Setiap polisi mempunyai had dan pengecualian tertentu. Ketahui perkara yang biasanya tak dilindungi supaya anda tak terkejut apabila membuat tuntutan.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Insurans motosikal memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti kemalangan, kecurian atau kerosakan tertentu. Namun, masih ramai rider yang anggap selagi mereka mempunyai insurans, semua jenis kerosakan boleh dituntut.
Sebenarnya, setiap polisi insurans mempunyai terma, syarat dan pengecualian tersendiri. Terdapat beberapa keadaan di mana syarikat insurans mungkin tak akan membayar pampasan walaupun motosikal anda dilindungi oleh polisi yang sah.
Oleh sebab itu, memahami apa yang tak dilindungi adalah sama pentingnya dengan mengetahui apa yang dilindungi. Berikut ialah beberapa perkara yang biasanya tak termasuk dalam perlindungan insurans motosikal.
1. Kerosakan Wear and Tear
Insurans bukanlah pengganti kepada penyelenggaraan motosikal. Jika sesuatu komponen rosak kerana penggunaan biasa atau sudah mencapai penghujung jangka hayatnya, kos pembaikan biasanya perlu ditanggung oleh owner sendiri.
Contohnya, brake pad yang sudah haus, tayar yang botak, rantai yang longgar atau bateri yang sudah habis kebiasaannya tak boleh dituntut melalui insurans. Ini kerana ia dianggap sebagai proses kehausan normal, bukannya kerosakan akibat kejadian yang tak dijangka.
Sebab itu, penyelenggaraan berkala masih penting walaupun motosikal anda mempunyai perlindungan insurans.
2. Kerosakan Akibat Penyelenggaraan Yang Diabaikan
Jika kerosakan berlaku kerana motosikal tak diselenggara dengan baik, tuntutan juga mungkin tak akan diluluskan.
Sebagai contoh, enjin yang rosak akibat minyak enjin yang tak pernah ditukar, sistem penyejukan yang tak diselenggara atau komponen yang dibiarkan rosak terlalu lama biasanya tak dianggap sebagai kejadian yang boleh dituntut melalui insurans.
Insurans direka untuk melindungi risiko yang tak dijangka, bukannya kerosakan yang berlaku akibat pengabaian penyelenggaraan.

3. Pengubahsuaian Yang Tak Diisytiharkan
Ramai owner motosikal gemar mengubah suai motosikal mereka, sama ada memasang ekzos aftermarket, rim baharu, aksesori tambahan atau melakukan modifikasi prestasi.
Walau bagaimanapun, jika pengubahsuaian tersebut tak diisytiharkan kepada syarikat insurans, ia boleh menjejaskan perlindungan polisi anda.
Dalam sesetengah keadaan, aksesori atau komponen yang diubah suai mungkin tak dilindungi, malah tuntutan juga boleh menjadi lebih rumit bergantung kepada jenis pengubahsuaian yang dilakukan.
Jika anda bercadang untuk membuat modifikasi yang besar, semak terlebih dahulu dengan syarikat insurans mengenai kesannya terhadap perlindungan polisi anda.
4. Kemalangan Ketika Berlumba
Insurans motosikal biasa lazimnya tak melindungi kemalangan yang berlaku ketika menyertai perlumbaan, aktiviti di litar atau acara yang melibatkan ujian kelajuan.
Aktiviti seperti ini dianggap mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi berbanding penggunaan motosikal di jalan raya biasa. Oleh itu, perlindungan standard biasanya tak terpakai.
Jika anda aktif menyertai acara di litar, semak sama ada terdapat perlindungan tambahan yang diperlukan.
5. Menunggang Tanpa Mematuhi Syarat Polisi
Perlindungan insurans juga boleh terjejas sekiranya motosikal digunakan dengan cara yang melanggar syarat polisi.
Sebagai contoh, menunggang tanpa lesen memandu yang sah, menggunakan motosikal untuk tujuan yang tak dibenarkan atau memberikan motosikal kepada individu yang tak mempunyai lesen yang sesuai boleh menyebabkan tuntutan ditolak.
Oleh itu, pastikan motosikal sentiasa digunakan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam polisi insurans anda.

Bagaimana Nak Tahu Apa Yang Dilindungi?
Setiap syarikat insurans menawarkan polisi yang berbeza. Walaupun kebanyakan pengecualian adalah hampir sama, perlindungan tambahan, had tuntutan dan manfaat yang diberikan mungkin berbeza antara satu polisi dengan polisi yang lain.
Sebelum membeli atau renew insurans, luangkan sedikit masa untuk membaca terma dan syarat polisi. Jika ada perkara yang kurang jelas, jangan segan untuk bertanya supaya anda benar-benar memahami perlindungan yang diterima.
Dengan memahami polisi lebih awal, anda boleh mengelakkan salah faham dan membuat keputusan yang lebih tepat apabila memilih perlindungan untuk motosikal anda.
Kesimpulan
Insurans motosikal memberikan perlindungan yang penting, tetapi ia bukan bermaksud semua jenis kerosakan atau situasi akan ditanggung secara automatik. Kerosakan akibat haus dan lusuh, penyelenggaraan yang diabaikan, pengubahsuaian yang tak diisytiharkan, aktiviti perlumbaan dan penggunaan yang melanggar syarat polisi merupakan antara perkara yang lazimnya tak dilindungi.
Jika polisi insurans motosikal anda hampir tamat tempoh atau anda ingin memastikan anda mempunyai perlindungan yang sesuai dengan keperluan semasa, iMotorbike Insurance Renewal boleh membantu anda renew insurans dengan mudah dan cepat. Dengan memahami perlindungan yang dimiliki, anda boleh ride dengan lebih yakin tanpa sebarang kekeliruan apabila berlaku perkara yang tak diingini. Layari website iMotorbike Insurance Renewal dan renew insurans motosikal anda hari ini.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS