• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Hadapi Minggu Sukar di Austria, Kejuaraan Bakal Ditentukan di Misano

Hakim Danish Hadapi Minggu Sukar di Austria, Kejuaraan Bakal Ditentukan di Misano
Hazique Zairill
August 19, 2025

Dua perlumbaan penuh drama menutup aksi Danish di Austria, fokus kini beralih ke pusingan penentu kejuaraan.

Hakim Danish

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Austria menyaksikan nasib tidak begitu menyebelahi pelumba muda negara, Hakim Danish, apabila kedua-dua aksi Race 1 dan Race 2 berakhir dengan keputusan yang mengecewakan.

Dalam Race 1 yang berlangsung dalam keadaan litar basah, Danish berada dalam kelompok kedua bersama Kristian Danial (Amerika Syarikat) dan Manuel Gonzalez (Sepanyol) untuk merebut kedudukan podium. Walaupun konsisten sepanjang perlumbaan, insiden malang berlaku di lap terakhir apabila beliau terjatuh di selekoh ketiga ketika sedang memburu tempat ketiga. Danish bagaimanapun bangkit semula dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

“Race 1 saya tamat di P8 dalam keadaan litar yang basah. Saya cuba untuk rapat dengan group hadapan, tetapi dua pelumba teratas, Veda dan Brian, agak laju. Saya berjaya kekal di dalam group kedua, namun malangnya saya terjatuh lowside ketika sedang merebut kedudukan ketiga,” jelas Danish.

Race 2 pula berlangsung dalam keadaan cuaca cerah, memberikan peluang buat Danish menebus kekecewaan sehari sebelumnya. Bermula dari petak ke-9, beliau menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya memanjat ke kedudukan kedua dan bersaing sengit dengan Brian Uriarte dari Sepanyol serta Veda Pratama dari Indonesia.

Hakim Danish, Red Bull Rookies Cup, Austrian MotoGP 16 August 2025

Namun, segalanya berubah di lap ke-9 apabila Danish dikenakan Long Lap Penalty akibat melanggar had trek, sekali gus menjatuhkan kedudukannya ke tempat ke-16. Walaupun berusaha mengejar, Danish hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

“Bagi Race 2, saya menamatkan perlumbaan di P13. Awal perlumbaan saya bermula dengan baik, berjaya mengejar group hadapan dan berada di kedudukan kedua. Namun, di awal perlumbaan saya tersentuh track limit dan dikenakan penalti. Saya cuba untuk mengejar semula tetapi tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap mengekalkan motivasi dan akan terus berjuang di pusingan seterusnya di Misano,” katanya.

Keputusan di Austria itu menyebabkan Danish turun ke tangga ketiga dalam kedudukan keseluruhan dengan jurang 26 mata di belakang pendahulu, Brian Uriarte. Perlumbaan terakhir yang bakal menentukan juara keseluruhan akan berlangsung di Misano pada 13 dan 14 September 2025.

Hakim Danish
Hakim Danish, Red Bull Rookies Cup, Race 2, Austrian MotoGP, 17 August 2025

Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, turut mengakui keputusan minggu ini mengecewakan.

“Keputusan minggu ini mengecewakan apabila Danish tidak berjaya menamatkan perlumbaan di podium. Ini menyebabkan kedudukannya dalam carta keseluruhan jatuh ke tempat ketiga. Minggu yang tidak begitu baik ini pastinya mengecewakan para peminat di Malaysia, dan saya percaya Danish sendiri turut berasa sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

Musim lalu memang kita melalui banyak kesukaran, tetapi tahun ini kita berjaya memperbaiki kelemahan dan Danish berjaya meletakkan dirinya di kedudukan teratas sejak awal musim hingga ke pusingan Austria. Namun, kita dapat lihat pada pusingan kali ini tekanan yang sangat kuat datang daripada Uriarte dan Veda. Saya percaya perkara ini bukanlah berpunca daripada kelewatan Danish menyesuaikan diri dengan keadaan litar atau masalah pada jentera, tetapi lebih kepada tekanan dalam dirinya sendiri.

Di pusingan terakhir masih ada 50 mata berbaki. Dalam perlumbaan, apa sahaja boleh berlaku. Jadi, kita harapkan yang terbaik dan akan terus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum pusingan akhir supaya kita dapat memberikan saingan yang hebat di penghujung musim nanti,” ujar Zulfahmi.

Related Items2025austriabaruberitaHondaktmmalaysiared bullUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 19, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025austriabaruberitaHondaktmmalaysiared bullUtama

More in Berita

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech
    BeritaJune 22, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Motor Mati Tiba-Tiba Saat Jalan? Ini Punca & Cara Mengatasinya
Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia? Ini Jawapan & Syarat JPJ
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat