia tampil dengan pembaharuan besar bagi musim 2026 apabila memperkenalkan konsep berasaskan pasukan, satu langkah strategik dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dalam perlumbaan motosikal mini di negara ini.

Perubahan ini dilihat sebagai satu evolusi penting dalam pembangunan pelumba muda, di mana mereka kini bukan sahaja bersaing secara individu, tetapi turut bernaung di bawah struktur pasukan yang lebih tersusun dan kompetitif.

Dua kategori utama dengan sokongan kejuaraan pembangunan

Bagi musim 2026, MotoMini Malaysia menampilkan dua kategori utama iaitu MotoMini 160 dan MotoMini 190. Kedua-dua kategori ini turut disokong oleh kejuaraan pembangunan seperti SIC Ohvale Junior Championship serta RCB MotoKidz Championship.

Namun begitu, hanya pelumba daripada kategori MotoMini 160, MotoMini 190 dan SIC Ohvale Junior Championship dibenarkan untuk digabungkan dalam satu pasukan yang sama. Kategori RCB MotoKidz Championship pula kekal sebagai kategori berasingan.

MotoMini Malaysia 2026

Struktur pasukan lebih tersusun dan profesional

Menerusi format baharu ini, setiap pasukan diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 2 pelumba dan maksimum 4 pelumba, serta perlu berdaftar secara rasmi di bawah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).

Langkah ini bukan sahaja memperkemaskan struktur penyertaan, malah memastikan setiap pasukan beroperasi secara sah dan profesional, selari dengan standard perlumbaan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Sebagai tambahan, MotoMini Malaysia turut memperkenalkan Team Best Award, yang akan diberikan kepada pasukan dengan kutipan mata keseluruhan tertinggi sepanjang musim.

Peluang penjenamaan dan sokongan komersial lebih luas

Salah satu kelebihan utama konsep berpasukan ini adalah pembukaan peluang komersial yang lebih luas. Setiap pasukan kini boleh memaparkan logo penaja pada motosikal, khemah pit, serta pakaian rasmi pasukan.

Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pelumba muda untuk memahami peranan penaja dalam dunia perlumbaan, di samping membantu menampung kos penyertaan sepanjang musim.

Pihak yang berminat untuk menaja pelumba atau pasukan boleh berhubung terus dengan pelumba atau menghubungi penganjur melalui emel motomini@zkracing.com.my.

Dari format individu ke ekosistem berpasukan

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, MotoMini sebelum ini menggunakan format penyertaan secara individu. Namun bermula musim 2026, format tersebut beralih sepenuhnya kepada sistem berpasukan, sejajar dengan landskap perlumbaan global yang lebih kompetitif dan profesional.

Walaupun perubahan ini memberi penekanan kepada struktur pasukan dan penjenamaan, aspek teknikal dan operasi perlumbaan kekal dikendalikan oleh pihak penganjur bagi memastikan keseragaman dan persaingan yang adil.

MotoMini Malaysia 2026

Zulfahmi: Langkah positif untuk pembangunan pelumba muda

Menurut Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, pengenalan konsep ini merupakan satu perkembangan yang amat positif buat sukan permotoran negara.

“Pengenalan konsep pasukan dalam MotoMini Malaysia adalah satu perkembangan yang sangat positif. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pelumba cilik, malah memberi pendedahan awal tentang suasana sebenar perlumbaan di peringkat antarabangsa.”

Beliau turut menjelaskan bahawa perubahan utama adalah dari sudut penjenamaan dan struktur pasukan, manakala aspek teknikal kekal seperti sebelum ini.

“Saya percaya pendekatan ini akan memberi nilai tambah yang besar kepada pembangunan pelumba, bukan sahaja dari segi prestasi di litar, tetapi juga dari aspek kerja berpasukan, disiplin serta pemahaman terhadap peranan penaja dalam membina kerjaya mereka.”

Dengan pengenalan format berpasukan ini, MotoMini Malaysia 2026 dilihat sebagai satu langkah besar ke hadapan dalam melahirkan generasi pelumba muda yang lebih bersedia untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaminigpsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 17, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaminigpsukan motorUtama

More in Berita

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech
    BeritaJune 22, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Gegar Malaysia Oktober 2026
Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250: Premium Berteknologi Tinggi Mana Lebih Berbaloi?
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat