• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
Amzar Hazeeq
October 13, 2026

Daripada skuter hingga motosikal berkuasa sederhana, ini lima model yang menawarkan gabungan gaya, keselesaan dan prestasi untuk rider wanita.

Motor Untuk Wanita

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Semakin ramai wanita di Malaysia menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian, teman untuk ride hujung minggu, atau ada juga yang aktif sertai konvoi beramai-ramai. Disebabkan itu, pemilihan motosikal bukan lagi sekadar melihat pada rupa, tetapi juga faktor seperti berat, ketinggian seat, riding position dan penyampaian kuasa.

Walaupun tiada motosikal yang dikhaskan untuk wanita, terdapat beberapa model yang menawarkan pakej lebih mesra dari segi ergonomik, mudah dikendalikan dan cukup selesa untuk digunakan setiap hari. Sama ada baru mendapatkan lesen motor atau sedang fikir untuk upgrade, berikut ialah lima pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh para wanita di luar sana.

Motor Untuk Wanita

1. Suzuki GSX-S750

Jika anda sudah mempunyai pengalaman menunggang dan ingin beralih ke motosikal berkapasiti lebih besar, Suzuki GSX-S750 merupakan antara naked bike yang cukup menarik. Ia dijana oleh enjin 749cc inline-four yang menghasilkan sekitar 112 hp dan 81 Nm tork, menawarkan prestasi yang cukup mengujakan di jalan lurus.

Walaupun mempunyai kapasiti enjin yang besar, penyampaian kuasanya agak lancar dan mudah dikawal. Riding position yang menegak serta handlebar yang lebar turut memberikan keyakinan ketika menunggang, terutamanya di kawasan bandar mahupun di atas highway.

Bagi rider wanita yang sudah berpengalaman dan mahukan sebuah motosikal berprestasi tinggi tanpa perlu beralih kepada supersport, GSX-S750 menawarkan keseimbangan antara kuasa, keselesaan dan handling yang cukup baik.

Motor Untuk Wanita

2. Kawasaki Ninja 650

Bagi peminat sportbike, Kawasaki Ninja 650 merupakan antara model yang sering menjadi pilihan. Dikuasakan oleh enjin 649cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 67 hp dan 65 Nm tork, Ninja 650 menawarkan prestasi yang bertenaga tetapi masih mudah untuk dikendalikan.

Apa yang membuatkan motosikal ini sesuai ialah riding position yang lebih santai berbanding kebanyakan sportbike lain. Anda tak perlu menunduk terlalu bawah, sekali gus menjadikan perjalanan harian dan ride jarak jauh lebih selesa.

Selain itu, penyampaian kuasanya yang linear memudahkan rider membiasakan diri dengan motosikal ini. Jika anda mahukan rupa sebuah sportbike tetapi masih mementingkan keselesaan, Ninja 650 sememangnya antara pilihan terbaik.

Motor Untuk Wanita

3. Yamaha YZF-R15

Yamaha YZF-R15 membuktikan bahawa motosikal yang mempunyai rupa agresif tak semestinya sukar untuk dikendalikan. Ia menggunakan enjin 155cc satu silinder bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA) yang menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork.

Dengan berat sekitar 137 kg, R15 terasa cukup ringan ketika ditunggang. Kuasanya juga dihantar secara berperingkat, menjadikannya mudah dikawal oleh rider yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia sportbike.

Selain reka bentuknya yang diinspirasikan daripada Yamaha R-Series, R15 turut dilengkapi fork USD dan Assist & Slipper Clutch, menjadikannya sebuah motosikal kecil yang menawarkan pengalaman menunggang seperti motosikal berkapasiti lebih besar.

Motor Untuk Wanita

4. Honda Vario 150

Jika keutamaan anda ialah kemudahan penggunaan harian, Honda Vario 150 sememangnya antara pilihan yang sukar untuk ditandingi. Ia menggunakan enjin 149cc satu silinder dengan transmisi automatik CVT, menghasilkan sekitar 13 hp dan 13.4 Nm tork.

Reka bentuknya yang kompak serta berat sekitar 112 kg menjadikan Vario 150 sangat mudah dikendalikan ketika menyelit dalam kesesakan lalu lintas atau mengendalikan motosikal di kawasan parking.

Tambahan pula, ruang simpanan di bawah seat, penggunaan minyak yang menjimatkan serta riding position yang selesa menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang menggunakan motosikal setiap hari sama ada ke tempat kerja, kolej atau menjalankan urusan harian.

5. Yamaha MT-15

Bagi mereka yang mahukan sebuah naked bike yang bergaya tetapi masih mudah dikendalikan, Yamaha MT-15 merupakan antara pilihan yang sangat menarik. Ia berkongsi enjin 155cc VVA yang sama dengan Yamaha YZF-R15, menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork.

Perbezaan utamanya terletak pada riding position yang lebih tegak. Handlebar yang lebih tinggi sediki memberikan keselesaan tambahan, terutamanya ketika ride dalam bandar atau perjalanan yang lebih jauh.

Dengan berat sekitar 133 kg, MT-15 terasa lincah ketika mengambil selekoh dan mudah dikawal pada kelajuan rendah. Bagi rider wanita yang mahukan motosikal bergaya seperti streetfighter tetapi masih praktikal untuk kegunaan harian, MT-15 merupakan pilihan yang sukar untuk diketepikan.

Kesimpulan

Memilih motosikal yang sesuai bukan bergantung kepada jantina semata-mata, tetapi kepada faktor seperti keselesaan, keyakinan, ergonomik dan pengalaman menunggang. Lima motosikal di atas menawarkan karakter yang berbeza, daripada skuter automatik yang praktikal sehinggalah naked bike dan sportbike yang lebih berkuasa, membolehkan setiap rider memilih model yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Jika anda rider wanita yang ingin mencari motosikal terpakai yang berkualiti, kunjungi iMotorbike untuk melihat pelbagai pilihan motosikal berkualiti yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda. Layari website iMotorbike atau kunjungi showroom berdekatan anda untuk melihat sendiri pilihan motosikal yang tersedia.

@imotorbike.my

Ladies! Rider dah cantik, motor pun kena cantik. Maybe your next bike ada dalam list ni! iMotorbike JomNaikMotor MotorWanita Top5 LadyRiders

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 13, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembelisuzukiUtamayamaha

More in Berita

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?
    BeritaNovember 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu