• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran Baharu di Grand Prix Hungary
Amzar Hazeeq
June 3, 2026

Selepas mencipta sejarah podium sulung Moto3 di Mugello, pelumba muda negara tekad meneruskan momentum positif di Litar Balaton Park.

Hakim Danish

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, bertekad meneruskan rentak cemerlang yang dipamerkannya di Grand Prix (GP) Itali apabila bersedia menghadapi cabaran baharu pada GP Hungary 2026 yang akan berlangsung di Litar Balaton Park dari 5 hingga 7 Jun ini.

Hakim Danish tiba di Hungary dengan keyakinan tinggi selepas mencatat sejarah peribadi apabila meraih podium sulung tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia Moto3 di Mugello pada Ahad lalu. Kejayaan tersebut bukan sahaja menjadi keputusan terbaik dalam kariernya setakat ini, malah menamatkan penantian selama sedekad untuk melihat Jalur Gemilang kembali berkibar di podium Moto3.

Pencapaian membanggakan itu turut mengukuhkan kedudukan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi tersebut sebagai antara bakat muda paling menyerlah dalam saingan Moto3 musim ini.

Pengalaman Berharga Dari Mugello Jadi Bekalan Ke Hungary

Menurut Hakim Danish, perlumbaan di Mugello memberikan banyak pengajaran berharga, khususnya dalam aspek pengurusan perlumbaan, strategi dan ketenangan ketika bersaing dengan kelompok pelumba terbaik dunia.

Pengalaman berada dalam kelompok hadapan sehingga ke garisan penamat membantunya memahami dengan lebih mendalam cara mengendalikan jentera dalam situasi bertekanan tinggi serta membuat keputusan penting pada saat-saat kritikal perlumbaan.

“Sudah tentu selepas berakhirnya perlumbaan di Mugello, Itali saya kini lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi saingan di Hungary minggu ini.

Banyak pengajaran yang saya peroleh di Itali, terutamanya dalam aspek menguruskan perlumbaan dengan lebih matang selain kekal tenang di atas litar. Saya mendapat banyak pengalaman berharga apabila bersaing dalam kelompok hadapan.

Saya banyak belajar cara mengendalikan jentera pada lima pusingan terakhir serta bersaing dengan pelumba-pelumba bertaraf dunia yang sangat pantas. Ia benar-benar satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya,” kata Hakim Danish.

Hakim Danish

Cabaran Baharu Menanti di Litar Balaton Park

Berbeza dengan Mugello yang sudah dikenalinya sebelum ini, GP Hungary bakal memberikan pengalaman yang berbeza buat Hakim Danish kerana beliau belum pernah berlumba di Litar Balaton Park.

Walaupun perlu menyesuaikan diri dengan karakter litar yang baharu, pelumba berusia 18 tahun itu optimis mampu mencari rentak dengan pantas dan tampil kompetitif sejak sesi latihan bebas pertama.

“Mengenai Litar Balaton Park pula, ia merupakan litar yang baharu buat saya. Justeru, saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan litar tersebut secepat mungkin.

Matlamat saya adalah untuk tampil kompetitif sejak awal lagi, bermula daripada sesi latihan bebas pertama (FP1) sehinggalah hari perlumbaan pada Ahad nanti,” tambahnya.

Persiapan Rapi Selepas Kejayaan Podium

Tiada masa untuk meraikan kejayaan terlalu lama apabila Hakim Danish terus kembali ke Sepanyol sejurus tamat perlumbaan di Mugello bagi melakukan analisis menyeluruh terhadap prestasinya.

Beliau menggunakan tempoh singkat sebelum GP Hungary untuk mengkaji rakaman perlumbaan, mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki serta meneruskan program latihan fizikal dan persediaan mental bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik.

“Persiapan saya untuk perlumbaan minggu ini berjalan lancar. Saya sentiasa memastikan rutin latihan diteruskan dengan konsisten.

Sebaik tamat perlumbaan lalu, saya terus kembali ke kediaman di Sepanyol untuk mengkaji semula rakaman video perlumbaan serta melakukan analisis demi memperbaiki tunggangan saya,” jelasnya.

Hakim Danish

Zulfahmi: Balaton Park Bukan Litar Ideal, Tetapi Hakim Mampu Beri Saingan

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan podium di Mugello sebagai bukti kemampuan sebenar Hakim Danish untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia.

Menurut beliau, pencapaian tersebut adalah hasil kerja keras dan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pelumba muda negara itu sejak awal musim.

“Podium di Mugello adalah bukti bahawa Hakim memiliki kemampuan untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia. Apa yang dicapainya bukanlah satu kebetulan, sebaliknya hasil kerja keras, disiplin dan perkembangan yang ditunjukkan sejak awal musim.

Saya melihat keyakinan Hakim semakin meningkat selepas perlumbaan di Itali. Lebih penting, dia kini memahami apa yang diperlukan untuk berada dalam kelompok hadapan dan bagaimana untuk menguruskan perlumbaan apabila bersaing merebut podium,” kata Zulfahmi.

Namun, beliau mengakui bahawa karakter Litar Balaton Park mungkin tidak begitu sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish, menjadikan pusingan ini antara cabaran yang lebih sukar musim ini.

“Jika berdasarkan karakter litar semata-mata, ia mungkin tidak memihak kepada Hakim. Tetapi sekiranya dia berjaya berada bersama kelompok pendahulu dan bersaing untuk kedudukan terbaik, itu sudah boleh dianggap sebagai bonus,” tambahnya.

Hakim Danish Kini Ke-11 Dunia Moto3

Hasil podium bersejarah di Mugello, Hakim Danish kini menghuni kedudukan ke-11 keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 2026 dengan kutipan 43 mata selepas tujuh pusingan.

Beliau juga telah mencatat empat penamat dalam kelompok 10 terbaik musim ini, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelumba muda paling berpotensi dalam saingan Moto3.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat serta pengalaman berharga yang diperoleh di Mugello, tumpuan kini terarah kepada aksi di Hungary untuk melihat sama ada Hakim Danish mampu meneruskan momentum cemerlangnya dan sekali lagi mencabar kelompok podium dunia.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 3, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More

Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026

Amzar HazeeqJune 10, 2026
Read More

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 9, 2026
Read More

2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Amzar HazeeqJune 8, 2026
Read More

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara

Hazique ZairillJune 8, 2026
Read More

Brixton Moucca 250 2026 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM12,888

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

Amzar HazeeqJune 5, 2026
Read More

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More

Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider

Amzar HazeeqJune 4, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • Top 5 Motor Suzuki Yang Masih Menjadi Pilihan Rider Malaysia
    BeritaMay 28, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
    BeritaJune 10, 2026
  • Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026
    BeritaJune 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
    BeritaJune 9, 2026
  • Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
    BeritaJune 9, 2026
  • 2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888
    BeritaJune 8, 2026
  • Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
    BeritaJune 8, 2026
  • iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
    BeritaJune 8, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Raih Podium Bersejarah Moto3 di Mugello
Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat